1. Ya. Aku yang tulis novel online yang bertajuk Ain Maisarah itu.
2. Novel ini tak ada kaitan langsung dengan penulis novel popular yang bernama Ain Maisarah itu.
3. Aku sendiri baru kenal siapa Ain Maisarah itu selepas ada orang kata Ain Maisarah ini merupakan salah satu penulis novel yang terkenal.
4. Semasa memikirkan watak untuk heroin novel online pertama aku ni, aku hanya main petik aje. Dan ianya berkekalan sehingga hari ini.
5. Aku tulis bila rasa macam ada idea nak datang.
6. Sudah tentu aku ada jalan cerita yang sudah aku rangka. Cuma proses memilih jalan cerita untuk setiap part adalah berbeza dari rangka asalnya.
7. Sekarang sudah 12 part. Maksudnya 12 siri. Dan ada beberapa siri kecil yang aku jadikan selingan dalam beberapa artikel aku yang lain.
8. Earncent.com menjadi tempat aku memaparkan setiap part yang ada dalam novel ini.
9. So far, ada yang suka dan ada yang tak berapa suka.
10. Sebahagian besar, memang ada yang kena mengena dengan jalan hidup aku. Sebahaginnya aku reka sendiri ikut sedap hati dan mulut aku sahaja. Tapi ada yang aku fikir, lain pula yang keluar bila aku taip. Nasiblah.
11. Ada orang kata, kalau buat filem atau drama, confirm meletup. Ya. Aku yakin. Memang akan meletup dan penuh panggung.
12. Tak percaya? Suruh semua penerbit dan pengarah filem baca dulu novel aku tu.
2,052 total views, 1 views today
sbhagian besar ek? so mmg wujud la ain yang sebenarnya,, ambooiii,, moga cepat kawin ye cikgu 😀