Bila ada orang tanya aku, macam mana aku boleh hadap banyak blog dan boleh pula update dengan kacaknya bagi kebanyakkan artikel yang aku tulis..
aku sebenarnya takde jawapan rasmi bagi segala persoalan korang tu.
…
….
Secara jujurnya..
ini cara aku tulis artikel. Kalau korang pemalas macam aku, boleh tiru dengan bangganya.
- Aku tulis apa yang terlintas dikepala otak aku. Walaupun kekadang macam menyampah dan ayat-ayat yang aku gunakan tu mungkin menyakitkan hati orang lain atau mungkin aku sendiri geli baca selepas aku publish artikel tersebut, belasah aje. Aku lebih suka artikel macam ini. Salah satu cara kegemaran aku ketika aku menulis artikel dalam kebanyakkan blog-blog aku.
- Aku bukan seorang penulis yang calculated. Maksudnya, aku rancang, aku kaji dan memacam lagi. Tapi, aku ada sisi ini. Aku boleh buat satu artikel yang betul-betul bagus dari pelbagai aspek. Ada ciri-ciri yang boleh menjual, ada ayat-ayat-ayat kacak, ada elemen SEO tak terkalah dan pelbagai lagi. Jadi, untuk jenis artikel ini biasanya akan ambil masa. Paling lama, berhari-hari. Paling cepat, 2-3 jam. Dan bila artikel ini terhasil, memang aku jaga baik-baik sebab salah satu tujuannya adalah untuk menghasilkan sales. Ini salah satu cara aku tulis artikel.
- Aku jumpa gambar atau video menarik yang aku rasa boleh aku eksploitasikan dengan bijaksana. Jadi, upload dan letak apa yang patut. Oleh kerana aku memang jenis dalam mengarang ayat-ayat tak terkalah, jadi..memang kebiasaanya akan jadi artikel yang disukai ramai. Salah satu artikel yang terhasil dari cara ini adalah – Jangan komen
- Kalau korang jenis suka buat artikel bersiri, ini memudahkan kerja korang untuk update blog. Contoh terbaik, Wordless Wednesday dan yang seumpama dengannya. Tapi artikel bersiri yang aku buat adalah seperti Komisen ke 21 dari Jobdirumah, Komisen ke 36 dari Jobdirumah dan seumpama dengannya. Aku yakin, korang semua “NAMPAK” kebanyakkan artikel bersiri yang aku buat. Selain dari boleh mengatasi masalah untuk update artikel, korang boleh UMPAN para pembaca untuk jadi mangsa korang. Ini salah satu sebab aku suka buat artikel bersiri. Potensi untuk dapat sales dan repeat sales tersangatlah tinggi.
- Cari satu masalah, dan selesaikan. Manusia ni, ada banyak masalah. Jadi, cuba selesaikan. Contohnya, aku tulis tentang niche kesihatan. Tentang cara nak kuruskan badan. Aku pilih satu produk iaitu Teknik Bakar Lemak Pantas. Oleh sebab aku sendiri aku sedikit pengetahuan tentang benda ni dan aku memang belajar juga tentang benda ini, jadi aku boleh cerita dengan mudah walaupun artikel tu tersantalah pendek. Sebab itu, dalam setiap bulan sekurang-kurangnya 3 sales akan terhasil dari produk ini. Ini baru satu masalah, belum masalah lain lagi yang aku tak bongkarkan. Hoho..
Okeh. Cukup 5 tips yang boleh aku kongsikan dan aku tunjukkan sedikit contoh agar korang boleh TIRU dan apply dalam blog-blog korang. Mungkin ada yang dah tahu dan tengah buat, mungkin ada yang nampak dah cara yang aku kongsikan selama ini dan dah lakukan dalam blog masing-masing. Kepada yang dapat tangkap apa yang aku sampaikan, aku ucapkan tahniah. Memang selalunya, aku jarang cerita secara terus. Selalunya aku akan bagi hint-hint yang agak tersembunyi agar korang boleh nampak apa yang aku lakukan.
