Isu K.Rajagopal dan Piala Suzuki AFF 2012
1. Ya. Surat khabar hari ini memang kejam. Macam tak ada isu lain. Mentang-mentang Piala Suzuki AFF 2012 lagi dua hari, setiap hari..aku tengok macam-macam K.Rajagopal kena. Setakat kena hina, kena boo, kena marah..memacamlah kena..kalau dia Islam. Dia doa. Mesti makbul.
2. Aku tak rasa K.Rajagopal menyebabkan kekalahan kepada beberapa siri perlawanan yang lepas. Pemain kita sebenarnya banyak yang buat silap dan salah. Apa pasal mahu salahkan beliau 100%?
3. Striker kita tak boleh pakai? Ohh..susah ni. Tak boleh kata begitu maa. Kita ada Safee Sali yang main kat liga luar. Berjuta orang bayar dia. Kita ada Mat Yo. Sampai Johor sanggup bayar RM80 ribu ringgit untuk sebulan. Setahun sepak bola, bola dapat dekat satu juta. Lom campur imbuhan dan elaun lain lagi. Ingat jumlah yang dibayar tu harga main-main ke? Ya, dua-dua penyerang berbisa negara. Aku tak rasa diorang main macam celaka. Dua-dua main bagus apa. Tapi kenapa dua striker yang paling berbisa pada zaman sekarang ni tak menjadi?
3. Aku boleh salahkan pada lapan pemain kat bawah. Kalau 8 orang ini hidup, takde hal 2 striker kat atas tak boleh pesta gol. Dalam kes ini, aku tak rasa K.Rajagopal tak bagi arahan yang sepatutnya.
4. Safee Sali ada kemampuan mengelecek, berlari laju, badan yang gagah perkasa, berani langgar pemain pertahanan, dah langgar, buat muka selamba dan bersahaja. Siap minta maaf kadang-kadang. Sampai satu tahap, pemain pertahanan sendiri buat body contact, tapi diorang melayang beberapa meter. Bila bangun balik, kejar Safee Sali buat muka tak puas hati. Dah tahu badan Safee tu macam batu, yang pi body contact apa pasal? Lu sendiri cari pasal. Sebab tu, setiap perlawanan..Safee Sali dikawal ketat. Ketat bukan main. Dia pergi mana, ada aje pemain pertahanan yang ikut walaupun dia tak sentuh bola pun.
5. Fungsi pemain tengah. Safik Rahim memang bagus. Tapi kadang-kadang, bila datang time tak jadi, memang tak jadi. Setakat ini, memang banyak pass beliau yang berjaya membuahkan hasil. Gol tempoh hari masa lawan Bangladesh pun, hasil sepakan penjuru yang dia ambil. Tapi kalau nak harap Safik seorang, sengal tulang belakang mamat tu. Tak kesian ke kat dia?
6. Pemain sayap negara..tak kirala siapa (sebab selalu sangat tukar-tukar orang), korang mesti boleh bypass pemain pihak lawan. Tak kiralah dari sayap kiri atau kanan. Aku suka bila korang tukar-tukar posisi. Kejap gi main sayap kanan, kejap main sayap kiri. Tapi kalau tak boleh bypass pertahanan lawan dan bawa bola masuk ke kawasan penalti, aku rasa korang belum boleh jadi pemain sayap yang berjaya. Masih banyak lagi kena usaha.
7. Untuk Piala Suzuki AFF, aku harapkan K.Rajagopal boleh fikir segenius dan sekreatif yang mungkin untuk beri arahan yang mantap dan berkesan. Biarlah 100 kali percubaan atau arahan tak berjaya. Tapi ada satu atau dua arahan yang berjaya membuahkan gol. Kita menang 1 gol kosong pun tak apa. Janji menang semua perlawanan.
8. Pemain pertahanan..sepanjang siri-siri friendly yang kita dengar, lihat dan baca. Memang lemah. Lemah pada saat-saat kita dah dapat gol. Mesti bolos balik lepas tu. Kalau korang perasan, asalkan aje kita dapat gol dulu..mesti pemain tengah dan pemain pertahanan tarik nafas lega dan main sambil lewa. Akibatnya..jadi masa lawan Bangladesh dan Hong Kong. Patut dua perlawanan ini kita menang sebab dua-dua game..kita lawan 10 orang sahaja. Bukan 11 orang! Ikut logik. Memang kita menang sebab lebih satu orang.
9. Cukup-cukuplah hentam K.Rajagopal. Dia punya kesalahan, memang bukan paling besar. Tapi dia punya tanggungjawab memang besar. Mana tidaknya, kalau kalah, dia yang dipersalahkan. Dah arahan dia, pemain kita tak nak dengar. Nak buat macam mana. Tapi aku akui, pemain kita dah buat yang terbaik walaupun banyak yang leka.
10. Ya. Aku dan korang yang lain-lain, cakap aje senang. Mudah bagi komen. Senang aje kutuk sana-sini. Korang yang main bagai nak gila, kita kutuk kaw-kaw. Kami kutuk untuk negara. Kami bagi pendapat untuk kemajuan masa depan bola sepak negara. Win-win situation. Kalau korang termasuk K.Rajagopal lemah semangat hanya dengan kutukan dan pendapat kami, baik gantikan dengan pemain dan jurulatih lain sahaja. Jadi, mental dan fizikal korang mesti kuat. Aku yakin, korang boleh jadi juara lagi untuk Piala Suzuki AFF 2012 ini. Sebagai Juara Berganda-ganda!
11. Cukup, cukup sudah. Cukup sampai disini sahaja korang kutuk K.Rajagopal dan pemain Malaysia yang lain. Mari kita ramai-ramai pergi stadium dan tonton Astro dirumah untuk beri sokongan padu maut demi kemenangan dan kemenangan.
920 total views, 1 views today