75 Responses

  1. Mohd Shubhi
    Mohd Shubhi September 24, 2013 at 5:18 am | | Reply

    1. Selain dari affiliate jobdirumah dan jomniaga, mana lagi yang best…? itu saja soalan saya. TQ

    1. titan
      titan September 24, 2013 at 6:17 am | | Reply

      Aku tak dapat nak pilih. Tolonglah jangan suruh aku buat pilihan.

      Sebab..

      Dua-dua aku sayang. 😐

      1. khairul asrol
        khairul asrol September 24, 2013 at 6:35 am | | Reply

        hahaha. dia nak tau program affiliate lain lah titan, bukan pilih mana satu yang best. 😮 😮

        1. titan
          titan September 24, 2013 at 6:45 am | | Reply

          Semuanya ada kat kliker dan jomniaga. Pilih kat situ.

          Gua dah biol sikit tadi. haha.. 😐

          1. Bahrain
            Bahrain September 24, 2013 at 4:14 pm |

            banyak makan cendol bersemut nie..haha

  2. MrJocko
    MrJocko September 24, 2013 at 5:22 am | | Reply

    Apsal lu suka makan CENDOL???

    1. titan
      titan September 24, 2013 at 6:21 am | | Reply

      Tanya bapak gua.

      Dia pun angkara gua jatuh cinta dengan cendol. 😆

  3. faizal
    faizal September 24, 2013 at 5:26 am | | Reply

    Saya pun ingin tanya soalan.

    1.Bagaimana hendak kenal niche blog yang sesuai dengan diri?
    2.Bagaimana cara hidup seorang blogger?
    3.Apa nasihat untuk orang yang baru hendak berjinak-jinak dengan dunia blogger?

    1. titan
      titan September 24, 2013 at 6:32 am | | Reply

      1. Aku pun tak tahu mula-mula. Jadi, aku tulis aje ikut suka hati aku. Senang cerita, tulis benda yang kita minat. Aku minat duit, sebab tu aku akan usaha untuk dapatkan duit. Itu sahaja.

      2. Macam orang biasa. Aku tulis bila aku rasa nak tulis. Tak perlu ada paksaan. Yang penting, kena buat kerja.

      3. Jangan putus asa dan buat kerja.

      1. faizal
        faizal September 24, 2013 at 6:57 am | | Reply

        terima kasih banyak

      2. Pokok Manggis Depan Rumah
        Pokok Manggis Depan Rumah September 26, 2013 at 5:01 am | | Reply

        rajin buat kerja..jagan putus asa.. itu yang saya suka dengan nasihat sifu titan

  4. ieta
    ieta September 24, 2013 at 5:33 am | | Reply

    Ngeh3… wa pun mau tanya gak lah…
    1. Bagaimana nak kenal Niche blog sendiri?
    2. Dalam banyak2 affiliate, yang mana 1 kah paling masyuk… buat Et?
    3. Bagaimana nak letak emoticon kat atas komen box ni? (tanya sebab dah lama cari tapi tak jumpa kekdahnya)
    Terima kasih sudi menjawab :mrgreen:

    1. titan
      titan September 24, 2013 at 7:10 am | | Reply

      1. tulis aje apa-apa. Satu tahap nanti, kita tahu apa yang kita suka tulis dan apa yang kita minat. Masa tu, dah akan nampak niche blog sendiri.

      2. Terlalu banyak. tak tahu mana satu nak suggest. Senang cerita, baca aje blog ni.

      3. Daftar gravatar.com. Masa komen, guna email yang didaftarkan kat gravatar.com tu.

      1. ieta
        ieta September 25, 2013 at 3:30 pm | | Reply

        Terima kasih… 😀

      2. Pokok Manggis Depan Rumah
        Pokok Manggis Depan Rumah September 26, 2013 at 5:06 am | | Reply

        kena join semua la yea.. 😆

  5. blogger lelaki
    blogger lelaki September 24, 2013 at 5:38 am | | Reply

    1. bagaimana cara paling sesuai untuk blogger baru mcm gua nak buat duit dgn blog?
    2. macam mana bro boleh maintain buat 2-3 blog dialam satu masa?
    3. boleh tau tak apa nama blog pertama bro?

    p/s: rasa nak tny jugak soklan peribadi..berapa kali bro pernah putus cinta..hahaha 😆

    1. titan
      titan September 24, 2013 at 7:01 am | | Reply

      1. tiru apa yang blogger lain buat. Aku sampai hari ini pun masih kuat meniru.
      2. Ikut jadual dan perancangan walaupun aku lebih banyak tidur sekarang. Pendek kata, disiplin mesti tak terkalah.
      3. rahsia.

