Boleh ke buat duit dengan program affiliate tempatan?

Betul, aku dah join banyak affiliate program. Tak kiralah program tu merupakan jenis PPL (Pay per lead) ataupun yang berbayar. Setakat ini, dah beribu jugak aku dapat. Dan jika ada yang bertanya kita boleh buat duit atau tidak dengan program affiliate, dengan senyumnya aku menjawab, kita memang boleh buat duit dengan program affiliate. Yang kita perlukan adalah belajar teknik promosi yang akan bantu kita promosikan program-program affiliate yang kita sertai tersebut.

Baru aje aku dapat beberapa bayaran daripada program affiliate tempatan. Kiranya program affiliate ini dibuat oleh orang Malaysia. Sesetengahnya adalah PPL dan ada juga yang berbayar.

komisenlepasanspm Boleh ke buat duit dengan program affiliate tempatan?
komisenkerjakerajaan Boleh ke buat duit dengan program affiliate tempatan?
komisenrahsianuffnang Boleh ke buat duit dengan program affiliate tempatan?

Cukuplah 3 bukti bayaran dari program yang berbeza. Aku yakin ramai blogger dan internet marketer yang terer dan famous mampu dapat lebih dari apa yang aku dapat. Aku pun tidaklah mempunyai beribu-ribu list nama untuk diblast setiap hari. Aku cuma ada blog. Dari blog inilah aku promosi dan promosikan program affiliate tersebut. Memang tidak banyak, tetapi aku bangga dengan apa yang aku dapat tu. Sekurangnya aku membuktikan bahawa blogger juga mampu dapat buat duit dengan program affiliate walaupun tidaklah sampai juta-juta ringgit tu. Itu kalau ada orang dapat, memang melampau-lampau hebatnya.

Oh ya. Program affiliate ini berbeza sangat dengan Nuffnang atau Advertlets. Jadi, jangan silap. Kita promosi, dan jika ada orang daftar atau beli produk, barulah kita dapat komisen. Itulah program affiliate yang dapat aku terangkan secara mudah dalam satu perenggan pendek ini. Nak tahu lebih terperinci, boleh belajar kat universiti Google tu. Tinggal taip aje..

Okeh. Aku nak makan. Mak aku dah panggil tu..

Ps: Nak buat duit dengan blog ni ada 1001 macam cara. Tinggal pilih dan buat. Kalau malas, jangan dok bising kat blog. Lebih baik korang belajar cara nak buat duit daripada dok menyalak kat blog masing-masing. Itu ada lagi banyak faedahnya..

Advertisement

2 Responses to “Boleh ke buat duit dengan program affiliate tempatan?”

  1. January 6, 2012 at 10:16 am #

    Salam..nk tya..mcm mana nk join?..

Leave a Comment

CommentLuv badge

Spam Protection by WP-SpamFree

Content Protected Using Content Protector Plugin By: Make money.