Selangor tewas kepada JOhor Darul Takzim. (1-2)
Agregat (3-3), penalti (2-4).
JDT menang.
Aku tak nafikan Johor boleh menang bila Forkee Doo keluar padang tadi. Jentera serangan Selangor cuma hanya ada Amri Yahyah sahaja. Dia seorang kat atas memang susah nak buat gol. Kena pulak, pertahanan Johor makin aktif berbanding separuh masa kedua. Susah nak dapat peluang walaupun banyak gerakan yang memang boleh buat gol.
Begitu juga dengan Johor, banyak gerakan tapi tak menjadi. Dan aku rasa tak sia-sia TMJ beli pemain baru yang bernama Leonel Nunez tu. Persembahan pertama aje..dah berjaya buat aku sakit hati. Bola yang dia jaringkan tu, memang susah nak diselamatkan. Norazlan memang fail sikit bola macam tu. Tak apalah, aku reda sahaja.
Dan Safee Sali, kemasukkan dia memang bagi aku banyak ubah situasi serangan JDT kepada ruang yang lebih luas. Banyak serangan berpusatkan beliau dan Mat Yo dan Nunez lebih kepada backup striker. Bagi aku, kehadiran Safee yang bagi bencana pada kem Selangor dimana Johor lebih banyak menguasai peluang pada separuh masa kedua. Walaupun dalam masa tambahan tampak ketara Selangor banyak menguasai padang, tapi bila defense JDT dah mantap, even Barcelona dan Manchester United serang bertali arus pun memang susah nak dapat gol.
Aku setuju, JDT nampak berbeza pada separuh masa kedua. Lebih garang, lebih langsi dan lebih berjaya mengawal bola berbanding masa main kat Johor dulu. Dulu, memang aku rasa JDT macam takde semangat nak menang. Tapi malam ini, mereka tampil berbeza. Serius, Johor juga ada peluang untuk cantas Selangor dan Singapura dalam saingan Liga Super nanti.
Akhir sekali, penalti. Aku memang dah jangka Selangor mungkin tewas. Faktor pengalaman penjaga gol. Farizal lebih berpengalaman berbanding Norazlan dalam bab-bab penalti ni. Aku boleh agak sekurangnya dua sepakan pemain Selangor akan berjaya ditepis oleh beliau. Tak sangka telahan aku masin belaka. Mungkin sebab maggi goreng yang aku makan tadi masin sangat. Tu pasal masin apa yang aku fikir tadi. Tahniah kepada JDT dan aku ucapkan terima kasih kepada pemain Selangor yang bermain bersungguh-sungguh tadi.
Bila dah ketinggalan, memang biasanya pasukan yang ketinggalan boleh menang dalam kebanyakkan keadaan. Kelantan dan Johor banyak membuktikan hal ini.
** Saat ini, aku yakin ramai yang dah lupa pasal Guiza, kan?
Ps: Keputusan ini aku terima dengan hati terbuka. Selangor bermain baik. Tapi tak ada tuah untuk menang. Separuh masa milik Mahali, tapi separuh masa kedua dan penalti, sepenuhnya milik Johor Darul Takzim!
4,537 total views, 1 views today
jangan sedih bro…liga super ada lagi..
game boleh tahan tadi.. tengok nunez punya score.. mak aihh… tapi mmg dia buncet sket.. hehehe
Aku rasa reff memainkan peranan besar malam tadi. Kecewa aku tengok reff macam tu. Sepatutnya boleh dapat satu penalti.
ramai2 la beli player argentina pasni π
walau perutnya buncit tapi berjya meranapkan impian selangor huhuhu
tak pe bro pasni sokong pahang pulak π
Bangga gak jadi anak johor..huhuhu
Tahniah Johor…
Si Nunez tu kenalah biasakan corak permainan dan cuaca kat malaysia nie…boleh jadi pengubat hati GUIZA tue
tak tengok pon bola.. tapi sokong mana yang menang je…
Apa-apa pun prestasi permainan antara kedua-dua pasukan memang cantik,cuma nasib menyebelahi Johor,Luaskan KuasaMu Johor…Sesah Johor Sesah..
Tahniah selangor sbb kembali mengaum musim ni..
Johor dt mmg layak menang mlm td
bila penalti, ambe dah boleh agak mesti player selangor akn gagal score berbanding johor dt atas faktor pengalmn pemain amik penalti..
al-hafiz keeper jdt mmg mjdi mlm td…
pepun, game mmg best mlm td!
terima kasih bro…
ada harapan untuk jadi juara ni JDT
Tak hairan bila Del Nero kena kick.. tapi hairan Guiza punya loan kena terminated. Tapi nampaknya Nunez merupakan satu gamble yg berjaya setakat ni. Dalam keadaan half fit dan over weight pun dah cemerlang. harap2 bila dah fit dan kurus tambah cemerlang lagi.
JDT ni terumbang ambing jugak pretasinya.. kejap terer. kejap kalah..