      Putus cinta? Tak terkira rasanya. Haha..

      1. blogger lelaki
        blogger lelaki September 24, 2013 at 7:30 am | | Reply

        ceh..sempat lagi berahsia tu..hmmm..kalau mcm tu gua nak tu bro la..jom makan cendol..hahah

        1. titan
          titan September 24, 2013 at 7:46 am | | Reply

          meh, datang banting. 😈

  6. Nadot
    Nadot September 24, 2013 at 6:06 am | | Reply

    Alaaa… time ko suruh tanye ni la time ni aku blank… adoi ai…

    Tapi suke juge soalan nombor 2 blogger lelaki:

    Camne ko maintainkan byk2 blog dalm 1 masa… soalan lain, nnt la aku tnye lagi.. hehehe

    1. titan
      titan September 24, 2013 at 6:48 am | | Reply

      Camana?

      Entahlah. Aku buat kerja ikut suka hati aku. Begitu juga dengan blog lain. Tapi..tetap ikut jadual dan perancangan. Kena disiplin la sikit. haha..

  7. Risi Yusoff
    Risi Yusoff September 24, 2013 at 6:44 am | | Reply

    Aku nak tanya jugak la..Bukan senang en Titan nak bagi jawapan secara free pulak tu ..

    1. Waktu lapang en Titan suka buat aper..
    2. laman web apa yang en Titan selalu bukak setiap hari.
    3. Dari mana en Titan dapat idea nak tulis blog ..

    Itu je la kot …banyak lagi nak tanya ..

    1. titan
      titan September 24, 2013 at 6:47 am | | Reply

      1. tidur.
      2. blog-blog aku.
      3. baca blog sendiri, blog orang lain, baca surat khabar dan macam-macam lagi. Waktu malam dan pagi, memang banyak idea. Masa tu la idea masuk tanpa kawalan. haha..

  8. effort lab
    effort lab September 24, 2013 at 7:11 am | | Reply

    siap buat entri khas utk soal jawab tu. tahap retis dah :mrgreen: tapi tetap tak puas hati sape maikel tu. entah2 murid kat skolah.

    1. titan
      titan September 24, 2013 at 7:26 am | | Reply

      Maikel tu seekor semut hitam. 😆

      1. Pokok Manggis Depan Rumah
        Pokok Manggis Depan Rumah September 25, 2013 at 7:25 am | | Reply

        akhir nya terjawap juga siapa Maikel ni…hehehe.. :mrgreen:

  9. onlajer
    onlajer September 24, 2013 at 7:28 am | | Reply

    Soalan pertama saya berapa banyakah trafik yang patut ada dalam sehari untuk keberangkalian orang akan beli dari link kita dan macam mana nak kasi lagi up hehe.

    Soalan kedua blog – blog sampingan kita perlu atau tidak ping ke fb atau biar sahaja enjin carian mencarinya.

    Soalan ketiga perlu tak letak umpan pada setiap artikel atau hanya artikel tertentu sahaja atau tulis terang – terang seperti ” kawan kalau nak tahu lebih lanjut klik lah sini”

    ok itu sahaja soalan yang dari saya walaupun saya boleh lagi mencipta lebih daripada tiga… sekian terima kasih….

    1. titan
      titan September 24, 2013 at 7:40 am | | Reply

      1. tak ada jumlah yang khas. Ada trafik banyak, lagi bagus. Macam blog-blog gua, purata dalam 200-2k sehari. Ada blog gua, ada trafik 10-50 uv je sehari. Tapi seminggu memang leh dapat 4-5 sales.

      2. Kalau rajin, buat. Tu backlink juga. Kalau tak nak pun tak apa. Gua tak halang.

      3. Tak semua. Kena kreatif masa rancang nak pasang umpan. Ada artikel promosi, ada kita kena build backlink dan ada kita kena direct dan indirect promosi. Pendek kata, kena kreatif.

  10. Rizkyzone.com
    Rizkyzone.com September 24, 2013 at 10:31 am | | Reply

    saya mahu tanya, bagimana caranya mensetting blog agar responsive / agar blog dapat menyesuaikan dengan layar ponsel, sehingga tak perlu lagi menggunakan plugin mobile ?

    1. titan
      titan September 25, 2013 at 2:03 pm | | Reply

      maaf. aku agak aku “fail” sikit bab-bab responsive dan bab-bab layar ponsel nih. Bab mobile plugin, aku tak guna sebarang plugin yang dikatakan sebagai “plugin mobile”.

      Secara jujur, aku tak tahu camana nak bagi jawapan. 🙁

  11. encikarman
    encikarman September 24, 2013 at 10:56 am | | Reply

    solan:
    1.blog bro yg dpt paling byk duit, yg mana satu?
    2. teknik lain yang di gunakan utk dpt duit secara online selain tulis blog dan facebooking?
    3. berikan 3 tips tahap senior cara menarik trafik ke blog yg di gunakan oleh en. titan.

