1. Alex. Lawak susu getah. Walaupun minggu ini berkonsepkan komedi muzikal, tetapi persembahan Alex tidak mengecewakan. Memang dari mula hingga habis, memang apa yang Alex cakap akan buat orang gelak. Ahmad Idham pun tak dapat nak kata apa. Terbaik katanya. Alex merupakan Nabil versi Sabah. Kalau orang Sabah, mesti suka apa yang Alex cakap ni. Apapun, Alex memang pilihan terbaik malam tadi. Pada pendapat aku la..
2. Sepah. Ternyata tidak mengecewakan. 3 orang serangkai ni bawa sketsa+komedi muzikal. Menjadi. Shuib plak menjadi malam tadi. Lawaknya yang bersahaja dengan mimik muka yang selamba aje. Nyanyian Shuib yang menjadi punch line untuk buat penonton gelak tak henti-henti. Apapun, tengok banyak kali pun tak apa. Mesti gelak juga..
3. Nabil. Tak perlu nak kata apa lagi. Memang menjadi lawak lalat pianonya.Lalat main piano. Nampak macam betul-betul orang main piano. Serius, kalau Alex dan Sepah tidak ada. Memang Nabil boleh jadi juara kalau minggu ke 3 ini adalah minggu final. Nabil seorang sahaja dah cukup buat orang gelak guling-guling. Ulang banyak kali pun aku rasa ramai orang gelak..
4. Jambu. Memang menarik. Walapun macam kelam-kabut. Tapi kira terbaik jugalah perembahan mereka malam tadi. Yus dan Taukeh memang pandai buat orang gelak dengan lawak pinknya. Gaya diorang bawa lagu yang dipilih memang berjaya mengeletek hati orang kat studio dan dirumah. Pendek kata, gaya dan mimik mereka berjaya buat orang gelak. Hehe..Yang best, mereka masih mengekalkan baju berwarna pink. Kekal legend dan jambu..
5. Man. Menjadi malam tadi. Nampaknya dia tak perlu dah nak pakai baju gelap-gelap. Dahlah dia tu dah gelap. Jadi, toksahlah nak gelapkan diri sendiri tu. Man ni sebenarnya ada berbakat dalam lawak ni. Dia ada gaya tersendiri. Walaupun dia punya lawak banyak recycle punya, tapi bila dia bawak, menjadi. Bagi aku, dia buat come back minggu ini. kira ok dah tu. Jangan jadi macam minggu kedua yang lepas.
6. R2. Memanjang cerita kambing kena culik la ayam la apa la. Takde apa-apa benda lain ke nak cerita. Pendek cerita, mungkin mereka rasa mereka terlalu selesa sebab ada ramai yang lagi teruk dari mereka. Tapi ini rancangan yang boleh tendang kita keluar bila-bila masa. Sebab lawak mereka tak menjadi minggu ini, banyak cakap dari menyanyi, jadi mungkin ini satu sebab mereka terkeluar pada minggu ke 3 ini..
7. Amer. Aku tak rasa dia boleh pergi jauh. Tapi sekurangnya dia lebih bagus berbanding XN3 dan WAI. Yang paling ajaibnya, dia masih kekal minggu ini. Kuasa undi memang mengubah segala-galanya.. Apapun, komen Apek untuk Amer adalah yang paling terbaik sekali aku suka dengar..
8. Jozan. Antara yang terbaik dan aku yakin ramai yang suka dengan apa yang mereka bawa malam tadi. Pencabar terdekat Nabil setakat ini. Jadi, aku rasa masa final, mereka akan bertarung habis-habisan. Sejujurnya, muzikal komedi memang dapat bukak banyak kelebihan pelawak-pelawak untuk buat lawak dengan lebih sempoi lagi.
9. Balas. Juga yang bagus-bagus. Lebih bagus berbanding Amer, Jihan dan R2. Sekurang-kurangnya mereka kekal dengan stail tersendiri. Lawak double meaning yang menjadi trademark mereka. Mungkin mereka perlu kurangkan sikit sebab rancangan ini adalah rancangan keluarga. Memang kurang sesuai..
10. Juri. Apek, Ahmad Idham dan Mamat Khalid. Diorang pun buat persembahan. Tapi sekurang-kurangnya tak kalah dengan peserta-peserta lain. Tak sangka Mamat Khalid leh main keyboard tu, manakala Ahmad Idham main harmonika. Apek plak, penyanyi utama dan merepek apa yang patut. Haha..
11. Jihan. Aku tak sempat tengok. Tak jumpa video dia kat youtube. Malas nak cari lagipun. Tapi aku yakin, persembahan dia tak teruk macam Amer..
12. Usop Wilcha. Setiap perkataannya pasti buat orang gelak. Nasib dia tak masuk bertanding. Kalau masuk, mesti masuk minggu final nanti. Terbaik sekali dan artis baru yang lama yang mampu berubah segala-galanya.
Yang pasti, malam ni memang menghiburkan. (Yang aku gelapkan namanya tu, adalah peserta-peserta yang berjaya membuatkan aku tergelak sorang-sorang dipagi Sabtu ini..)
Ps: Siapa yang tak langgan pakej mustika macam aku, sila pergi ke Youtube dan taip ” Maharaja Lawak minggu ke 3″. Ditaja khas oleh Gua TV dot com. Memang terbaiklah untuk mereka-mereka yang malas nak langgan pakej mustika macam aku ni..
1,759 total views, 1 views today
usop wilcha tu pun sodap gak..minat la jugak kat dia..hehe