1. Ada banyak cara nak dapatkan google plus vote.
2. Salah satu daripadanya adalah dengan mintak orang lain klik butang vote google plus itu. Selain mintak, korang boleh rayu, pujuk, perintah, arah dan perkataan yang sama waktu dengannya. Bagaimana korang mintak dan caranya. Sila fikir sendiri. Korang dah baligh, kan?
3. Cara lain, sila search di Google. Taip saja “tips nak dapat banyak google plus” atau ” cara nak dapat banyak G+ vote” dan sebagainya. Pepandailah. Takkan nak aku ajar aje. Banyak cekadak ketiak korang. Dahlah busuk ketiak korang.
4. Anjurkan pertandingan. Merujuk kepada point nombor 2 tadi. Melalui pertandingan, mesti ada syarat dan undang-undang yang perlu korang patuhi. Jadi, letakkan satu syarat wajib iaitu setiap peserta wajib klik butang Google plus (G+) di blog korang tu. Sekali lagi. Wajib. Kalau tak wajib..memang susah nak dapat. Melainkan korang memang gadis comel, gadis lawa, gadis suka pakai shawl pusing-pusing atau legging ketat-ketat, atau korang lelaki kacak, lelaki badan sasa dan lelaki yang banyak harta. Masa ni, tak payah anjur pertandingan. Letak gambar pun..orang klik banyak-banyak sampai lebam tangan. Kalau blog korang, blog popular atau korang sendiri sebenarnya blogger popular. Itu satu bonus yang tidak terkalah. Sila eksploitasi kelebihan korang dengan sepenuhnya.
5. Sila beli vote Google plus (G+). KOrang search aje. Berlambak website yang tawarkan perkhidmatan menjual Google plus vote. Ada yang 10 dollar, dapat 100 vote. Ada yang 20 dollar, dapat 150 vote. Ada yang 30 dollar, dapat 100 vote. Pepandanglah korang cari. Antara websitenya..
a- Getgplusvotes.com
b- Googleplus1supply
c- Plussem.com
d- SocialBuzzer.net
e- Buylike.in
Jadi, peserta contest iPhone 5 Gadget Impian. Siapa yang ada banyak duit dalam akaun paypal korang tu. Bolehlah beli. Kalau menang iPhone 5 tu, berapalah sangat kalau korang berhabis seratus dua ringgit..
6. Ada banyak duit? Ok. Sila upah dan cari sesiapa yang boleh tolong korang carikan banyak Google plus (G+) untuk korang. Maksudnya korang cari sesiapa atau orang tengah yang boleh bantu korang dapatkan banyak G+ untuk korang. Cara lain, korang cari sesiapa yang terdesak nak duit..tolong klik butang Google plus korang. Sila cari yang terdesak atau yang tak kisah dapat upah ciput. Bukan apa. Kalau dapat tenaga buruh rendah, modal pun dapat dikurangkan. Boleh guna tempat lain, bukan?
7. Tukar suka sama suka. Ya. Pasti ada orang lain yang nak juga kita klik butang Google plus mereka diblog masing-masing. Jadi, kalau rasa orang tu sesuai, approachlah dia. Pergi ruang contact dan bagitau kehendak korang masing-masing. Pastikan win-win situation dan berlaku adil.
8. Teknik perangkap Google Plus atau paksa orang like. Haa..korang mesti pernah klik mana-mana link cerita yang ada tajuk best-best. Bila korang klik link tu kat facebook, sekali tengok dia suruh kita klik LIKE dulu. Barulah kita boleh baca artikel tu. Betul tak? Haa, konsep sama. Tapi tukar guna Google Plus(G+). Dulu aku selalu gak guna untuk cari banyak like masa buat fanpage. Sekarang..ingat nak test power guna G plus lah pula. Haha..
9. BUat artikel yang menarik sehinggakan semua orang nak kongsikan artikel tu kat facebook, Google plus, Twitter dan sebagainya. Disini, pentingnya ada butang Google plus dan butang like Facebook diblog masing-masing. Sekurangnya..ada banyak cara untuk kongsikan artikel tu. Siapa yang tengah login facebook, dia boleh share kat facebook. Siapa yang tengah login Gmail, dia boleh share kat profile G plus dia. Sape tengah ON Twitter, dia boleh tweet. So..kat sini walaupun kita pasang perangkap pukat tunda, tak dapat sepuluh ikan todak..tapi sekurangnya ikan bilis takdelah terlepaskan?
