Sempena pagi yang mulia dan berbahagia ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidilfitri kepada semua umat Islam dan blogger beragama Islam yang berada di Bumi. Aku harap semuanya sudah gembira dikampung halaman masing-masing. Aku juga sudah selamat tiba dirumah mak abah aku. Aku harap yang masih dalam perjalanan tu, memandulah dengan lebih berhati-hati. Biar lambat, asalkan sampai. 😀
Disini juga aku ambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf sekiranya sempanjang aku menulis blog tak kiralah di blog ini atau blog kacak aku yang satu lagi ada tersinggung, terguris dan tertampar perasaan korang. Yang buruk tu datangnya dari aku dan yang baik tu datangnya dari Allah. Semoga korang semua ditempatkan dalam golongan-golongan yang soleh dan dijanjikan syurga. Aminnn…
Pagi raya ni, pergi solat raya. Janganlah ada dok berdengkur lagi. Solat ni cuma sekali aje setahun. Takde dah dalam bulan-bulan lain. Bulan ini aje ada. Itupun satu hari. Itupun 2 rakaat aje. Bukan lama sangat pun. Habis solat, jangan dok keluar atau merayau nak cari nasi impit dan ketupat. Dengar dulu khutbah raya. Itu syarat sah solat tu. Wajib dengar. Tak dengar, tak sah solat raya kita tu. Sia-sia aje solat, tapi macam tak cukup sifat aje..
Kepada mak dan abah, maafkan anakmu yang degil dan kacak ini. Insya-Allah, perangai anakmu ini akan lebih kacak berbanding tahun-tahun sudah..
Kepada adik-adik, duit raya tahun ini ditunda. Haha..
Kepada anak-anak buah, duit raya tahun ini tak banyak seperti tahun lepas. Bukan kedekut. Tapi berjimat. Nanti wak tak leh nak beli kereta baru, rumah baru dan bini baru. Korang juga suruk Wak cari isteri kan??
Kepada anak-anak jiran, korang boleh datang beraya dalam raya pertama dan kedua ini. Raya ketiga, kami sekeluarga akan merempit ke Pahang. Haha..
Kepada rakan-rakan blogger yang mahu beraya, silalah datang banting dan halo-halo kalau mahu singgah. Kalau ada, adalah. Kalau terlepas, tunggu lagi 2 minggu sebab rumah aku dan mak abah aku ni ada wat open house. Datanglah masa tu kalau sempat atau tak malu-malu..
Last, aku sayang diri aku. Aku sayang kamu semua. 🙂
Ps: Bandwith blog Earncent aku yang kacak tu habis pula walaupun dah topup 1 GB semalam. Kalau aku tau, aku topup 4GB. 1GB dah kena cas RM5. 4GB baru RM10. Rugi, rugi..
1,349 total views, 1 views today
Menanti kehadiran Ramadhan 1434H.. Semoga lebih barakah dari tahun2 lepas..