1. Bengang kerana salah satu hosting A ni, lambat naikkan semula website dan blog aku yang ada dalam hosting mereka. Walaupun aku dah bayar untuk renew setahun, tapi agak lambat. Aku dah bengkak ni. Sebab tulah aku agak risau guna hosting tempatan. Bila kena kes macam ni, memang lambat nak respon. Aku ada dekat 7 blog yang aktif kat Tnx, memang jatuh teruk point-point aku kat tnx dalam 2-3 hari ni. Bagi aku, kalau dah lambat 2 hari, itu servis yang super lembab. Sepatutnya boleh setel dalam beberapa jam sahaja. Paling teruk pun sehari. Kalau dah masuk 2 hari dan tanpa apa-apa penjelasan, itu sangat teruk. Lebih-lebih lagi untuk hosting tempatan. Bukannya aku tak boleh terima alasan, tapi tak ada alasan yang diberikan. Bagi korang, itu teruk atau tidak?
2. Bengang sebab hosting si B buat hal pula 2-3 hari ini. Bukan hosting si A tu, hosting lain. Aku memang ada dalam 5-6 hosting yang aku cuba untuk market luar dan tempatan. Jadi, apa masalah yang hosting ni buat? Blog-blog aku yang ada dalam hosting tu, kejap ada, kejap tak ada. Nak kata aku tak bayar duit hosting, tempoh tamatnya bulan 9 nanti. Jadi, takde masalah. Nak kata bandwidth habis, takde pula keluar amaran bandwidth habis. Nak kata space habis, itu sangat mustahil. Ada 3 aje blog, space punya besar, takkan habis plak. Aku tak tahu sebab aku masih tak dapat masuk cpanel untuk semak apa yang patut. Langkah terakhir, menghubungi admin dan ruang support mereka.
Itu aje 2 benda yang aku bengang dari semalam. Memang sakit hati. Dua-dua hosting tempatan. Bukan aku nak bias dengan hosting luar atau hosting tempatan yang mantap, tapi memang sebahagian besar hosting tempatan memang agak bermasalah dari segi servis. Masa promosi, laju aje balas kalau kita tanya apa-apa. Bila dah kena macam ni, lambat la pula..Ada sahaja alasannya. Aku tumbuk karang, baru tahu.
1,128 total views, 1 views today
Emm banyak sangat pakai service bengang ni pasti wujud kan?hehe
Tumbuk jer.. 😈