10. Sejujurnya, aku tak berapa suka semua cara yang aku tulis ni untuk menang sesebuah pertandingan. Inikan pula untuk cabaran seo yang sedang rancak berlangsung. Tapi untuk memantapkan blog kita disearch engine google, ya. Aku sangat galakkan korang gunakan semua cara yang aku cadangkan ini. Tapi untuk menang..sampai kena beli Google plus, sampai kena buat contest dalam contest..sampai kena paksa orang klik Google plus kita. Aku kurang selesa. Senangnya. Aku kurang setuju. Rasa tak best pula kalau menang.
11. Tapi kalau korang jenis tak kesah, dan tiba-tiba korang menang. Aku ucapkan tahniah. Bukan senang nak menang cabaran yang bersandarkan SEO. Susah. Super susah. Dengan pelbagai ranjau dan onak duri yang sepi. Orang lain bencikan ko. Tapi ko berjaya dengan kacaknya. Dan dah guna macam-macam cara untuk menang walaupun cara tu aku sendiri tak berapa suka. Tapi pedulik apa kan? Pandangan aku, tak semestinya korang kena ikut. Yakin pada diri sendiri dan yakin pada pandangan diri sendiri. Hati ko berbelah bahagi. Takde maknanya kalau ko menang pertandingan itu pun. Pokoknya disini, ko tak harus goyah. Sila bangga dengan cara yang ko buat walaupun satu Bumi ini akan membenci ko.
12. Korang suka atau tidak artikel ini. Aku tak pedulik. Aku tulis apa yang aku suka walaupun mungkin banyak hati terguris. Aku takde masa nak jaga hati orang lain. Hati sendiri asyik kena tikam dari belakang. Apa? Ingat tak sakit ke bila kena tikam? Dari belakang pulak tu. Macam mana aku nak elak??
13. Merujuk kepada point nombor 4. Kalau korang lawa, korang hensem, korang kacak..ini salah satu bonus atau elemen kemenangan tak terkalah yang boleh membantu korang dapat Google plus vote dengan mudah. Korang cuma perlu tulis kat artikel korang dan minta. Tulis ayat gedik sikit. Beribu yang datang vote korang punya. Sila percaya. Terbukti merata-rata.
14. Bagi atau tawarkan hadiah yang menarik sehingga mereka tak dapat tolak hadiah tu. Sampai termimpi-mimpikan hadiah tu. Pastikan hadiah itu juga boleh buat awek atau pakwe peserta korang tu mengada-ngada dan paksa pasangan mereka dapatkan hadiah itu. Korang boleh buat giveaway, buat kuiz..buat cabutan bertuah untuk menjayakan cara ini. Merujuk pada point nombor 4 tadi, korang jugakena paksa diorang klik butang Google Plus (G+) sebagai syarat utama untuk melayakkan diorang boleh dapat hadiah yang super menarik itu. Sila guna cara ini. Memang super berkesan.
15. Sila rujuk 14 point diatas. Tips baru akan ditambah dari masa ke semasa kalau aku rajin. Harap maklum.
Ps: Aku lihat ramai orang dah gila buat macam-macam cara nak dapatkan Google plus ni. Ni semua gara-gara pakcik Denaihatilah nih. HOho..
3,424 total views, 2 views today
Aduhhh memang tak boleh blah la …. tapi apapun yang menarik pasal nak beli2 G+ tu … berbaloi ke? Hmm …. kalau ada banyak duit memang la … bukan takat G+ … beli link pn bloeh … ye tak? Haishhh semua nak duit …. adeh ….
berbaloi kalau tahu cara nak gunakannya dengan bijaksana. hoho
saya rasa daripada kita membeli services google plus nie, lebih baik kita buat pertandingan, sure punya blog kita pun lebih popular dimana semua website akan letak url kita … dan google plus pun akan ramai orang klik 🙂
Ada banyak cara.
Ini cuma salah satu cara.
Gunakan caranya dengan bijaksana.
Bolehlah buat yang mana-mana berkenan, kalau tidak melanggar syarat2 yg telah ditetapkan penganjur.
memang kurang sesuai la nak guna untuk masuk pertandingan. Tak berapa adil untuk peserta yang lain.
Tips yang sangat bagus ni – akan cuba dipraktikkan.
Masih sedang belajar guna google plus ..
Insya-Allah sedikit masa, mahir diriku ini.
Yakin, Boleh!! .:) 🙂 😉
Ada kebaikan guna g+ ni untuk banyak benda.
So, gunakan dengan penuh kasih sayang.
err.. tags menyalak mcm anjing tu. ade kena mengena ke
Takde kena mengena sangat.
Saje je mengarut. haha..
Kadang-kadang beli tak semestinya bagus… hihihi…
kalau nak beli, kena tengok cara dan strateginya.
Bukan sebarangan beli. Ada seninya tersendiri.