Sila berfikiran sedikit gila bila baca entri kali ni..
1. Bila ada orang dok bising kat blog cakap nak boikot Astro, aku tergelak. Aku peduli apa. Bukan korang nampak pun aku gelak. Aku tergelak sebab banyak perkara. Manusia kat Malaysia ni, kalau ada isu sikit, semuanya nak boikot. Bersih 2.0 pun nak boikot? Aii..sudah-sudahlah..
2. Mengapa ramai penulis blog tulis pasal isu Astro naik harga ni? Sampai orang dalam parlimen pun kecoh? Kalau dari sudut penulis blog, semuanya mahu trafik. Keduanya, mahu kongsi pendapat. Ketiganya, tiru apa orang lain buat. Top blogger tu cerita pasal astro..dia pun dok kecoh pasal Astro. Haa, tirulah. Tiru..
3. Mengapa aku tak boikot Astro? Sebab aku suka Astro. Aku dah lama tunggu Astro ni sejak aku darjah 1. Dulu, ada orang boikot TV1 dan TV2. Katanya kerajaan punya. Tak best. Tak banyak cerita best-best. Lepas tu, kata nak boikot TV3. Kecoh jangan tengok siaran TV3 yang katanya memonopoli. Mentang-mentang masa tu banyak cerita yang best-best kat TV3, ramai yang tak suka, ramai yang boikot. Kena pula banyak iklan dekat TV3, mulalah nak boikot sana-sini..benda ni dah lama. Tak yang bangangnya, isu ni tetap panas sehingga tahun 2011. Sekarang, Astro punya turn pula kena boikot. Bangang.
4. Astro tak bayar aku pun buat entri ni. Kalau dia nak bayar pun, aku tak nak bagi nombor akaun bank aku. Jadi, cara lain nak bayar aku, sila tulis cek melalui nama aku. So, tugas orang Astro adalah, sila cari nama sebenar aku. Baru boleh kirim cek sama aku. Jangan bagi cek tendang sudahlah. Ok. Ini mengarut aje.
5. Aku tahu ada orang panas dan tak puas hati dengan Astro. Tiba-tiba sahaja naik harga. Langgan macam-macam pakej, harga kena bayar Rm100 lebih. Mahal katanya. Cuba fikir,korang gi dating dengan awek korang, belikan awek korang macam-macam, call sampai 2-3 ratus..kasi lawa kereta beribu-ribu, beli laptop mahal-mahal..beli beg tangan jenama orang putih, beli itu ini beratus-ratus..bayar duit astro 50-100 ringgit sebulan pun nak berkira?
6. Korang tak nampak sebenarnya kebaikan Astro. Astro ada banyak channel yang bagus-bagus. Itupun kalau korang rajin tengok. Siapa yang langgan pakej Sports, mesti korang akan rasa berbaloi-baloi. Salah satu sebab aku selesa dengan Astro adalah channel Sports. Bukan senang nak tengok siaran langsung perlawanan bola luar negara. Itu belum lagi siaran langsung liga super dan juga Piala dunia. TV1 dan TV2 ada? Takde kan? Korang tengok channel 701? AXN? Ada cerita Numbers, CSI, Hawaii Five O, Iron Chef dan macam-macam lagi. TV1 dan TV2 ada?
7. Korang nak kata aku bias? Tak apa. Itu tanda korang tak nak otak korang berfikir. Tuhan bagi otak tu untuk berfikir. Fikir tentang kebaikan. Bukan fikir nak boikot sana-sini. Dulu kata nak boikot Israel, nak boikot US, nak boikot sana-sini. Tapi sekarang? Apa kes?
8. Astro bermasalah bila hujan? Wehh, hujan itu rahmat. Bila korang tak dapat tengok tengok tv disebabkan hujan, korang kena faham. Di sebalik hujan itu, ada orang lain yang dapat faedahnya. Jangan fikir faedah korang sendiri aje. Lagipun, kat Malaysia ni, iklimnya apa? Iklim khatulistiwa. Panas dan lembab sepanjang tahun. Kira adil la tu. Ada masa panas, ada masa hujan. Kang tak dapat hujan langsung, jadi macam Gurun Sahara, tak ke mampus tu namanya? Baru hujan sikit, dah jadi balaci report dalam blog. Cuba sabar sikit. Bukannya hari-hari hujan pun kat Malaysia nih..
9. Orang kita cakap nak boikot. Cuba cari kat mana-mana blog hari ini. Ada cerita pasal Astro? Tak ada kan?
10. Kalau nak murah, ambil aje pakej Family. Murah sikit. Yang gatal ambil banyak-banyak pakej apasal? Sebab tu la mahal derrr..
11. Nak boikot juga? Ok. Cancel aje langgan Astro. Habis cerita. Hati pun tak panas.
1,989 total views, 1 views today
astri naik harga? ada aku kesah.. umah aku tak pakai astro. aku pasang unifi dan hyptv.. ahaks..
Tak langgan astro.. Channel yang ada sekarang ni pun tak tertengok.. Syok lagi layan Running Man kat internet.. Kihkihkih!
Emm tak tengok TV dah…haha..seronok gak en titan luahkan perasaan mcm ni..terhibur sangat,.,hehe