Sebelum aku tidur,
1. Aku sempat jenjalan blog lain. Baca. Komen. Pangkah. Bukak blog lain. Baca, komen dan pangkah. Bukak blog lain. Ehh, ada iklan menarik. Klik iklan. Baca. Bosan. Pangkah. Itulah rutin yang aku buat setiap hari bila aku dalam mode buat kerja. Ya, aku kategorikan benda ni buat kerja. Bila kerja, mesti ada hasil. Kalau takde hasil, itu bukan kerja yang berbaloi.
2. Aku layan video terbaru Mat Luthfi. Lalang. Not bad. Ada mesej. Ada kelakar. Tapi pasti ada yang tak boleh terima. Dalam banyak-banyak video. Aku suka 2 video beliau selain Lalang. Hantu Lampu dan Rokok dan kopiah. Yang lain, kureng sikit tetapi tetap kreatif dan menarik untuk ditonton.
3. Bukak balik blog earncent. Baca komen. Balas komen. Komen yang terlalu banyak, aku hold dulu. Sambung esok. Lusa atau minggu depan. Aku penat nak balas. Tapi insya-Allah, aku akan cuba balas secepat mungkin.
4. Habiskan minum air kopi yang aku buat tadi. Satu jag.
5. Lengkapkan job review yang aku dapat. Aku pernah dapat job dari Sinar Niaga, Majalah IM (Majalah Niaga), Syed Ikhwan, Raja Kamil, Penjual VPN yang menjual servisnya, Penulis ebook yang mahu aku lariskan ebooknya, syarikat luar, syarikat lokal, blogger indonesia dan ramai lagi. Terima kasih kerana mempercayai blog dan tulisan-tulisan aku. Sesiapa yang nak upah aku tulis artikel untuk produk, review blog korang atau nak aku promosikan apa-apa, boleh hubungi aku.
6. Buat beberapa post untuk dikeluarkan 2-3 hari dalam beberapa blog sokongan aku. Fungsi blog sokongan selain menambahkan duit online aku adalah untuk meningkatkan backlink ke blog-blog utama dan superblog aku. Lagi banyak backlink, lagi banyak benda aku dapat. Alexa turun, pagerank naik, trafik meningkat, pembaca bertambah dan mungkin boleh menang hadiah. Ini penting. Setiap hari aku akan cuba laksanakan.
7. Siapkan review Contengconteng.com. Dah siap, boleh baca – Lelaki kacak suka conteng conteng buku. Dengan gaya aku sendiri. Mungkin ada yang suka, mungkin ada yang tak berapa suka. Lantaklah. Aku yakin dari 10 orang, separuh akan suka. Kalau seorang sahaja yang suka, itu sudah satu kejayaan yang besar buat aku. Ingat senang ke nak bagi 1 orang kat Bumi ini suka apa yang kita tulis?
8. Balas email client dan customer. Juga future client.
Itu sahaja yang aku buat. Yang lain, sambung lain kali. Itu cerita sebelum aku tidur. Selepas ini. Aku tidur.
Ps: Target untuk blog ini. Turunkan Alexa rank bawah 500k. Harap menjadi.
3,678 total views, 1 views today
hoho..tahu lah power..poyo…har har har…
kikiki.. tak habis lagi ?
budak tu memang tak faham bahasa. haha..
ko tu yang poyo. Tak nak ngaku aje..
Seronok baca kisah hidup en titan..rasa nak jadi hebat mcm ni jugak..hehe
insyaAllah satu hari kita bole jadi mcm titan ya
Tudia, minum kopi sampai 1 jag.. Oh mai!!!