Semalam, ada yang mesej aku kat facebook dan bertanyakan tentang satu isu. Isu yang aku rasa ramai para blogger Malaysia suka. Tak lain dan tak bukan adalah “Blog Contest” ataupun pertandingan/peraduan yang boleh disertai oleh blogger.
Dari aku congak-congak tadi, boleh katakan ada dekat 7 Blog Contest yang sedang berjalan.
Antara Blog Contest tersebut adalah seperti berikut.
- Contest SEO Melayu Boleh oleh Beritakaki Online
- Contest SEO Mykad Smart Shopper oleh Coretananuar.com
- Blog Contest #KUM2013 oleh Konvensyen Usahawan Muslim
- Contest Review Blog oleh Papamifz.com
- Contest Blog Travel Cuti Malaysia & iGotravel.my oleh Cutimalaysia.my
- Contest Mega Raya – Teka Duit Syiling oleh Fuh.my
- DelimaHome Blog Contest oleh Delimahome.com.my
Itu sahaja. Ada yang aku dah sertai, ada yang mungkin aku tak sertai dan ada juga yang belum aku sertai. Tengok mood jugaklah. Kadang-kadang, tak larat sebab terlalu banyak kerja yang kena setelkan.
Nasihat aku, sertai contest-contest begini.
Kenapa?
Penjenamaan. Parking blog korang kat contest-contest macam ni. Bukan sahaja dapat promosikan blog korang, tapi dapat backlink pada masa yang sama.
Asah skill menulis. Aku yakin setiap orang ada skill dan gaya penulisan masing-masing. Siapa tahu, boleh menang?
Uji kehebatan masing-masing. Bila ada pertandingan atau “Blog Contest”. Itu bermaksud, akan ada yang menang dan kalah. Jadi, cuba bertanding untuk menang. Aku tak pernah bertanding untuk kalah atau saje-saje nak cari pengalaman. 100% contest yang aku sertai, memang dengan niat untuk menang. Apa barang nak join contest untuk kalah? Itu buang masa namanya.
Dah.
Kalau rajin, boleh sertai. Kalau tak nak, tak apa. Gua bukan paksa pun.
** Siapa bilang orang Melayu Boleh asyik kalah aje dalam setiap pertandingan?
Ps: Alasan paling teruk pun, korang leh ada benda nak mengarut dalam blog kan? Asyik tak ada idea aje, nah. Aku dah tolong tunjuk jalan. Jangan la pulak lepas ni asyik kata tak ada idea nak update blog. Aku babap kang, baru tahu.
4,795 total views, 15 views today
laaa banyak contest, aku x tau pun, ok aku pilih yg mana boleh aku join
ada lagi..Konvensyen Usahawan Muslim 😉
juga contest DelimaHome
dari 7 tu baru satu je pun macam susah nak makan pasal pr takde huwaa
tips merah jambu…
peluang yang boleh kita rebut untuk memang…blog contest
bleh diterjah,
contest melayu boleh dah tutup tarikh submission dia kan..?
Kalau tak silap aku, dah tutup.
Owner dia cukup susah nak update pasal contest. Tapi update kat facebook cukup rajin. Pelik gua. Haha..
teringin juga nak join salah satu contest tue.
Walapun ada ruang bukan semua org minat nak ambil peluang.. saya la tu orgnya…
cepat2 join…hang tak join ke titan..
gua nak join tapi tak berkesempatan..harap-harap lu tolong joinkan untuk gua skali..
jangan lupa join contest mega raya gua..mana tahu rezeki raya lu lagi 500..hehehe
ada join jugak salah satu contest dalam senarai tu. apa cerita pun ta tau lah. ❓
Insya-Allah akan join beberapa contest yang lain tuh…
Apapun terima kasih bro sebab sudi promote…:)
Malas betul la aku nak join contest nie…
satu dah nak siap draft…lg 6 ikut mood jugak…tp nak kena paksa kalau tak cikgu babap =)
Terima kasih bagi maklumat dan semangat.
ikut hati mau jer join…. mana yang berkenan lah.. huhu
Buat masa ni berehat kejap dari sertai contest..tunggu lu buat contest lagi, baru gua join.. 😉
Nanti aku joinlah salah satu contest tu…
banyak contest tu.. tak tau mana nak join
banyal contest tapi jarangla dah join…aish ❗
aku ambil rehat kejap
dah banyak kali aku TAK menang
jadi kali ni, bagi orang lain pulak yang menang 😀
dulu2 la… mmg suka giler join mana2 contest atau giveaway kat blog… sampai blog dah jadi rupa tempat rujukan untuk contest terkini.. tp lani, semangat tu dah kurang…
Terima kasih… Sebab Contest Blog saya turut terdapat dalam senarai di atas…
banyak juga contest ni. yang ada dalam senarai aku pun tak terjoin lagi. huhu
Allah banyak betul contest, update entri blog sendiri pun tak istiqamah 😕
Ada beberapa contest menarik di hati.
Alamak..ada satu contest yang saya tak reminder lagi..terima kasih..emm babap tu apa encik titan?mengamuk ke?haha
InsyaAllah, akan join. 🙂
ok boleh terjah lah ni
draft delimahome aku terbengkalai dalam draft..tak sambung lagi..haahaha. yang lain ada dah join.
Join je byk2..xrugi pun kann
Haaaaaaaa belum sempat lagi nak join..
Baru satu jer dapat join.. Yg kenvensyen tu kawe ada cuba nak buat artikel tapi websitenya slow giler masa tu. Yg lain2 tu baru tahu citer..
lama aku tak join contest dan buat contest nih…
den teruja dengan smart shop tu