** Setakat ini, memang aku nampak ramai yang tiru cara aku ni. Kekadang, gaya penulisan pun siap TIRU lagi. Aku tak kesah. Jika itu membantu korang, itu dah cukup bagus. Hoho..
Jadi, jangan buang masa. Cuba dan terus mencuba.
13,902 total views, 1 views today
sesungguhnya, gunalah teknik merah jambu.. 😆
Tips yang amat berguna bagi blogger malas n baru macam saya. Tq 🙂
Terima kasih cikgu
terima kasih atas perkongsian ini bro..saya rasa banyak membantu blogger baru..
den da lama tak update… kat hospital ni, nak menaip tu alahai… kalau cerita pasal doktor handsome bole ler hari2.. nanti orang jemu lak
Ok..nanti aku tiru..kalau tiru copy paste boleh? Hahaha
terimakasih unruk tipsnya cik
:p thank you bos..saya dah praktik sikit2 gaya bos tulis..thank you..
aku dah takde idea aku guna balik entri lama tu
Bab nie memang aku bermasalah -_-
boleh tiru ek….hehehehehe
Boleh, tiada masalah.
Kawan baik Asyrof – Donald Trump pernah berkata :-
‘Nak berjaya, ikut cara orang berjaya’.
– Asyrof Asri –
nak tiru gak laaa.. gua lu.. ok tak?
bagus ni.. nanti aku cuba tiru.. tapi kalau dah malas tu, nak buka blog pun susah..
TERBAIK!!! Mohon fyna pun akan follow tips titan sekiranya kemalasan fyna mengatasi segalanya.
kau nak malas aku tak kisah , tapi aku kena rajin haha
dulu pernah nak buat siri cerita kehidupan kat mesir ni, hahaha rajin masa first year je, la ni dah nak masuk clinical year pun banyak benda tak tercerita. LOL.
(y)
Patutlah Asyrof tunggu artikel Doktor Zida ynag akan datang tak muncul.
Rupanya, sibuk belajar. Its ok, never mind. 🙂
Teruskan belajar, lagi bagus.
tak buleh nak update gua punya blog setakat ni..hosting ngah setelkan masalahnya..ciss 🙄
yg last tu best & takkan habis dengan idea. sebab manusia ni banyak masalah. yg takda masalah pun akan ada masalah jugak. hehehhehehe
Erm..sy pun kengkadang buat gini tp..kerap terstuck juga d prtengahan mnaip entri..hihi..mood pun jd punca ilang idea yg tiba2 dtg..terus klik draft saja.besok2 buja balik dah lupa…
Betullah tu!!
tapi tak reti la nak guna bahasa macam en titan,, tetap schematic diagram gak jadinya,, grrr
nampaknya, ambe kena kurangkan ‘too calculated’ entri…hehehe
thanks titan
dari dulu saya dah nampak teknik ko cikgu… dah tak lut dah… he he he. Setakat ni Alhamdulillah masih belum pernah mengalami masalah kekeringan idea yang teruk. Cuma kekangan masa sahaja menyebabkan frekuensi mengupdate blog semakin perlahan. Bayangkanlah la ni ada 9 entri nak dilayan setiap hari.
apa benda yang tak lutnya?? haha..
Sy sll tulis men belasah je. Tp sll juga berhati2 tp malas juga nak berskema dlm buat ayat penulisan. Mmg banyak tips dlm ni sy juga suka buat. hoho…. I like this thips. Tqvm Mr. TITAN yg sememangnya kacak 😀
perkongsian hasil dari pengalaman ni yg terbaiknya…
Kalau tulis secara santai atau ikut naluri lebih natural dan boleh mengarut panjang berjela… yang bestnya ramai pulak yang enjoy baca…..
tips berguna bro…terima kasih atas perkongsian…:)
Satu perkara yang tidak boleh tiru..gaya THE SLEEPER..hahaha..terima kasih kongsikan…habis lah lepas ni idea mencurah2 lah…
Tips yang sungguh berguna,terima kasih untuk perkongsian yang baik ini
Encik Titan memang terbaik !
