Yap. Aku tahu aku terlalu serius dengan manga. Dan salah satu sebab aku berpisah dengan seseorang juga disebabkan oleh manga. Sebab-sebab kecil aje. Yang besar, ada banyak. Yang kecil lagi banyak. Pendek cerita aku yang bersalah. Dia tak salah apa-apa langsung.
Aku kenal manga ni dah lama. Masa aku masih darjah 4-5 dulu. Pergi sekolah, selain belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi yang terhebat dimata budak-budak perempuan, kita orang selalu baca komik macam Pendekar Laut, Raja Rimba, Dragon Ball, Dewata Raya dan sebagainya. Jadi, disebabkan aku terjebak dengan benda tu semua, aku rajin membaca sehinggakan macam-macam ilmu yang masuk dalam otak aku. Benda baik dan benda kurang baik, semua aku belajar dari komik nih. Toksah ceritalah, sesiapa yang hantu komik dan manga, faham maksud tersurat aku tu.
Sekarang? Aku cuma maintain dengan Kreko dan Arena sahaja untuk komik fizikal. Yang lain, aku baca kat Onemanga. Oleh sebab onemanga dah tutup, aku baca kat Mangastream dan Mangareader sekarang. Baca online. Aku yakin ramai yang suka baca komik. Betul tak?
Ps: Kalau aku kahwin nanti, wajarkah aku tutup kisah aku dengan manga atau komik ni?
7,753 total views, 2 views today
kalau aku review post ini ok tak?
menarik ni…boleh jadi bahan 🙂
cer baca novel 😀 boleh terjebak x?
Manga & komik.. Erm..
kalo Pendekar Laut dan Raja Rimba tu lebih kepada komik,,manga ni lebih kpd japan ..mcm manga gantz, fairy tail, dragon ball dan yg paling femes skrng ni one piece paling top ten di jepun skrng ni…aku layan fairy tail dulu..kalo untuk category sennin aku lyn Gantz tpi bahaya ler untk bwh umur…huhuhu
Icon kat comment tu macam gambar Aizawa dalam Code Blue…
Aku pun layan One Piece juga. Sebelum ni layan juga Naruto ,Bleach dan Fairy Tail , tp sekarang dah agak ketinggalan. Cuma One Piece jer yang aku masih betul2 follow. 🙂
Pendekar laut best..hehehe. 😛
Manga ke Mangga?
Tidak wajar.
Aku sudah berkahwin + masih minat dengan manga dan anime.hehe.
Kadang – kadang , ajak jer wife layan anime jugak 😛
Cuba ajak untuk layan One Piece , tapi xberjaya , sebab panjang sgt. Dia malas nak tgk dari awal.
aku pula nonton anime secara online di http://kissanime.com, tapi sekarang dah jarang. tak tahu anime ap yang best, anime terakhir aku nonton ialah Tokyo Ghoul.
Dlu aku pun layan juga kreko and Arena, tapi sebab meleret cerita akhirnya stop. Paling layan kreko pun time Takeshi Obata melukis Death Note dlu. dah bertahun! 🙂
asalkan ada orang beli manga, aku baca je sebab free hehehe.
sekarang sudah kahwin… ada layan lagi manga tak..hehe
masih layan seperti biasa.
haha..