Ya.
Tahniah pada skuad Selangor kerana SERI dengan JDT.
Tak perlu menang. Tak boleh juga kalah.
SERI.
Jaringan sepakan percuma dari Forkey Doe berjaya menghapuskan peluang JDT untuk memintas Selangor pada saat-saat akhir.
Itu dah lebih dari cukup.
Untuk menempah tiket ke Piala AFC 2013 bersama-sama dengan Kelantan.
Dan pada masa yang sama menjadi Naib Juara Liga Super 2013 dibelakang Lions XII.
Satu lagi perlawan yang agak menarik. Kelantan berjaya menundukkan Lions XII dengan jaringan dua gol berbalas kosong.
Tapi satu lagi perlawanan yang aku sendiri rasa rugi tak tengok.
PKNS Selangor vs Pahang.
Pahang dah tinggalkah PKNS jauh. 5-1. Tapi..PKNS berjaya kejar dan menambah 3 gol. Walaupun gagal untuk seri. Tapi untuk tengok 9 gol dalam satu perlawanan. Bukannya mudah. Mesti mempunyai semangat Melayu Boleh yang tak terkalah dan juga pasukan menyerang yang kuat. Entah apa yang meniup semangat Melayu Boleh mereka, aku tak tahu. Tapi, memang rugi tak tengok.
Apapun, tahniah Selangor, Kelantan dan Pahang.
** Lepas ini, kita layan pula Piala Malaysia 2013.
Ps: Tak sia-sia beli Forkey Doe. hoho..
1,757 total views, 1 views today
tahniah semua
tahun depan tu, bro
kelantan dan selangor ke piala afc sekali lagi
Rugi Ganu jual Pok Doe ni…huhu
tahniah selangor dpt tiket piala afc tahun depan bersama kelantan sekali lagi…
tahniah Selangor
Tahniah buat selangor harap dpt membanggakan malaysia janhan jadi belasahan lagi seperti yg lepas..