Ya. Fugitive – Plan B. Merupakan drama korea terbaru yang aku tonton dalam minggu ini. Dalam masa seminggu, setelah download dengan penuh susah payah, akhirnya habis juga download semua episode iaitu 20 episode termasuk satu epiode special. Tidak aku nafikan, pada mulanya aku macam tak berminat untuk tonton drama ini tapi disebabkan drama ini ada unsur jenayah dan aksi, aku gagahkan juga untuk download drama ini. Antara drama-drama yang mungkin menarik minat aku jika ada unsur polis, jenayah, aksi dan perbezaan berbanding drama-drama korea yang lain. Jika drama itu ada unsur jenayah dan mempunyai lebih dari 10 episode, itu menandakan drama itu ada sesuatu yang menarik untuk ditonton. Sebab itu, aku download. Kalau cuma 10-15 episode, drama itu kurang menarik bagi pandangan aku.
Cerita drama korea berbeza berbanding dengan drama melayu atau jepun. Ada besar perbezaaanya. Biasanya ada mesti ada cerita antara cinta dan dunia korporat. Takkan lari dari situ. Ditambah pula jika drama itu ada pulak bab-bab kena tembak atau melibatkan agen-agen penyiasatan. Lagi aku suka tengok dan aku yakin ramai yang suka tengok cerita-cerita sebegini. Drama Fugitive – Plan B, mempunyai auranya tersendiri. Selain mempunyai barisan artis yang handal seperti Bi as Ji Woo, Lee Na Young as Jin Yi / Jini K, Lee Jung Jin as Chief Detective Do Soo, Yoon Jin Seo as Detective Yoon So Ran, Daniel Henney as Kai and Sung Dong Il as Nakamura Hwang. Lihat? Dua pelakon yang aku cukup respect adalah Bi dan Sung Dong II. Tapi aku lebih suka Sung Dong yang melakonkan watak Nakamura Hang. Seorang detektif persendirian yang mampu menyelesaikan macam-macam masalah. Bi pula merupakan anak murid kepada Nakamura Hang.
Jalan ceritanya agak menarik. Bi yang merupakan detektif mengambil kes dari clientnya iaitu Jini untuk menyiasat siapakan dan apakah melchedic. Bi berminat untuk menyiasatnya kerana ianya mampu memberikannya sedikit jawapan tentang kematian kawan baiknya iaitu Kevin. Oleh kerana ianya saling berkaitan, Bi (Jin Woo) mula menyiasat dan menjumpai banyak watak-watak baru yang mungkin terlibat dalam kes pembunuhan Kevin. Jini pula meminta Jin Woo untuk mencari sebab mengapa mak abah Jini termasuk atuk dan keluarga angkatnya dibunuh oleh Melchedic. Kunci utama adalah emas bar yang hilang sejak berpuluh tahun dulu ketika perang dunia kedua. Pendek cerita, sape jumpa emas dulu, dia mungkin mampu menyelesaikan kes ini. Sejujurnya, agak suspen juga ceritanya sebab aku masih tak jumpa macam mana endingnya. Berbeza dengan ending drama Iris yang mana heronya mati kena tembak. Jadi, adakah ending cerita ini heronya kena tembak atau hero dan heroin gembira pada saat akhirnya?Aku malas nak spoil cerita ni, kalau korang nak, boleh gi search kat google dan download filenya sendiri.
Kena selalu ada plan B. Setuju?
1,428 total views, 2 views today
Emm tak pernha tengok pun citer ni..haha..
ingatkan fugitive yang orang putih punya, aku pun dah lupa macam mana certia dia.