Kepada pemain blogspot diluar sana..
Ada sekali-sekala aku akan komen diluar tajuk. Maklumlah, aku ni memang jenis tak makan saman bila tulis komen kat blog orang lain. Orang cerita pasal kucing, aku komen pasal biawak. Orang lain tulis pasal masak-memasak, aku tulis komen pasal affiliate.
Tak ke sengal bunyinya tu?
Salah satu sebab aku wat camgitu, adalah untuk tarik perhatian korang agar sentiasa..
baca komen aku.
Kekadang, ramai yang komen macam melepaskan kahak ditepi tangga. Jadi, apalah salahnya aku komen lari sikit dari tajuknya? Tak salah kan? kan? Haha..
Tak setuju?
Tak apa. Aku pedulik apa.
Sekali lagi, kepada pemain blogspot..
bila aku dah tulis..
“sila tukar nama domain..”
atau
“sila beli domain dan hosting sendiri..”
Itu maksudnya, blog lu dah layak main blog domain hosting sendiri. Sampai bila nak main guna blogspot aje?
Untuk jangka masa lama, untuk jana duit dengan lebih tak terkalah, blogspot takde masa depan melainkan lu artis, lu perdana menteri, lu pelakon, lu ada muka comel tak terkalah dan lu kacak tanpa batasan atau lu pakar menulis ayat-ayat kacak tak terkalah. Selain dari itu, susah blogspot nak pergi jauh. Bukan tak boleh, cuma terlalu banyak ranjau dan onak duri yang pemain blogspot perlu lalui untuk jadi lebih cemerlang. Melainkan lu jenis tak kisah punya orang.
YA.
Ini pandangan peribadi aku sendiri. Bukan mewakili pandangan parti wordpress se-Malaya.
Hehe..
** Pakcik Najib pun pakai domain hosting sendiri. Ini contoh terbaik. Siap dapat PR9 lagi tu.
Ps: Jangan terasa. Aku cakap dari pengalaman dan juga dari pemerhatian. Bukan sebarangan taip, tulis, tanda dan lepas. Aku bukan orang macam tu. Aku cakap hasil dari kajian dari tahun 2003 lagi. 10 tahun punya pengalaman. Buktinya, korang bukan tahu dan ingat pun nama blog-blog aku yang dari blogspot dan blogdrive pun. Betul tak?
10,801 total views, 2 views today
kah kah kah.. ingatkan marah kat komen aku sebelum ni tadi. siap moderate tu.. demnn!
tak ada masa gua nak marah-marah.
makan cendol lagi bagus. haha..
eh lu punya blogspot pertama apa ha, ada lagi tak hehe
ada.
kalau rajin, pi la cari. haha..
yup..patut beli.domain sendiri..konon mcm mahal..padahal setahun sekali je renew..kalau jadi domainer lain le..pedagang domain plak..aku penah gian borong domain pasal ni laa..aishh
takde la mahal sangatkan.. lain la kalau dah tahap kena guna vps tu
lu kena faham, tak ramai orang tahu.
sebab tu, kita kena rajin bagitau. haha..
Undilah parti WordPress se-Malaya..haha..
saya suda mengundi.. hahaha
Ya.
Memang terbaekkkk!
yups! memang nak kena tuka dah ni, seminar buat duit dengan blog buka mata tuk tuka domain, pastu entry pedas ni lagi la buat berkobar2 nak tukar domain hehehe.. tengah deal2 dengan eizil network..
hahh cepat la berpindah… dah times da skrg ni
sila deal secepat mungkin.
aku rasa hang dah ada nama domain yang sesuai dalam kepala otak hang kan?
hahaha memang entry ganas. terbaik 😛
p/s: aku pun mcm ekau gak, glamer nk guna domain kat blogspot, last2 habuk dapat
tak berapa cukup ganas lagi ni.
boleh lagi ganas ni. haha..
