Semalam aku gi Kuantan. Mahu dekat 4 jam lebih kalau pergi dan balik. Aku tak drive sebab aku demam. Jadi, kita orang naik kereta kawan aku. Kereta aku? Pun demam gak. Berehat. Pergi dengan satu kereta aje. Balik pun dengan satu kereta. Kita orang temankan kawan kita orang cari kerusi urut Ogawa. Jumpa jugalah kat Coast Mall tu. Malas nak masuk ke Kuantan Parade. Lepas habis dekat sejam lebih kat CM, jadi kita orang pergi makan ikan bakar. Tapi tak jadi, makan ikan siakap masak 3 rasa aje. Ada manis-manis sikitlah. Ikan siakap tu pula boleh tahan besar jugaklah. Tapi 3 orang dewasa yang makan, habis jugaklah ikan tu. Tinggal tulang aje. Rasanya dah lama aku tak makan ikan siakap masak 3 rasa nih. Hehe..
Lepas solat maghrib, aku sempat curi masa ke Maybank. Tengok, ada pula bayaran komisyen program affiliate masuk. Tapi program mana, aku tak tahu. Bila aku balik, aku ON aku punya celcom broadband, rupa-rupanya salah satu programnnya adalah program affiliate Buatcoklat.com. Dah masuk rupanya. Aku dapat 1 sales aje. Tapi nilai komisyen untuk 1 sales adalah RM40. Itu nilai yang tinggi kan? Bayangkan kalau dapat 10 sales dalam sebulan. Boleh dapat Rm400 tu. Kena ligatkan usaha dan tambah lebih banyak artikel yang mampu umpan pembaca untuk jadi pembeli ebook BuatCoklat tu. Hoho..apapun, terima kasih kepada admin kerana bayar komisyen ini. Lama gak tunggunya.
Apa pula juadah bersahur aku hari ini?
1. 2 keping biskut Chipsmore.
2. 1 cawan air kopi puteh
3. 3-4 gelas air putih.
4. 2 ulas kurma.
5. 2 biji panadol.
Cukuplah tu kan? Nak makan banyak-banyak pun aku rasa perut aku masih tak selesa. Apa yang ada ni, kira dah cukup baguslah. Ada orang, nak makan pun susah. Jadi, bersyukurlah kita dilahirkan dan hidup di Malaysia ni. Makanan bersepah. Siap membazir lagi pada bulan puasa ni. Sebolehnya, masa berbuka nanti, belilah ala kadar aje. Jangan beli macam nak makan 10 hari punya stok. Kalau habis, tak apa. Tapi kalau tak abis, nampak sangat kita mewarisi sifat syaitan yang suka membazir nih. Jadi, jangan jadi waris syaitan ni. Kita semua tahu, dalam setahun, 11 bulan syaitan dok training kita untuk buat jahat. Cuma 1 bulan aje diorang ambil MC. Jadi, pada 1 bulan yang mulia inilah kita kena tunjukkan bahawa kita tak terikut amalan syaitan tu. Kalau buat juga, itu disebabkan oleh nafsu kita sendiri. Buat syaitan punya angkara..
Tentang kerusi urut Ogawa yang teknologinya adalah fully dari Jepun. Aku rasa memang sedap jugaklah. Semalam aku cuba yang harganya dalam 8 ribu tu. Memang ok. Siap buat streaching lagi. Macam nak tercabut badan pun ada. Cengkaman pun kuat. Boleh buat macam-macam aksi lagi. Kalau aku ada 8 ribu dalam tangan yang untuk dibazirkan. Memang aku bayar cash semalam punya. Tapi oleh sebab 8 ribu tu aku boleh manfaatkan untuk macam-macam benda. Jadi, aku rasa aku tak beli walaupun diorang siap offer untuk bagi tawaran bayar ansuran sebanyak RM200 setiap bulan. Huhu, itu nak bayar berapa tahun agaknya???
Ps: Okeh. Malas cakap banyak. Aku nak mandi. Babai. 😀
2,654 total views, 1 views today
Emm jauh cari kerusi tuh..haha..emm mahal sangat kerusi ni..hehe..