1. Hari ini agak mengecewakan. Line internet sangat perlahan berbanding semalam. Tapi sekurangnya aku masih rasa lebih laju berbanding line dial-up beberapa tahun yang lepas. Tak dapat nak kata apa, sabar ajelah..
2. Alhamdulillah, momentum untuk dapat duit dalam bulan ini walaupun baru sahaja 3 hari dah agak memuaskan hati aku. Mungkin aku boleh tambah jumlah hadiah untuk pertandingan Earncent Review 2011 nanti. Beberapa sponsor dah confirmkan yang mereka mahu menambah hadiah untuk pertandingan tersebut.
3. Dah ada casing baru untuk Celcom Broadband. Nampaknya Celcom dah guna banyak casing sebelum ini dan kali ini aku rasa nampak menarik. Sayangnya aku dah ada celcom broadband. Jadi, tak perlu nak guna banyak-banyak. Tapi kalau korang nak sambar satu, leh gi subscribe celcom broadband untuk dapatkan casing yang kalerful tu.
4. Tak sabar nak balik esok. Nak sambung buat kerja yang tertangguh.
5. Pening gak hari ini disebabkan kursus kali ini memang buatkan aku pening kepala. Haha..
6. Last, alhamdulillah. Aku masih berpuasa penuh pada hari ini dan semalam. Esok masuk hari yang keempat. Moga-moga aku tak uzur..
Ps: Tak sabar nak tengok berapa agaknya hasil innity aku selepas blog A aku itu lepas dari temuduga Innity. Ini kali ke 4 kalau aku tak silap. Apply aritu fail. Tapi bulan ini, mungkin disebabkan bulan Ramadhan, usaha aku berjaya. Yehh!
1,024 total views, 1 views today
Dah lama terminate akaun broadband.. Lembap cam siput..
Kalau ada gambar casing tu mesti menarik..tak pernah jumpa lagi casing broadband..haha