Saya sendiri sudah terlepas untuk tonton rancangan Nona di TV3 yang menceritakan tetang Hero Malaya iaitu Khairul Fahmi Che Mat. Tak sangka, Khairul Fahmi menjadi watak utama untuk banyak stesen tv, rancangan tv, syarikat kasut dan macam-macam lagi. Saya yakin mungkin beliau akan menjadi trend setter seperti David Beckam tak lama lagi. Apa dia buat, mesti ramai yang akan tiru. Betul tak?
Bila ramai orang percaya kat kita, memang senang kita nak buat kerja. Disebab kepercayaan rakan sepasukan, Khairul Fahmi membalasnya dengan menepis bola salah satu sepakan penalti dalam Sukan SEA yang menyaksikan Malaysia menang sekali lagi ke atas Indonesia. Ya, bagi saya malam itu Heronya adalah Khairul Fahmi!
Ps: Lelaki kacak macam Apek ni, memang ramai gadis-gadis suka. Kan?
1,102 total views, 2 views today