1. Sebab aku malas. Salah satu perangai buruk aku. Bukan aku tak nak balas komen korang. Tapi aku perlu ambil masa yang sesuai untuk balas semua komen korang. Bila? Itu aku tak berani berjanji. Nanti korang kata aku mungkir janji. Maklumlah, orang yang kacak macam aku, tak boleh mungkir janji kan?
2. Sesetengah blog, memang aku jarang balas komen. Memang aku saja buat macam itu. Jangan tanya kenapa. Tapi jika perlu, aku memang akan balas punya. Mungkin. Dalam keadaan terpaksa.
3. Mengapa perlu balas komen?
4. Aku suka buat korang komen artikel-artikel aku. Kalau aku berjaya, ini bermaksud umpan yang aku pasang selama ini mengena.
5. Aku suka komen artikel kat blog orang lain. Tapi aku cukup malas nak balas kat blog sendiri. Ini salah satu sindrom putera raja macam aku. Haha..
6. Rahsia.
7. Kalau komen tu dari orang perempuan, mungkin aku balas. Aku racis sikit dengan komen orang lelaki ni. Haha..
8. Kalau komen tu dari orang lelaki, korang tahu dah kenapa aku tak balas kan? Aku sayang orang perempuan. Jadi, aku punya sebab untuk balas komen orang perempuan.
Dan lain-lain lagi.
Pendek kata, aku malas. Takde alasan lain.
Ps: Komen ke, tak komen ke. Aku tetap kacakk. Dalam definisi aku sendiri. 😀
4,942 total views, 1 views today
Lepas ni nak menyamar la..buat nama perempuan emel jer..tak yah letak url blog..hahaha
Haha! Okay, fine..
hai ni linda komen tau
dah baca kena balas hehehe…
ps: terima kasih sbb bro selalu meninggalkan komen kat blog kita 🙂
suka tangguh balas komen…last2 terus malas nak balas..xkisah la gurl ke boy..
Aku rasa semenjak dua menjak ni penyakit malas ko berjangkit kat aku la..hahaha
saya balas komen kat blog saya sahaja biasanya,, tak rajin sangat nak follow up dengan komen di entry blog lain,,, hehe
Gua jenis gomo belako….janji dia manusia.
Balas bila perlu atau berbentuk pertanyaan. Itu lebih bermakna. Lainlah kalau kita dah tukar nama ruang komen jadi ruang chatting.
kalo abg kacak idaman wanita komen, gerenti aku balas, walaupun komen ko mengarut dan pendek. ngeeee
gua pun dah tak sempat nak reply komen. bertangguh-tangguh. last sekali terus tak reply komen tu
hahahaha aku di kataka rajin komen tapi belum tegar lagi kat sini.. hoho
selamat umpat nama perempuan ni berjaya…haha..
malas eh. camno nak tolong bini masak ni. haha~
Kalau nak nak paksa titan komen ada satu cara. Jentik sikit ego titan. Heheh 😉