Banyak program-program yang aku sertai dulu, dah hilang dan gagal dikesan. Samada mereka sudah tidak ada sebab untuk teruskan atau mereka rasa mereka tidak ada keuntungan untuk meneruskan kegiatan mereka, aku tak pasti. Tapi aku rasa ada banyak sebab untuk diorang terus hilang dari Internet. Aku tunjuk satu iaitu Widgetbucks. Pernah dengar tentang program Widgetbucks? Aku pernah sertai program ini dan akhirnya pernah juga dapat bayaran dari Widgetbucks. Ini cerita dulu, apa yang berlaku disebalik Widgetbucks?
1. Widgetbucks mula tidak menerima trafik dan klik dari Malaysia. Mungkin disebabkan berlakunya banyak fraud click dan banyak blogger Malaysia yang terima banyak bayaran, mereka mula block negara kita. Kita kena tahu, blogger-blogger dari negara kita memang hebat untuk cari klik untuk program-program macam ini. Dan mungkin disebabkan itu, Widgetbucks tak boleh terima kita.
2. Ekoran dari itu, klik hanya diterima dari beberapa negara sahaja. Tapi mungkin disebabkan polisi atau undang-undang baru dari pihak Widgetbucks, ramai blogger mula buat demostrasi diblog masing-masing. Akibatnya, sudah tidak ramai blogger boleh terima mereka lagi. Aku sendiri sudah tak boleh login akaun aku ketika itu dan memang tawar hati dengan mereka. Entahlah, kalau mereka tak boleh percaya kita, apa sebab aku hendak percaya mereka. Betul tak?
3. Kita tak boleh nafikan berlakunya fraud klik dalam mana-mana program. Negara kita pula ramai yang suka buat fraud klik. Ramai yang mahu duit cepat dan suka klik sendiri. Masuk proxy, menyamar, buat ip dari negara lain dan klik sendiri iklan diblog masing-masing. Akibatnya, earning mereka meningkat. Kalau sekali dua mungkin boleh dimaafkan, tetapi jika berlaku setiap hari dan ianya terjadi banyak kali oleh ramai blogger, tidak mustahil mereka akan diban oleh sesebuah program tertentu. Contohnya, program Widgetbucks. Paling teruk, program Widgetbucks telah hilang dan tidak dapat dijumpai. Website mereka pun aku rasa dah ada orang lain ambil alih.
Jadi, mengapa boleh berlaku perkara sebegini? Korang semua tahu. Aku tahu. Dan ramai orang tahu. Tapi aku yakin, masih lagi ramai yang tak tahu..yang mana Widgetbucks sudah jadi sejarah blogger-blogger Malaysia..
907 total views, 1 views today
Ooo mcm ni kisahnya.. fraud klik tu mcm menipu jugak ke en titan?hehe