Bila aku membuat keputusan untuk menyertai syarikat ManggaAd sebagai publisher atau blogger, aku merasakan mereka adalah salah satu syarikat yang berbeza. Aku rasa aku boleh buat income dari program ini. Aku rasa aku mungkin akan dapat sesuatu yang berbeza terutamanya dari segi income. Ternyata setelah pemerhatian aku dalam beberapa bulan ini, aku agak silap.
Pertama, sudah lebih dari 3 bulan, income aku cuma mampu mencecah RM60 lebih sahaja. Mungkin ada kekurangan dipihak aku dan mungkin aku kena usaha lebih. Tapi aku tak sangka income aku begini ciput. Jika ManggaAd membayar kita lebih kepada jumlah view, aku rasa aku sudah dapat banyak view. Berpuluh ribu juga setiap bulan, tapi masih tak dapat capai RM100. Nampak gaya, cuma satu. Aku kena cuba dapat beratus ribu view, barulah agaknya dapat bayaran komisen pertama dari RM100. Memang agak susah, tapi aku akan cuba..
Dan aku harap, ManggaAd akan buat anjakan dan sesuatu yang baru jika mahu lebih ramai blogger setia dengan mereka. Jika tidak, sukar untuk mereka bertahan atau menjadi popular dimata rakyat Malaysia. Ya, aku tahu mereka mungkin ada masalah kekurangan modal atau memang ini plan mereka dari awal. Tidak mustahil satu hari nanti nilai 1 klik yang diberikan akan jadi RM1. Siapa tahu bukan? Tapi, mungkin juga ianya tidak dilaksanakan. Entahlah, kita tunggu dan lihat.
Aku cuma harap satu, mungkin diorang boleh bagi satu rate khas misalnya, 1000 view, bersamaan dengan berapa sen? 1000 view bersamaan 50 sen atau 10000 view bersamaan dengan RM1. Mungkin itu lebih baik dan untuk mendapatkan nilai positi, turunkan nilai minimum payout kepada RM10 atau RM20. Percayalah, lebih ramai yang akan dapat bayaran. Mempunyai ramai blogger yang mendapat bayaran setiap bulan, akan membantu ManggaAd naik dengan lebih cepat. Ya, aku tahu sukar. Tapi ianya tidak mustahil. Aku lihat, banyak juga syarikat yang menggunakan ManggaAd untuk mempromosikan produk, servis dan website mereka. Jadi, mungkin mereka boleh buat sesuatu.
Ps: Mahu ambil AstroBeyond PVR. Bagus atau tidak?
1,406 total views, 2 views today
ramai yang guna mangga ad sekarang. tapi tak ramai lagi yang dapat bayaran.
hari ni ada lagi ke manga ad?
Pehh..rajin jang stalk blog aku sekarang ehh..