Esok dah kena balik ke tempat kursus. Aku akan kembali sibuk seperti biasa dan malam ini aku nak update sesuatu. kiranya ini malam terakhir aku kat banting la dalam bulan Raya ni. hehe..
Alhamdulillah, aku dah dapat duit dari program Advertlets. Dekat hampir 3 bulan menunggu dan akhirnya barulah dalam 2 september ini dapat duit tu masuk ke akaun Maybank. Terima kasih kepada pihak Advertlets kerana bayar aku walaupun agak lambat sedikit. Hoho..

Ok la kan? Tak banyak. Tapi ada hasil juga walaupun lambat dibayar.
Aku harap pihak Advertlets akan lebih alert dengan isu pembayaran selepas ini. Aku masih ada 2 bayaran yang akan aku dapat pada masa hadapan. Masih pending sebab belum cukup 45 hari lagi. Aku harap lepas 45 hari..mereka akan bayar secepat mungkin dan tak perlulah aku nak kena email sampai 3-4 kali untuk alertkan pihak Advertlets agar buat bayaran. Penat wehh kalau nak buat macam itu aje. Bukan aku takde kerja lain nak buat..
So far, aku masih boleh terima Advertlets selagi mereka tetap bayar blogger macam aku ini. Aku tak kisah lambat. Tapi jangan lambat sangat macam aku tunggu 2 tahun dulu. Ini pun dah lebih 2 bulan untuk dapat bayaran kedua. Takkan bayaran ketiga dan keempat kena tunggu 3-4 bulan baru dapat kan? Lagipun bukannya banyak, dalam seratus lebih aje. Sedangkan event dan party atau majlis yang Advertlets anjurkan tu aku rasa nilainya cecah juga ribu-ribu ringgit. Takkan nak bayar seciput dua ni bermasalah juga??
Jadi, aku harap mereka akan ambil ikhtibar tentang isu ini. Kalau tidak, mungkin ramai yang akan meninggalkan Advertlets dan mencuba program lain pula..
Ps: Huhu.. 😀
1,838 total views, 1 views today
anda boleh cuba buat duit dgn blog dengan clixadx – http://www.clixadx.com
bro, nak tanya advertlets ni ada problem ke skrang? aku cash out dah 2 bln lebih ni takde respond.. contact dorank pun senyap jer..
haha, kelakar la baca profil bro. adverlets ni masih aktif ke ?