Jap2..nak tiru satt…..
ok nnti boleh praktikkan ni 😉
good article. dulu banyak idea.sekarang makin kering.
aku respek kt orang yg ada byk blog dan konsisten update setiap satu. aku ada 1 blog je yg aktif, itupon dah berapa konsisten…huhu. thanks for the tips 😉
tulis apa yang terlintas dikepala otak tu pun kadang-kala pakai juga bila otak dah pening…
Main belasan tulis pun,ko ada gak pasang umpan 🙂
cikgu, tolong update blog saya… hehehee
tips berguna untuk beginner macam saya. Tapi kalau ada produk baru, saya akan update la blog. 😀
aku menulis ikut apa yang aku suka dan no copy paste, hehehe
dengan bangganya aku umumkan
aku sedang meniru!
haha
dan terima kasih banyak, bro
5 je? bg chii x cukup..huhuh..okla tu..kalau ada byk tips skalipun..tp diri sendiri yg xmo ikut..xleh gak kan..
Memang ramai yang terpengaruh dengan artikel bersiri tu….
terima kasih atas perkongsian…. 😆
aku tiru juga ni haaa.. mujur tuan tanah tak kisah 😛
nice info…boleh sharing takkk…?
bguslah kalau ada ilmu kita kongsikan…
Aku kalau main belasah je tulis jadi merepek-repek.. Takde ciri2 kakacakkan pada entri, apatah lagi ciri2 seo yg tak terkalah.. biasa amik masa 3-5 jam nak siapkan satu entri.. itu pun jenuh perah otak cari idea..
gua salah sorang yang tiru gaya penulisan lu. tp tak tau la jadi ke tak.. hahahah.. tp bukan semua la.. hehehe.
Walaupun mungkin dah ramai tiru cara penulisan Bro Titan.. tapi dia still lelaki kacak bertemankan cendol..hehe..
Apapun terfikir dalam kepala ni, aya akan cuba catat kat note iphone supaya tak lupa..idea ni banyak datang sebelum nak tido.. takkan tak nak tido plak kan..kang esok pagi mata dah bengkak macam kena tumbuk..hehe
“Setakat ini, memang aku nampak ramai yang tiru cara aku ni. Aku tak kesah.”
oh tak kisah yer. nak copy tips ni la, lepastu buat ebook hahaha
Kebanyakan apa yang Encik Titan ni kata,
semua Asyrof dah set-kan dalam list untuk buat artikel.
Tunggu masa saja. 🙂
Maybe lepas exam ni. Ha!! tunggu lah ..
Trafik canak terus. hihi ..
Salam, bagus perkongsian ni. Masalah kekeringan idea ni berlaku kepada semua orang. Saya sendiri pernah mengalaminya, dan telah bersara hampir setahun. Kini dapat semangat yang baru, insyaAllah lebih fokus selepas ini. 😉
salam..
tips yang sangat bagus dan berguna untuk orang baru seperti saya. 😉
terima kasih.
so,, i have to find out my own problems, think for the solutions, and write them for everybody,, hehehe,, tocey,, 😀
keep calm and read blog mr titan..
terima kasih tentang tips yang menarik nie…
Kim salam dengan awek kat bawah tu bro.. Huhu 😀
[…] Trafik Tinggi / LizaRazak4. Entri Yang Paling Senang Dan Cepat DiBuat / MiaLiana5. 5 Tips Cara Mengatasi Masalah Untuk Update Blog / Mr.Titan6. Etika Penulisan Maya Di Blog / BubblyNotes7. Tips Mencari Idea Untuk […]
tip top punya tips
[…] pembaca blog kita. Masa buat blogwalking pagi tadi, aku terbaca satu entri yang dikongsikan oleh En. Titan kita di salah satu blognya, bila baca entri tersebut aku rasa apa yang dikongsikannya memang dapat […]
baru masuk idea lepas baca post ni….
Thanks bro… Perkongsian ni dapat bagi idea buat zumal ^_^
[…] Mendapat Pembaca Setia Blog” dan En. Titan juga menulis dalam entri bertajuk “Cara Mengatasi Masalah Update Blog“. Semua ada cara menulis tersendiri tetapi asas penulisan hampir sama untuk menjadikan […]