Setiap orang, ada cara tersendiri untuk menyambut hari Merdeka.
Ada yang lukis bendera kat dinding bawah jambatan,
Ada orang tepek bendera kat kereta dan motor..
Ada orang buat baju khas untuk sambut merdeka tahun ini..
Tak kurang jugak, ada yang tepek bendera Malaysia kat blog masing-masing.
Tak kesahlah, kan? Janji korang gembira. Itu dah cukup. Negara kita masih aman walaupun ramai yang kena tembak sana-sini.
…
….
Pengalaman sambut Hari Kemerdekaan dulu-dulu..
Masa aku sekolah dulu..aku rajin join pertandingan atau peraduan yang pihak sekolah adakan. Yelah, masa tu..itulah salah satu caranya untuk dapat hadiah seperti buku tulis, pensel, pensil kaler, pemadam, buku lukisan, pensil box, buku mewarna dan memacam lagi. Masa tu, aku masih “excited” lagi terima hadiah-hadiah macam tu walaupun aku lebih suka pihak sekolah bagi wang tunai. Tapi dah itu aje yang pihak sekolah bagi, takkan aku nak lebih-lebih pulak kan?
Ada macam-macam pertandingan yang pihak sekolah jalankan. Dan paling seronok sekali, ketika bulan menyambut hari kemerdekaan. Ada pertandingan peringkat kelas dan juga pertandingan individu. Kalau yang peringkat kelas biasanya diadakan kelas yang paling cantek menghias bendera Malaysia. Temanya, mestilah tentang Hari Kemerdekaan. Jadi, bersepah bendera Malaysia baik yang dibeli ataupun yang ditampal. Ketua kelas masa tu, sibuk dok kutip duit semata-mata nak beli bendera Malaysia banyak-banyak.
Senang cerita..kelas aku menang tahun tu walaupun kami baru darjah 5. bebudak kelas darjah 6 memang sakit hati dengan kelas kita oranglah. Dapatlah sebungkus hamper yang lebih tinggi dari diri aku sendiri. Haha..
Pertandingan Mewarna.
Yang paling best sekali, ada pertandingan mewarna. Yang melukis tu pun ada gak. Tapi aku tak nak masuk dah walaupun pernah menang nombor 3 masa aku darjah dua dulu. Aku selalu masuk pertandingan mewarna sebab aku tak pernah menang lagi walaupun dah masuk banyak kali sebelum tu. Masa tu..aku masuk pertandingan ni. Sebab nak membuktikan aku paling pandai mewarna. Lagipun, ini pertandingan individu. Kalau dapat hadiah..semua aku punya. Tak yah kongsi-kongsi dengan orang lain. Mana best kan kongsi-kongsi?
Masa kecik, dah tamak haloba. Haha..
Bila keputusan diumumkan. Hati berdebar-debar. Guru besar sebut dari tempat ketiga dulu. Bukan nama aku. Nama kedua..ohh..budak perempuan kelas sebelah. Tempat pertama.. Ahmad..
Pehh..hati dah gembira dah nii..
“Ahmad Hatta bin Abdullah..”
…
….
Demm, itu bukan nama aku.
Kawan baik aku sendiri tu yang menang. Tersengih-sengih dia menghanjing aku bila melangkah megah ke depan untuk mengambil hadiah hamper yang boleh tahan tingginya. Penuh dengan jajan-jajan dan air gas.
Padan muka aku. Niat tak betol lagi.
…
….
Dan sejak itu, aku dah tak mau dah masuk peraduan mewarna sampailah ke hari ini.
Tapi, jujurnya..minggu atau bulan kemerdekaan ketika aku berada disekolah dulu memang “happening”. Budak-budak semua gembira. Siap hafal nama perdana menteri, nama pejuang dan macam-macam lagi. Senang cakap, bulan Ogos ni memang ditunggu-tunggu oleh kami semua. Ada makan-makan, ada peraduan..ada kuiz, ceramah dan..
Kelas pun banyak dibatalkan. Hehe..
Sekarang?
Aku tak tahu. Suasana berbeza. Aku jarang nampak orang tampal bendera kat kereta 2.3 hari ini. Mungkin diorang segan. Mungkin malas nak beli bendera. Aku letak bendera Malaysia kat bonet depan petang tadi. Balik rumah aje..dah ada menconteng guna pen marker. Jahanam betul. Itu baru satu hari. Kalau berhari-hari? Aku rasa mungkin dah jadi bendera negara mana ntah agaknya.
“Buruk sangat ke bendera negara kita sampai “korang” nak conteng?”
** Dan sekarang..bagi blogger. Korang pun leh sambut Hari Kemerdekaan dengan hanya guna Instagram dan Twitter. Macam mana? Rujuk sini – Cara nak celebrate Merdeka dengan Instagram dan Twitter
Ps: Jadi, bagaimana cara korang pulak sambut Hari Kemerdekaan tahun ini?
9,135 total views, 1 views today
zaman dah berubah… teringat zaman sekolah dulu buat bendera besau satu blok. tapi tu zaman aku sekolah lah. tadi tanya adik, sekolah buat apa sambut merdeka ni, adik cakap kat sekolah ada bendera satu ja kat tiang. 😥
dulu gua sambut merdekat dekat dataran merdeka..layan nyanyi lagu negaraku ramai2 sambil tunggu bunga api..seronok oo..sekarang ni agak kureng..dataran penuh dengan bangla..hahaha
Boleh sambut kat sini juga ni. 😆
Selamat menyambut hari kemerdekaan…. hargai kemerdekaan kita…
Biasa la time sekolah malam merdeka turun town. Haha. Tapi tu dulu la. dah besar sikit taruk bendera dekat kereta, rumah. Tu jela pun.
gua suka terkenangkan pengalaman masuk pertandingan kawad kaki zaman sekolah dulu
Memang la tak nampak orang sambut kemerdekaan sangat. Cuba tengok malam ambang merdeka nanti. Yang pastinya mereka sambut dengan cara yang tak pernah terfikir dek akal.
Aku nak g KLCC malam 31 Ogos nih.. heheh. Barulah nampak “patriotik”..
Kalau zaman sekolah dulu memang seronok,siap ada pertandingan keceriaan sempena kemerdekaan
Gua dah tepek kat pagar rumah, dah tepek kat mana2 yg gua boleh tepek..
dalam hati…dah lama gua tepek =)
selamat hari kebangsaan
molek juga blogger pacak bendera kat blog
Kereta aku tahun nie, baru terpacak bendera Malaysia.
Betul tu encik titan..sekarang dah kurang nampak orang tampal bendera..adakah semangat kemerdekaan dah kurang?emmm