Baru aku tahu, pasukan Malaysia ada terlibat dengan satu perlawanan bolasepak Sukan Universiti Dunia atau lebih dikenali Universiade 2013 pada pagi tadi. Malaysia menentang Italy tadi dan kemenangan berpihak kepada pasukan negara dengan membenam Italy 2 gol berbalas kosong.
Ya. Perlawanan dicemari dengan banyak kad kuning. 2 orang pemain Malaysia juga dikenakan kad merah. Dan pasukan negara bermain dengan 9 orang sahaja.
Pemain yang menjaringkan gol.
- Thamil Arasu – minit ke 20
- Saarvindran – minit ke 87 (Penalti)
Walaupun pasukan Italy berpeluang untuk menyamakan kedudukan dengan mendapat sepakan penalti, tetapi penjaga gol negara berjaya mencegah dari ia berlaku.
Pasukan Malaysia diwakili oleh skuad Harimau Muda yang dipimpin oleh Coach Ong Kim Swee. Manakala skuad bolasepak Universiti Itali diwakili oleh 7 pemain U20 yang beraksi dalam kejohanan FIFA World Cup U20 baru-baru ni…selebihnya students universiti yang main bola secara sambilan dalam SERIE A & SERIE B. Bukan calang-calang gak ni.
Tak kisahlah siapa yang main.
Kesimpulannya, Malaysia menang. Itu yang penting.
Tahniah pada skuad Ong Kim Swee. Satu lagi berita baik dari beliau. Jarang mengecewakan.
Ps: Okeh. Nak mandi. Babai..
1,057 total views, 5 views today
Tahniah untuk sekuag HMA. 😉
Eh, lu ada jumpa video game ni tak?
Nk jugak tgk, katanya game ni best…
Terima kasih atas info. OKS ni memang baguslah menghasilkan pelapis bolasepak negara!
go malaysia.. suka tengok ong kim swee… hehehe..
Waaahh. terbaaik~ tahniah kepada harimau mudaa.. 2-0. mantap gak tu.