Nampaknya internet kat tempat aku ni makin lama makin sakit jiwa dibuatnya. Ini bukan lambat biasa dah ni, ini betul-betul lambat. Sabar ajelah dibuatnya..
Mesti korang tertunggu hadiah untuk pertandingan hari itu bukan? Bukan aku tak nak hantar lagi, tapi ada yang masih belum hantar dan minta claim hadiah. Kalau boleh aku nak hantar serentak dalam sehari. Tapi ada masalah lain pula yang timbul. Kat tempat aku ini takde bank Maybank atau CIMB. Kebanyakkan pemenang bagi aku akaun bank CIMB. Jadi, susah aku nak buat bayaran melainkan kalau aku balik banting. Jadi, paling awal aku dapat hantar hadiah tersebut hari Khamis ini. Untuk mereka yang submit guna Maybank, aku akan bayar secepat mungkin. Internet sangat slow. Jadi, nak bukak maybank punya website pun susah. Hmmm.. 😀
apapun, aku akan cuba yang terbaik. INi pun ngantuk tunggu blog ni buka. Nak login pun kekadang ambil masa. Nak tunggu masuk ruang New Post pun lambat gila..
Takpe. Sabar, sabar.
Ps: Huhu..pertandingan 3 Artikel Berpengaruh Earncent.com sudah bermula. Semua orang boleh sertai kalau berminat. Hehe..
980 total views, 1 views today