1. Program Tnx merupakan salah satu pencetus untuk aku terus kekal dalam dunia blogging ini. Setelah beberapa program seperti Google Adsense, Widgetbucks, Bidvertiser, Payloadz dan Adbrite mengecewakan aku, Tnx memberikan aku harapan dan bayaran demi bayaran setiap bulan sehingga ke tahun ini. Sudah masuk tahun ke 4 aku bersama Tnx sejak 2008. Kini, aku sudah terima 70 kali bayaran dari syarikat Tnx ini. Alhamdulillah..
2. Program Nuffnang pula merupakan salah satu program tempatan yang menjadi program pertama yang bayar aku hasil dari mengiklankan banner-banner mereka diblog-blog aku. Setakat ini, sudah hampir 10 cek yang aku terima dari pihak Nuffnang. Dan berita terbaru, aku telah berjaya dapat kembali status Glitterati untuk akaun Nuffnang aku yang sekian lamanya hanyalah akaun biasa
3. Ya, aku juga sudah dapat buffer earning yang pertama dari pihak Nuffnang. Baru aje 2-3 hari berjalan dan baru aje berapa sen aku dapat. Kira oklah tu. Permulaan yang baik.
4. Salah satu akaun aku kena ban oleh program yang banyak membantu aku. Ciss, apakah nasib malang aku kena ban dari program tu. Program apa? Ala, program yang terlalulah popular ban orang dari negara kita nih..
5. Program Advertlets yang dulunya aku rasa macam menyampah sangat telah merubah pandangan aku dalam sekelip mata. Memang ada silap dipihak aku dan juga dipihak Advertlets, jadi aku reda dengan apa yang berlaku. Setelah 2 tahun menunggu, akhirnya aku dapat bayaran komisen pertama dari Advertlets. Epik sungguh bukan?
6. Kadang-kadang, nak dapat apa yang kita nak tu memang sukar. Kadang-kadang mungkin kita kena tunggu 2 hari dan kadang-kala mungkin mengambil masa 2 tahun. Ini semua mainan masa dan takdir. Soalnya, beranikah kita bermain dengan masa dan takdir kita?
Ps: Okeh, penat. Aku nak cari air asamboi. Mana kedai pakciktu ek..
1,690 total views, 1 views today
Sekarang ni dah kurang en titan tulis artikel pasal tnx ni..dah tak join dah ke?
Tnx? Apa pulak tu? ❓