Sebenarnya, ada macam-macam cara untuk kuruskan badan. Jadi, sila baca apa yang aku tuliskan ini jika korang benar-benar mahu kuruskan badan.
1. Kurangkan percaya dengan produk-produk kuruskan badan dipasaran. Yang berkesan tu, tak apalah. Boleh ikut. Tapi, apa yang aku lihat, banyak yang kurang berkesan.
2. Sebenarnya, produk kuruskan badan atau apa yang dipromosikan untuk turunkan berat badan tu, ada yang betul-betul berkesan. Cuma dari segi diet atau rutin pemakanan korang yang menjahanamkan proses korang nak turunkan berat badan dengan berjaya.
3. Jadi, azam dan keyakinan mesti kuat. Disiplin diri mesti tak terkalah. Ini sangat penting untuk menjayakan misi korang kuruskan badan korang yang boroi dan gemok gedempol itu.
4. Di internet ni, banyak orang yang tulis ebook untuk bantu orang lain kuruskan badan dan turunkan berat badan dengan sangat berkesan. Salah satunya adalah ebook Teknik Bakar Lemak Pantas yang ditulis oleh Saudara Hafiz Wasa. Cublah, insya-Allah berkesan jika korang ikut tip dan petua yang disarankan.
5. Kawal pemakanan korang. Nasi lemak memang sedap. Aku takde masalah untuk korang makan nasi lemak setiap hari. Jumlah kalori yang korang dapat setelah makan nasi lemak adalah antara 400-650 kcal. Jadi, untuk hilangkan jumlah kalori itu, korang kena jogging paling kurang pun 30 minit pada hari yang sama. Kalau tidak, ianya akan jadi lemak. Tak kiralah korang kurus atau gemok, lemak itu akan terhasil sedikit demi sedikit jika korang malas bersenam. Jadi, kawalan pemakanan sangat dititikberatkan. Korang malas, memang susah nak jadi kurus.
Dan jangan lupa belajar cara nak kira kalori. Ini penting.
6. Potensi orang yang sebelumnya kurus dan telah gemuk dan berazam untuk kurus semula lebih TINGGI kadar kejayaannya jika dia mengamalkan gaya hidup yang sihat, pemakanan yang terkawal dan senaman yang berkesan. Nak betul-betul kurus, mesti buat diet yang agak ekstrem dan mengekalnya dengan lebih ketat. Dah kurus nanti..takde hal nak makan benda yang sedap-sedap sebab masa itu korang dah tahu macam mana nak cover balik setelah makan benda-benda sedap tu.
7. Elakkan makanan bergoreng, berminyak, bergaram yang berlebihan dan sebagainya. Makanan bergaram smenaikkan nafsu makan. Tapi aku tak kata korang tak boleh makan benda ni semua. Boleh, cuma perlu kawal sikit. Seminggu tu, satu dua kali takde hal jika korang dalam proses untuk turunkan berat badan. Tapi jumlah masa perlu dilebihkan untuk senaman agar dapat recover balik jumlah kalori dan lemak tambahan yang bertambah tu.
8. Banyakkan minum air suam. Jangan tanya kenapa. Sebab sehari paling minimum mesti 7-8 gelas air suam. Untuk pastikan badan kita sentiasa tidak kering dan cukup air. Berat bertambah disebabkan air, itu normal. Air boleh hilang bila-bila masa. Tapi lemak, memang ambil masa yang lama untuk hilang jika kita tak buat apa-apa aktiviti berat dan senaman. Sekali lagi, senaman sangat penting.
9. Kalau lapar juga, pastikan korang ada snek ringan seperti kekacang, badam dan sebagainya. Janji kacang dan elakkan makan kacang yang ada banyak garam. Nak lagi bagus, korang sendiri bakar kacang tu. Tapi jangan letak garam. Dikhuatiri bila makan kacang berlebihan, kena pula ada garam..memanglah sedap kan? Takut termakan banyak aje. Biasakan ambil segemgam kacang dan makan bila lapar. Jangan biarkan perut anda tidak disi dengan apa-apa bila lapar. Lebih baik makan sedikit dari tak makan apa-apa. Ramai orang silap dengan hanya tak makan apa-apa..korang akan kurus. Itu cuma taktik perang saraf pada diri korang sendiri. Bila taktik ini tak berjaya, bila korang makan..korang akan ambil dalam julmah yang banyak dan malas untuk bersenam. Dari segi psikologi, bila korang terlalu lapar..korang akan makan sampai korang puas. Barulah korang berhenti, kan?
10. Jangan bercinta. Boleh? Bila ada yang putus cinta, ramai yang kecewa. Frust konon-kononnya. Bila frust, ubat yang paling mujarab untuk memujuk hati adalah dengan makan. Memang terbukti berkesan diseluruh dunia. Tapi tempiasnya, korang boleh jadi gemuk tanpa kawalan dengan lebih berjaya apabila ini terjadi. Ramai kawan aku yang dulu ayu dan comel, akhirnya jadi gemuk yang hodok selepas bercinta..
Lagi 8 cara kuruskan badan, korang pepandailah search kat internet ni. Banyak blog yang dah kongsi dan copy paste dari ntah mana sumber yang diorang dapat. Baca dan amalkan. Rasanya semua tips, cara dan petua turunkan berat badan tu berkesan. Yang tak berkesan, bila korang abaikan diri korang sendiri dan juga bersikap kejam pada perut korang.
2 Petua Turunkan berat badan.
1. Amalkan gaya hidup sihat. Banyakkan bersenam.
2. Ada diet pemakanan yang seimbang setiap hari.
3. Beli ebook Hafiz Wasa dan amalkan. Dapatkan disini – Ebook Bakar Lemak Pantas. (Optional)
Dua petua ini korang ikut dengan sempurna, tak ada sebab mengapa korang tak boleh jadi kurus.
Ps: Bab beli susu dan minum. Kemudian, boleh jadi kurus dan slim. Itu mengarut bagi aku selagi korang tak bersenam setiap hari. Nak bersenam bukan susah pun. Korang pemalas sebenarnya.
26,501 total views, 2 views today
gmbar tu mcm utk iklan gigi jer hehe
haha..
boleh juga kalau nak wat iklan gigi. Apa salahnya.
Ooo mcm ni caranya..hehe..yang penting jangan tinggalkan aktiviti senaman..
Yap.
Jangan malas bersenam. Itu sangat penting.
arggggh..susahnya nak kurus..hehe
kenapa plak susah nak kurusnya?
bukan senang nak senang… kuat kan semangat
Nasib baik FA kurus.hahaha
nasib baik lagi cari cara untuk kuruskan badan sejauh ini belum berhasil semoga dengan petuah di atas boleh kurus lagi
Aku tiap pagi sebungkus nasi lemak memang wajib la, tapi lepas tu noreh getah dalam 7 ekar, turun naik bukit
tambah berat lagi senang
sangat membantu, tapi membutuhkan proses yang lama. itupun harus rutin.
gak apalah demi kurus. hehehehe
makasih tipsnya