Aku ada banyak kerja kena buat. Job asignment pun tak siap-siap lagi. Nasib baik lambat lagi due datenya. Kalau tak, menggelabah jugalah dibuatnya walaupun aku rasa bersalah sangat-sangat sebab melambat-lambatkan kerja. Entahlah, sifat malas aku ni memuncak. Dulu masa sekolah, kiranya aku ni rajin juga. Siap cover 3-4 bab lagi sebelum cikgu mengajar. Malah, buat nota sampai habis buku teks tu. Sampai tak tahu apa nak tulis dah. Semua yang ada dalam buku teks tu memang aku ingat. Itu belum lagi buku rujukan. Kalau aku dapat snap gambar buku-buku yang lunyai dikerjakan aku, memang sadis sekali. haha..
Petang tadi sempat tengok badminton. Dua-dua pasukan Malaysia iaitu Malaysia Leopards dan Malaysia Tiger berjaya sampai ke separuh akhir. Malaysia Tiger akan bertemu Indonesia Rajawali manakala Malaysia Leopards akan bertembung dengan Indonesia Garuda. Aku target, Malaysia Tiger akan bertemu Indonesia Garuda pada perlawanan akhir Piala Axiata yang julung kalinya diadakan. Harap-harap, Piala Axiata kali pertama ni dimenangi oleh Malaysia. Biar catat sejarah sikit.
Aku penat. Tapi malas nak buat kerja. Aku dok asyik layan baca blog orang aje. Tapi malas buat kerja. Mungkin aku kena kahwin empat cepat-cepat. Barulah ada rasa tanggungjawab sikit. Kalau tak, malas aje. Nanti kalau dah ada anak lapan belas orang, mesti masa tu baru menggelabah nak buang sifat malas tu. Haha..
Ps: Harapan lelaki kacak tinggi. Harap tidak jatuh harapan itu.
1,521 total views, 1 views today
salam..
ermm..kahwin 4 ke..?
ada berani?saya kalau
ada 2 pun dah senang hati..
he he
Kalau mampu sambar sekaligus, apa salahnya.. Tapi bairlah adil ye.. Jangan hur hara pulak tak dan nak jenguk bini2 kat umah.. Huhuhu~~