Akhirnya, tempoh 4 hari telah pun tamat dan seperti apa yang dikatakan oleh support Nuffnang, akaun Nuffnang aku yang sekian lama kekal dengan status Ordinary akhirnya bertukar ke Glitterati. Emm, bagaimana ini berlaku? Nak tahu cara nak dapat balik Akaun Glitterati dari Nuffnang? Camni citenya..
Pertamanya, aku email ke bahagian support Nuffnang. Selepas sehari, mereka balas pertanyaan aku. Aku tanya mereka bagaimana nak dapatkan semula akaun Gliterarti dan apa yang peru aku lakukan untuk dapat akan special tu. Dan mereka balas, katanya aku perlu buang code dari ManggaAd dan Adgnitize. Jadi, aku buang dan aku reply untuk bagitau yang aku dah buang code tu. Mereka balas semula dan bagitau yang aku akan dapat semula akaun Gliterati dalam tempoh 4 hari jika blog-blog aku yang ada iklan Nuffnang itu tidak meletakkan lagi iklan-iklan yang mungkin menjadi persaingan kepada Nuffnang. Dan dalam 4 hari itu, aku login pagi tadi. Memang betul-betul aku dapat balik akaun Gliterati dan nilai 1 klik pun dah berubah. Ada yang dapat 75 sen dan ada yang dapat 50 sen. Betul-betul berubah 100% dari segi nilai klik. Jika dulu aku dapat antara 15 dan 25 sen, tapi kini, peningkatan mendadak berlaku dalam tempoh 4 hari.
Terima kasih aku ucapkan kepada bahagian support Nuffnang yang menjawab soalan aku dengan penuh mesra. Aku akui, aku buat silap. Jika aku tahu ini caranya, aku akan contact bahagian support mereka sejak tahun lepas. Bukannya susah pun. Tanya dan tanya. Dah tahu masalahnya, selesaikan masalah tu. Tup-tup, dah dapat balik akaun Gliterati yang menjadi rebutan tu.
Haha, sekarang. Penantian untuk mendapatkan Buffer Earning yang pertama untuk tahun 2011 setelah sekian lamanya aku tak merasa buffer earning dan juga metered earning. Entah dapat atau tak. Tapi bagilah juga aku merasa sikit duit buffer earning nih. Hehe..
Ps: Dah, itu aje nak cerita. Berita yang agak gembira dari Nuffnang. Terima kasih sekali lagi Nuffnang!
1,785 total views, 1 views today
bro perlu buang code dari ManggaAd dan Adgnitize. ? tp cmne ea nak tau kita ada code tu..?
http://duniadalamjaket.blogspot.com/
Kalau kita ada letak code tu dulu..kita buang lah. Kalau tak pernah..tak payah buang. kalau tak tahu mengapa kita masih tak dapat status glitterati tu, tanya pada nuffnang. Diorang akan bagitau sebabnya.
Bagaimana Nak tahu jika Nuffnang sudah membalas soalan dari saya ?
Beberapa kali jugak kena buang keahlian gliteratti Nuffnang.. Taktau apa sebab.. Contact helpdesk dorang, lepas tu dah dapat balik status tu.. =)