1. Rasanya, semua orang dok heboh dan sibuk bercerita tentang kebangkitan Harimau Malaya dalam saingan Piala Suzuki AFF 2012. Malam ini, Malaysia menang 2-0 ke atas Indonesia. Garuda sudah kena gigit dua kali. Tanda kekalahan.
2. Ya. Ya. Surat khabar pastinya akan tulis tentang kemenangan ini. Tapi kita lupa, barisan pemain Hoki Kebangsaan tewas pada saingan separuh akhir ketika menentang Jerman. Nak buat macam mana. Satu menang, satu kalah. Kita kena belajar terima hakikat.
3. Ya. Harimau Malaya memang malas. Mula-mula memang tak nak tunjuk garang. Dah kena caci, dah kena kutuk kaw-kaw..BARUlah mengaum. Sampai Laos kena belasah dan Indonesia kena gigit.
4. Kini, giliran Thailand pula. Sama ada kena kuntau, kena terlak, kena lintau dengan silat melayu, atau Malaysia pula kena tomoii. Aku yakin, pemain bola sepak kita semuanya pandai bersilat belaka. Sekurangnya, pandai berlakon bersilat. Itu pun dah mencukupi.
5. Walaupun permainan milik Indonesia. Tapi kemenangan milik Malaysia. Itu lebih penting. Keputusan lebih penting. Kemenangan lebih penting walaupun kita main sangat ganas ketika bertemu dengan Laos dan Indonesia. Tapi masa lawan Indonesia, ya. Pemain kita super lembik. Tak ramai yang berani tackle keras ke atas pemain Singapura.
6. Nahh sekarang. Hasilnya, Safee, Aidil, Shakir dan Farizal. Empat-empat dapat kad kuning. Semuanya kesebelasan utama Harimau Malaya tu.
7. Walaupun ramai yang kata Safee dah tumpul. Tapi Harimau yang seorang ni, kalau dibiarkan terlepas tanpa kawalan rapi, memang gawang gol Thailand tu habis kena robek. Jadi, aku yakin dengan Safee dan K.Rajagopal tauu, kehadiran Safee dalam skuad utama sudah CUKUP untuk menakutkan mana-mana pasukan Asia. Berbanding Mat Yo dan pemain yang lain, Safee adalah pemain yang super gagah dan boleh buat muka selamba selepas kena tackle atau melanggar orang. Pemain super gagah macam inilah yang kita perlukan. Biar semua jurulatih luar TAKUT dengan Safee.
8. Walaupun kelibat Safik Rahim tak berapa menjadi malam ini. Lebih banyak bertahan walaupun ada pass-pass beliau kurang menjadi. Tapi kehadiran beliau sebagai ketua pasukan yang sentiasa memujuk pemain lawan selepas kena tackle dengan pemain kita adalah salah satu cara untuk menunjukkan bahawa kita ada kapten yang diplomasi. Walaupun aku tahu Safik pun ada barannya, tapi jangan dijentik harimau seorang ini. Dia pernah dapat kad merah sebab tackle orang. Harimau, jangan kacau. Nanti kena gigit. Nanti kena baham. 90 tahun korang tempang.
9. K.Rajagopal. Aku setuju. “Lu memang kenal pemain lu. Gua respek!”
10. Sekarang, siapa BERANI kata K.Rajagopal tidak pemain dia? Dia sudah buktikan. Pemain dia sudah buktikan. Celah mana korang nak menyorok? Tak boleh ke kita sokong sikit pemain kita? Kritik sikit-sikit boleh. Tapi kalau menghina dan menjatuhkan maruah orang. Itu sudah lebih.
11. Kita ada peluang untuk balas dendam dengan Singapura jika Thailand tewas dan Filipina turut tewas ke atas Singapura. Jadi, final adalah antara Singapura menentang Malaysia kembali. Serupa seperi skrip 2 tahun lepas. Tapi ketika itu, Indonesia menjadi mangsa kita. Kali ini, giliran Singapura. Itulah, siapa suruh berani sangat usik Harimau Malaya tu sampai kena tiga kosong?
12. Bagi aku, Mahali pemain terbaik malam ini. Diikuti dengan Wan Zack dan Azamuddin Akil. Dan diikuti dengan barisan pertahan dan pemain tengah yang turut bertahan. Mat Yo dan Safee, memanjang kena rantai sepanjang masa..
1,434 total views, 1 views today