Jangan pandang rendah pada orang lain.
Lebih tepat, jangan pandang rendah dengan kebolehan orang lain.
Atau jangan pandang rendah pada orang lain bila kau rasa kau terlalu hebat.
YA.
Mungkin kau hebat.
Mungkin orang lain memuja kau hebat dan tak terkalah lagi tanpa batasan.
Tapi aku yakin, orang yang kau pandang rendah, atau kau pandan kecil itu..
PASTI..
YA, PASTI.
Ada kelebihan yang lebih hebat dari kau.
Aku tak pernah sesekali pandang rendah pada orang lain. Aku tahu, aku ada kelemahan dan kekurangan yang tidak terkalah. Aku juga tahu, aku ada banyak kelebihan seperti mengusik hati gadis comel-comel, makan cendol banting tanpa muak, memasang umpan yang seksi lagi menggoda..TAPI..
takkan sesekali aku pandang rendah pada orang lain.
Sebab sehebat mana aku pun kat dunia ni..
Pasti ada orang yang lebih hebat dari aku.
Dan sehebat mana pun kita kat dunia ini..kita pasti akan mati.
MATI.
Ya, takkan ada orang boleh hidup sampai hari kiamat nanti. Itu takdir kita. Terima qada’ dan qadar kita.
Jadi, tak payah kau rasa ada orang lain yang mencabar kehebatan kau itu. Kau hebat. Aku tahu. Aku yakin. Tapi tak perlulah melatah bila ada orang yang lebih hebat dari engkau. Tak kiralah kau ada nama atau tidak. Aku tak kesah. Tak kiralah kau dibawah tanah ataupun diatas udara.
Ps: Terkesan lepas baca manga online – Kuroshitsuji.
5,054 total views, 2 views today
sentiasa merendah diri adalah terbaik…
hidup bagaikan roda, untuk apa mendabik dada kalau diri sendiri pasti ada kekurangannya
Hari ini hari di..esok hari kita…
oo inspirasi dari manga ek.. tak penah aku baca manga tu
kita bukannya hidup menungkat lagi… tak kemananya kita ni 🙂
jangan pandang rendah orang lain..kalau kita pun tidak mahu dipandang rendah.
Ya terimakasih,kerana banyak kelebihanya orang lain yang tak dapat kita ketahui hanya dengan melihatnya sahaja.
sungguh hebat penangan komik tu..hehe..pape pun merendah diri adalah sifat yang baik dan memandang rendah pada orang lain adalah sifat yang tak baik.
Bersikap low profile lebih baik..
whoa…en.titan kah ni ? kekeke
merendah diri dan merendah hati itu dua benda berbeza. saja aku hightlightkan kat sini. hehe
ini juga peringatan untuk diri saya sendiri. usah pandang rendah orang lain. Pelajari kehebatan mereka dan hormatilah mereka.
nak buat cemane.. kita ni tinggi.. so tengok je la kawan-kawan yang rendah….
Typing error..”pandan”..hehe..betul tu en titan..jangan sesekali pandang rendah pada seseorang..mana tahu diam2 ubi berisi..
betul tu. merendah diri lagi baik. ramai yang suka. 😉