Final Piala Suzuki tahun 2010 adalah antara Indonesia dan Malaysia. Dua negara yang berjiran. Dari awal lagi aku dah agak bila Malaysia kalah dengan Indonesia pada peringkat kumpulan. Aku sangat berharap Malaysia akan bertemu semula dengan Indonesia di peringkat akhir. Inilah sahaja satu-satunya cara untuk menebus semula maruah kekalahan 1-5 kepada Indonesia.
Tapi aku terpaksa mengakui bahawa Indonesia bukan calang-calang pasukan untuk dikalahkan. Mereka memang hebat dan tidak mudah mengalah. Lebih-lebih kalau dengan negara kita. Memang mahu menang sahaja. Jadi, pasukan Malaysia perlu berusaha berlipat kali ganda jika mahu bergelar juara.
Setiap pemain Malaysia akan diberikan RM5000 jika mereka berjaya menjadi juara Piala Suzuki. Itu habuan mereka. Aku faham dan habuan itu harus. Ini mampu menaikkan semangat mereka. Mana tahu, dengan hadiah sebanyak tu, macam-macam boleh digunakan untuk keluarga mereka dan ke arah kebaikan. Mana tahu, ada yang betul-betul memerlukan duit pada ketika itu.
Lagipun, sudah lama pasukan kita tak masuk final untuk Piala Suzuki yang dahulunya dikenali dengan nama Piala Tiger. Jika dulu, ada sekali pernah masuk final, tapi kalah dengan Thailand. Kini peluang terbuka dan jangan pula kita lepaskan peluang untuk bergelar juara. Aku nampak pasukan Malaysia ada harapan. Cuma jangan kayu-layu semula seperti perlawanan awal dulu. Memang sedih dan aku benci mengenangnya kembali.
1,335 total views, 1 views today
Erks, tak berapa ikut sangat perkembangan sukan2 nih.. Katak bawah tempurung sangat.. Gugugu~~