8 Perkara tentang buat duit dengan Innity

1. Dulu, tak ramai yang tahu tentang Innity. Tapi sejak akhir-akhir ni, ramai yang dah tahu tentang Innity dan tak kurang juga yang berminat untuk buat duit dengan Innity. Aku rasa, Innity sedang mula naik demi sedikit untuk menyaingi kepopularan Nuffnang dan Google Adsense.

2. Agak mudah untuk buat duit dengan Innity. Semuanya bergantung pada trafik. Tanpa trafik, korang takkan dapat klik, takkan dapat impression, takkan dapat cost per action punya job dan secara automatiknya takkan dapat bayaran dari Innity. Ada trafik, ada la duit untuk korang dari Innity.

3.Aku tukar untuk terima bayaran dari Innity dengan melalui bank transfer. Boleh juga terima dari cek. Tapi cara yang aku guna itu lagi cepat rasanya.

4. Ramai blogger dah bertukar kepada Innity. Lebih-lebih lagi bila ramai yang berungut tak dapat buffer earning dari Nuffnang atau tak dapat klik yang cukup untuk program Google Adsense.

5. Secara jujur, aku lebih suka Innity berbanding Nuffnang.

6. Jika korang menggunakan Innity, ini menandakan korang naik satu level berbanding Nuffnang. Ini level yang aku setkan. Level tertinggi, tentulah Google Adsense dan Bidtraffic.

7. Lebih ramai yang menggunakan Nuffnang berbanding Innity. Lebih-lebih lagi syarat untuk blog yang diterima adalah sangat ketat berbanding 2 tahun lepas. Satu blog aku yang agak tinggi trafiknya juga telah ditolak. Geram.

8. Buat pengetahuan semua, sudah 6 kali aku terima bayaran dari Innity. Bayaran yang ke 7 mungkin pada bulan Mac nanti. Biasalah, ambil masa dalam 45 hari untuk terima bayaran. Tak apa. Aku sabar. Janji depa bayar.

Advertisement

14 Responses to “8 Perkara tentang buat duit dengan Innity”

  1. March 2, 2011 at 4:09 am #

    berapa sebulan dapat duit dari innity?
    kalau apply pakai blogspot boleh tak
    Kimi Rekonen recently posted..Keputusan Liga Super Malam Ini – 1 March 2011

    • May 8, 2011 at 11:23 am #

      adalah sikit. tak banyak, tapi cukuplah nak withdraw..
      blogspot pun diterima. Contoh blog dari blogspot yang diterima adalah blog ben ashaari dan blogserius. Banyak lagi sebenarnya, leh cari kalau merayau jap kat blog orang lain.
      ahmadfaizal recently posted..Bayaran ketiga dari Saysmy

  2. May 4, 2011 at 6:40 am #

    Cuba cerita lebih detail skit dari segi jenis blog, berapa trafik blog yang diterima dan kenapa innity tak terima blog kita.
    Hanafi Wawi recently posted..Pakej Kuasa Innity – Review Produk

    • May 8, 2011 at 11:25 am #

      Jenis blog? Tak kira jenis sangat, mereka akan terima asalkan trafik blog kita tu melebih tahap yang mereka tetapkan. Paling minimum 30k unik visitor dan 100k impression.

      Sebab kenapa tak terima? biasanya adalah trafik tak mencukupi.
      ahmadfaizal recently posted..Bayaran ketiga dari Saysmy

  3. May 11, 2011 at 3:29 pm #

    klau blog x feymes agak2 diorang nak approve x?:P
    Ash recently posted..Kaki Patah Tulang Terkeluar

    • May 12, 2011 at 7:12 pm #

      blog tak famous takde masalah, janji cukup requirement yang Innity mahukan. Cukup impression, cukup unik visitor, takde sebab untuk mereka tak lulusan permohonan blog kita tu.
      ahmadfaizal recently posted..Buat duit dengan Grapevine

  4. November 16, 2011 at 6:56 am #

    Alhamdulillah sekarang nie Jamal layan iklan Google Adsense je..Dalam planning nak apply iklan Innity pulak.

    Jamal ada soalan nie…

    “Boleh ke letak iklan Google Adsense bersama Innity” . menyalahi TOS Google Adsense dan Innity ke tak..Thanks
    Jamal recently posted..Petronas Carigali makes new oil discovery offshore Sabah

    • December 30, 2011 at 2:03 pm #

      Boleh aje innity dengan adsense. Takde hal punya. Innity tak kesah punya. Tak tahulah kalau adsense marah kot. haha..rasanya takde masalah..
      ahmadfaizal recently posted..2012 – Hidup untuk lebih kacak

  5. December 30, 2011 at 9:17 am #

    huhu mcm best je, tp knape blog ak visitor dah 3 k abih2 kurang sari tp tak trime msj ape2 pn dr innity?ak dh register :D lbih 2 mnggu dh
    harith recently posted..Kecantikan Sebenar Wanita Korea Pada Zaman 60-70 an

    • December 30, 2011 at 2:07 pm #

      haa..itu aku tak tahu. kalau layak, diorang akan inform punya. takpun, cuba tengok kat ruang spam. mana tahu..masuk ke sana kot email diorang.
      ahmadfaizal recently posted..2012 – Hidup untuk lebih kacak

  6. December 31, 2011 at 4:39 am #

    dh ckup syarat trafik..tp apply sekali aritu kena reject sbb content..kena cuba lg perbaiki entry..hee
    cik tom recently posted..Pertandingan 3 Artikel Berpengaruh Earncent.com Blog Titan Kacak

  7. March 10, 2012 at 11:27 pm #

    smakin susah nk dapat, smakin best kan..x gitu?kikiki
    harith recently posted..12 Gambar Menakjubkan Permukaan Bumi

Leave a Comment

CommentLuv badge

Spam Protection by WP-SpamFree

Content Protected Using Content Protector Plugin By: Make money.