Ok. Aku dah sampai kat tempat kursus. Dalam 3 jam. Kalau aku tak singgah mana-mana tadi, aku rasa boleh sampai dalam 2 jam setengah aje. Tak apalah, janji selamat sampai.
1. Aku mungkin akan lebih update disini berbanding blog aku yang satu lagi itu. Sepanjang aku di tempat kursus ini, aku akan gunakan blog ini sepenuhnya memandangkan memang blog ini agak ringan dan tak banyak gambar atau javascript yang menganggu. Aku nak buka blog ini pun sangat mengambil masa. Apatah blog satu lagi yang memang dipercayai memang agak berat untuk diloading.
2. So far, aku masih lama lagi disini sebelum aku tamat kursus. Yang bagusnya, sabtu dan ahad, aku boleh menghilangkan diri sekejap samada ke Jerantut atau Banting untuk bertukar angin. Itu yang bagusnya kursus ini. Kursus apa? Biarlah rahsia. Aku akan cerita bila tiba masanya.
3. Elaun kursus yang aku terima juga agak banyak. Terima kasih kepada pihak yang membayarnya. Dan aku masih tak tahu elaun itu akan masuk terus ke akaun bank aku atau melalui cek sahaja. Tak apa. Aku akan tunggu beritanya.
4. Apapun, aku suka kursus ini. Dapat yang aku belajar dan aku harap ada berita baik dari kursus ini. Harapnya apa yang aku duga itu akan menjadi kenyataan. Pasti ianya akan menggembirakan beberapa individu yang aku sayang. Hoho..
Ps: Payah nak update blog ni sebenarnya. Mahu tunggu dekat 10 minit barulah boleh buka bahagian untuk taip artikel. Tapi takpe. Setiap benda ada hikmahnya. Aku yakin dengan takdir yang ditentukan untuk hidup aku.
1,511 total views, 1 views today
Taknak bagitau pun nak tanya jugak.. Kursus apa?
Banyak sangat rahsianya..emm untung la dapat bonus..hehe
Jauhnya gi kursus..nanti mesti rindu gan cendol banting kan.
Dapat bonus nanti belanja cendol ya 😛