Nasi lemak. Aku tak ingatila kali pertama aku makan nasi lemak, tapi dulu setiap sabtu atau ahad, memang abah aku selalu bawak aku pergi makan nasi lemak kat banting. Aku pun tak berapa ingat namanya, tapi kalau korang datang banting, memang ada 3 kedai nasi lemak yang agak terkenal dan korang boleh pergi kedai tu untuk makan pada setiap hari. Dulu, memang selalu gak abah aku bawa, sekarang? Takdelah selalu. Kalau aku balik bercuti aje, aku dan abah aku akan selalu gi lepak makan kat sana. Abah aku kena diet sket. Mak aku dah bising. Takut tekanan darah naik lagi agaknya. Abah aku pun dah kurus sikit banding dulu. Kiranya berjaya gak turun berat badan setelah berbulan-bulan berusaha. Hasil leteran dan diet ketat dari mak aku yang kawal makan minum beliau. Tapi nak wat camana, nak jaga kesihatan, gitulah jadinya..
Dengan nasi yang ada santan, ikan bilis segengam, telur sepotong, sambal pekat dan dua tiga hiris timun sudah mampu menjadikan selera aku pada hari ini naik. Tak malu aku katakan aku salah seorang penggemar nasi lemak yang tegar di Malaysia ni. Mak aku pun dah bengang tengok badan aku naik. Haha, dulu bila aku kurus keding, berat pun tak lebih 50 kilo, mak aku risau orang lain kata dia tak bagi aku makan yang secukupnya. Sekarang, bila dah berisi, dia risau tak ada orang nakkan aku pula. Itulah peelnya kisah seorang emak. Dari aku kecil sampailah besau begini, risaunya tak pernah kurang. Makin bertambah adalah gamaknya. Apapun, aku tetap sayang emak aku. Aku tahu, korang pun sayang dengan emak-emak korang kan?
Dalam selera orang melayu ni, memang tak boleh nak lari dengan nasi lemak. Pergi sana, pergi utara, pergi selatan, gi sabah dan sarawak, mesti cari juga nasi lemak ni. Aku sendiri yang dah merantau sejak tingkatan 4, memang aku akan cari kedai mana yang berdekatan dengan tempat tinggal aku, biarlah orang kata aku ni hantu nasi lemak, aku tak kesah. Janji aku dapat makan nasi lemak. Haha..duit aku kan. Lantak aku la nak makan apa!
Apapun, nasi lemak ni memang mampu bagi gemuk. Ianya memang jadi kat aku. Tapi aku tidaklah sampai menghadapi masalah obesiti. Aku sendiri masih mampu kekal macho dan handsome. Masih ramai lagi gadis-gadis muda dan comel yang terpikat dengan aku. Korang tak nak percaya sudah, tapi aku memang kacak. Jadi, kalau mahu kacak, sila makan nasi lemak. Ini testimonial dari aku selaku penggemar nasi lemak terulung di Malaysia.
Okeh. Aku bungkus nasi lemak untuk adik aku. Dia tak makan dalam masa 2 jam. Aku tibai nasi lemak tu!
Ps: Bakal bini-bini aku, mesti pandai masak nasi lemak. Kalau tak, gi ambil kelas memasak sekarang.
1,138 total views, 1 views today
makan nasi lemak lepas tu gi jogging, memang pancit.