Dengki.

Ya, bab dengki-mendengki ni memang tak boleh nak dipisahkan dalam kehidupan manusia. Ada sahaja niat nak dengki atau menjatuhkan seseorang. Aku tahu sifat dengki tu ada dalam setiap manusia kat dunia ni, tapi tolonglah gunakan sifat dengki tu ke arah kebaikkan. Janganlah asyik ingin ke arah yang kurang baik. Sikit-sikit kata orang bodoh, sikit-sikit kata orang tu dengki kat kita, pulak tu kata orang tu ad jerawat, dikutuknya tak reti jaga diri dan rupa, sebab tu tak ada orang nak kat perempuan tu, sebab tu jadi anak dara tu, sebab tu tak laku, ditambah pula gosip yang perempuan tu pernah jadi pelacur, pernah jadi bohsia.. tak ke hancur kehidupan perempuan tu??

Sebab tu aku lihat, baik laki atau perempuan, baik pakai kopiah atau tudung, baik tak pakai apa-apa langsung atau pakaian tak cukup kain, semua lebih kurang ajer. Ada yang pakai tudung labuh, kalau mengutuk, memang laser. Tak ingat dunia. Ingatkan bila dah rupa manis, pemakaian sopan, mulut dan bicaranya juga manis, tak sangka sepahit hempedu pula..aku tak kata atau mengata, kawan aku sendiri tu. Kena plak yang selalu ke hulu dan ke hilir gi masjid, tapi mulut dok asyik mengumpat sana-sini. Kalau ada bukti, tak apa jugak. Kekadang aku fikir, nape perangai dia macam ni? Mungkin sebab tu tak ada seorang pun lekat nak jadi bini dia. Entahlah.. tapi ini sesetengah aje. Tak semua. Bagi yang tak cukup kain pakaiannya ni, tok sah cakaplah, kita kata sikit, dia kata kita dengki. Nasihat pun kata kita dengki? Terus tuduh sebab kita tak glamour, bolehlah nasihat-nasihat, cuba kita glamour, masa tu secara automatiknya sifat dengki atau perasaan nak pakai kain singkat ni naik levelnya tersendiri. Bukan orang lain tu, kawan aku jugak kata macam tu. Aduhai, macam-macam kawan aku sekarang..

Pendek cerita, bila masuk bab dengki ni, takkan habis nak huraikan dalam satu hari. Macam-macam kes dan drama akan berlaku dan sudahnya, kita tak jumpa jalan penyelesaiannya walhal kita tahu kita boleh ubah perangai yang kurang elok tu. Korang ada solusi untuk perangai dengki ni?

Advertisement

Trackbacks/Pingbacks

  1. Komisen ketiga dari GDI | EarnCent.com - December 15, 2010

    [...] pun tak habis. Jadi, aku berhenti kat sini. Malas nak panjangkan isu ni. Nanti ada orang kata aku dengki plak. Jadi, buat pilihan yang sesuai. Jika GDI tak sesuai. Tinggalkan. Tak perlu nak kutuk sana [...]

Leave a Comment

CommentLuv badge

Spam Protection by WP-SpamFree

Content Protected Using Content Protector Plugin By: Make money.