    … yes yes berjaya melebihkan soalan walaupun nampak macam 3 soalan je.

    1. titan
      titan September 25, 2013 at 2:09 pm | | Reply

      1. yang boleh aku bagitau, earncent.com, blog ini dan ohcikgu.com. Yang lain, terpaksa dirahsiakan.

      2. Aku tak tahu. Yang aku tahu, dengan menulis blog dan pasang umpan sahaja. Cara lain, mungkin aku kurang mahir dan kurang pengalaman.

      3. Baca semua artikel kat earncent.com dan blog ini. Ko akan nampak “flow” dan “teknik-teknik” dan strategi yang biasa aku gunakan.

      Moga berpuas hati. 😈

  12. Akuro San
    Akuro San September 24, 2013 at 12:26 pm | | Reply

    Assalamualaikum~ Nak tanya! Nak tanya! 💡

    1 ) Macam mana nak naikkan PR blog? Dulu blog saya pernah naik PR 2. Tapi tah camner, dia turun balik jadi PR 1. Saya ingat lagi, masa tu saya ada buat entri pasal gadget, dan buat link dengan 1 ‘blog yg sgt popular’ pd waktu itu. Lepas saya buat entri tuh, PR blog saya jatuh jadi PR 1 semula. Punyalah ‘frust menonggeng’ saya waktu itu. Sebab saya rasa ‘blog popular’ yg saya link’kan tu dah ‘curi’ PR saya! Disebabkab frust, terus saya biar jer blog saya tuh hingga bertahun bersawang. update pun sekali-sekala jer. sekarang nih baru jer timbul semangat nak berblog semula. Jadi mcm mana nak naikkan PR tu semula?

    2 ) Masa buat entri baru, pada bahagian ‘All In One SEO Pack’- ada ruangan untuk isi ‘Keyword’. Soalannya, pada ruangan ‘Keyword’ tu perlu ker kita taipkan keyword yang sama, yang dah kita taipkan pada bahagian ‘Tags’?

    3 ) Blog yang dah lama ada. Dan dah bertahun bersawang. Bolehkah kita update dan aktifkan semula? Masih sudikah Google, Alexa, dll tu pandang balik dekat blog tersebut? Atau lebih baik buat blog baru jer… jadi ‘Orang Baru’… Bagaimana pendapat En Titan…

    Ok, sekian soalan yg penuh emosi dr saya…

    1. effortlab
      effortlab September 24, 2013 at 1:19 pm | | Reply

      Ayat cik/puan mmg penuh emosi. Pergh berdebar pulak nak tunggu jwpn cikgu utk soalan ni 😯 Nak tau jugak pasal ni.

    2. titan
      titan September 25, 2013 at 2:15 pm | | Reply

      1. Hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm… buat backlink.

      Contoh buat backlink paling senang.

      1. komen kat blog orang.
      2. ping kat group facebook.
      3. ping kat twittter, linkedin, G+, pinterest dan media social yang lain.

      Aku wat 3 benda ni selalu. Itu aje. Cara yang lebih cepat nak tahu, baca kitab gua tu betul-betul. Tak faham, tanya gua balik.

      Dan soal PR hilang tiba-tiba ni, aku susah nak jawab. Banyak lagi benda yang misteri bab PR nih. Salah satu dari 7 keajaiban dalam dunia PR yang masih gagal gua pecahkan.

      2. Boleh juga guna yang sama. Tapi pilih yang mana yang lebih penting kita nak promosikan pada artikel tu.

      3. Oleh sebab ko tanya pendapat aku. Buat blog baru. Lebih senang nak jaga berbanding blog lama yang entah apa silapnya yang kita tak tahu.

      ….

      Agak-agak, menjawab soalan tak? 😕

      1. Akuro San
        Akuro San September 25, 2013 at 11:43 pm | | Reply

        ok~ ok~ jawapan diterima. Thanks, sudi menjawab soalan yg diberi~

  13. hafiz
    hafiz September 24, 2013 at 2:00 pm | | Reply

    Kebanyakan soalan yg nak aku tanya dah ada kat atas….

  14. raudzah
    raudzah September 24, 2013 at 3:39 pm | | Reply

    salam kita tak tau soalan ni sesuai tak tapi alang-alang boleh tanya..kita tanya ajelah..satu aje pun untuk hari ni..kenapa ya kita noted ada satu Blog ni dia punya page view dah hampir i juta..tapi dia punya alexa ranking still above 150k..Blog ni blog baru..baru setahun..Ada kaitan tak pageview dengan AR? Compared dengan Blog lain yang seusia, page view baru 200 tapi AR dah below 100k..tq ya..