Hehe..betul gak tu..elok la tukar kepada domain.com..senang citer..hehe
kali inilah, sila tukar ramai-ramai.
saya da….hehehehhe
yeahh terbaikk… ipad mini pon mesra wordpress.. he he
tolong beli domain yg senang org nak igt yer, jgn ada bunyi2 bahasa mat wempit dah lew..susah aq naq baca nanti..hehe
baiklah pakcik!
Alhamdullilah Cheq dah ada nama domain.
yes.. tepuk tangan.. xde rasa rugi kan ada domain sendiri
hahaha tak leh blah main pointnye nak suh pindah ke WP keh3 bro nak PM lah bro mintak direct coaching cikit 😯
yeahh my anak buah dah berjaya tukar wordpress atas didikan guwa.. tahniah
yeahh my anak buah dah berjaya tukar wordpress atas didikan guwa.. tahniah khairul
aku tak buat personal coaching dah.
tak ada masa.
Domain sekarang nie nama sendiri pun not available lagi… kena pandai pilih dan mudah orang nak ingat… 😉 blog Blogspot mana yang glamour ae?? 😆
sebab tu kena cepat cepat. kalau nama azuan ni ramai dah kot…
lu cari sendiri.
banyak nama yang best-best. hehe
Beli domain ngan hosting. Google will surely akan rank domain berbayar lebih baik dari pengguna blogger.
setuju.
banyak kelebihan ada nama domain sendiri ni.
aku guna domain ngn hosting sendiri tp masih lagi ketinggalan jauh dibelakang woo…
sama la kita FF.. kena cari ilmu SEO juga
itu hang kena banyak lagi usahalah weh.
usaha itu lif kejayaan tak terkalah!
Nak domain murah..g kat namecheap..ad promo..semalam baru gua beli domain baru..tak sampai rm6..kalau cakap takde duit..itu orang memang penipu..mcd pun lagi mahal
cehh untung la baru beli 5 domain
selalu aku belasah kat godaddy dengan namecheap.
tengok offer dan kupon. dapat murah, memang sambar cepat-cepat. haha
bila cikgu ajaq kena ikut… jgn ketegaq… ada paham…?
hahah cikgu titan ni garang kan.. cikgu disiplin ke
malas nak komen panjang2..
mana yg berkenaan…
ini kalilah!
ubah la.. sekali blackout dah ada domain sendiri. hahhaa
domain sekarang ni pun free asiahost bagi..punya la kedek aku ni..ahaha
modal kecik je kl kira jumlah harga hosting bahagi dgn 365hari..xyah kedekut..labur sikit..pulangan lebih dr tue boleh dapat..
betul tu.
betul. Jadi, sila beli yek!
bayar setahun sekali xpe kan, sila la beli domain sendiri.
kalau traffic mantop kena bayar setiap bulan tu
tukaq jgn tak tukaq….. 🙂
kecut perut aku baca.haha!
aku baru je upgrade hosting semalam. terpaksa beb. tak smpai sebulan bandwidht dah habis. huhu
haa garangkan cikgu titan ni.. jage-jage dengan katanya
haha. apsal boleh plak kecut perut maa?
gua bukan makan orang pun.
aku undi dua2 parti
blogspot dan wordpress
haha
habis tu?? joomla? hahah
Menggunakan domain sendiri lebih diminati pelawat,buktinya REPEK_AN ini.
yeah gua da berjaya ada domain dan hosting sendiri..ingat nak buat contest bagi hadiah domain dengan para blogspot ni la
silalah buat yek.
jangan cakap aje.
Apa tu.. Aku tak faham 😀
saya sudah menyedari perkara ini…dan terima kasih bro kerana mengingatkan rakan blogger yang serius namun belum berani mau berubah
Lepas nie confirm makin ramai tukar domain sdn bhd laaa
bukankah itu lebih bagus?
haha..
ada yg tau ada yg tatau. yg tau tu malas nak pakai dot com sebab nak kena jaga bandwith la storage space la apa la. pakai blogspot, biar kan je. tapi sekali blogger dah remove, menangis tercangkung2 la korang nak dapatkan balik 😮