Lupakan kejap tentang Kitab Teknik SEO Merah Jambu.
Aku tahu, banyak bual bicaranya. Aku tahu macam-macam yang bermain dalam kepala otak korang.
Nak beli ke tidak.
Kan?
Malam ini, sebelum aku tengok perlawanan terakhir dalam liga Super 2013 antara JDT vs Selangor, aku nak kongsikan bayaran terkini dari program affiliate Soalantemuduga.com
Sejujurnya, kali terakhir aku terima bayaran terakhir dari program ini adalah pada tahun 2012. Lebih tepat, 12 Februari 2012. Tapi, kali ini..aku dapat komisen yang ke 7 dari program affiliate ini. Dan aku sertai program ini pada 4 Disember 2010.
Nampak? Dekat berapa tahun tu? Mahu dekat 3 tahun lamanya.
Tapi sampai ke hari ini, program ini masih berjalan dan masih berbayar. Dan aku memang percaya dengan owner dia iaitu Hafiz Lidin yang juga tak ada masalah dalam bab-bab pembayaran ini.
Walaupun dah lama tak dapat komisen dari program ini, nampaknya umpan aku masih mengena untuk tahun 2013 ini. Tak kesahlah, kan?
Janji ada hasil.
Dan umpan-umpan yang aku dok khabarkan itu, ada aku ceritakan dalam Kitab Teknik SEO Merah Jambu. Percaya atau tidak. Itu hakikatnya. Aku dah sertai lebih dari 50 buah program affiliate dan hampir kesemuanya masih berbayar dan berjalan sehingga ke hari ini. Cuma segelintir program affiliate yang hilang entah ke mana. Admin sukar dihubungi walaupun masih ada komisen yang tidak berbayar.
Tak apa. Itu cuma sebilangan kecil aje. Jangan kerana seorang dua yang buat taik, program affiliate yang lain pun korang anggap macam tak berguna pula. Masih ada beratus-ratus program affiliate di Malaysia ini. Tinggal korang cuba sahaja.
** Siapa yang mencari tips bagaimana nak lulus temuduga, boleh gak dapatkan panduan itu disini – SoalanTemuduga.com
Ps: Dah, ada kerja sikit nak buat. Babai..
1,068 total views, 8 views today
InshaAllah ada rezeki lebih aku beli 🙂
Emm banyak gak tu..boleh gak nak try nih..hehe
tahniah,, 😀
terbaik bro.,alhamdulillah..rezeki lagi tuh..
Bile nak belanje nie? Haha..
rezeki….semoga diperluaskan rezeki.. 😉
alhamdulillah. rezeki tu. rupanya hafiz lidin ada website kerjaya dia jual sendiri hehe
Tengah kumpul duit nak beli ebook seo merah jambu ni..
semua take time.. macam melabur hartanah.. tapi contest di blog uncle zuan tak take time. lambat tak dapat 😛
tahniah bro! umpan power,’ikan’ mesti lekat bila tiba masanya
thanks berkongsi 1 lagi peluang =)