    1. titan
      titan September 25, 2013 at 2:17 pm | | Reply

      Pernah berlaku kat blog ohcikgu.com dulu.

      Trafik tanpa kawalan. Tapi alexa rank tetap rendah.

      Apa yang aku buat, bina lebih banyak backlink yang lebih berkualiti dan rajin gi komen kat blog orang lain.

  15. Juan
    Juan September 24, 2013 at 5:58 pm | | Reply

    Soalan aku, blog mana patut aku singgah samada blog ini atau blog earncent

    1. titan
      titan September 25, 2013 at 2:18 pm | | Reply

      Lu tak ada pilihan.

      Dua-dua wajib baca. :mrgreen:

  16. encikarman
    encikarman September 25, 2013 at 12:41 am | | Reply

    soalan aku hari ni

    bila nak jwb soalan aku yg semalam.. hoho

    1. titan
      titan September 25, 2013 at 2:22 pm | | Reply

      Maaf.

      Gua agak sibuk hari ini. Nak on laptop pun tak sempat.

      Gua dah jawab. Mudah-mudahan lu terhibur. :mrgreen:

  17. sukma
    sukma September 25, 2013 at 3:07 am | | Reply

    salam……

    1. Paling banyak elaun dari hasil iklan mana dan berapa jumlah paling tinggi dapat ?
    2. Apa beza nichie dan SEO….?
    3. Setuju tak kalau aku katakan cendol kat Bandar Melaka paling sedap?
    hehe…
    sekian….

    1. titan
      titan September 25, 2013 at 2:30 pm | | Reply

      Waalaikumsalam.

      1. Syarikat luar negara. Paling tinggi, 300 dollar untuk 1 artikel.

      2. Bagi aku, niche tu macam kategori bagi sesebuah blog/website. SEO? Search engine optimization. Dalam bahasa melayu, mungkin maksudnya, penguasaan search engine. Perbezaan? Dari segi definisi. Sebab aku sendiri tak tahu apa perbezaaan seo dengan niche.

      3. Tak setuju.

  18. pahan
    pahan September 25, 2013 at 3:11 am | | Reply

    1. Ko suka makan jagung ke tak?
    2. berapa harga kereta pertama ko beli ?
    3. siapa yang bagi ko duit beli domain dan hosting mula2 dulu ?

    Tq

    1. titan
      titan September 25, 2013 at 2:36 pm | | Reply

      1. suka.
      2. 42 ribu lebih kot. tak ingat berapa sennya..
      3. tak ada sesiapa. Aku beli sebab dapat upah dalam forum.

  19. papa mifz
    papa mifz September 25, 2013 at 4:03 am | | Reply

    1) bagaimana bro membahagikan masa dalam menguruskan semua blog bro…???

    2) jika den plan nak buat contest lagi , sudi tak bro untuk menaja…???

    3) bagaimana kita nak upkan sesuatu niche blog tuh…??

    Harap bro jawab…;)

    1. titan
      titan September 25, 2013 at 2:47 pm | | Reply

      1. aku cukup susah membahagikan masa. Jadi, biasanya, aku buat “target”. Mesti capai dalam tempoh 1 bulan.

      Contoh 1 – mesti update blog 1 hari 1 artikel.
      Contoh 2 – mesti tulis 1 ebook dalam tempoh 2 tahun.

      Dari 2 contoh tu.

      Contoh 1 – success. Berjaya buat walaupun kekadang ada gak tertinggal. Tapi masih boleh dikategorikan “success.

      Contoh 2 – masa aku tulis Panduan TNX 2.0. Ia ambil masa hampir 3 tahun untuk menulisnya dan mempublish dan mempromosinya. Dalam tempoh 2 tahun lebih..panduan itu berjaya dijual lebih dari 500++ sales sebelum aku tutup jualannya.

      Dan selepas itu, aku diam dalam 2 tahun gak untuk kumpul draft baru. dan terhasilnya kitab teknik seo merah jambu edisi pertama. Berjaya tulis dalam 1 bulan lebih setelah 2 tahun lebih mengumpul data dan maklumat. Dan setakat ini..sudah lebih 100 sales terjual campur di Jomniaga dan jualan direct ke email.

      So, nampak macam mana aku buat? Aku jenis berbasekan “target”.

      2. kena tengok dulu contest apa.

      3. rajin membaca, rajin berusaha dan rajin buat kerja. Jangan jadi macam gua. Malas dan kuat tidur aje sekarang.

      1. papa mifz
        papa mifz September 26, 2013 at 7:01 am | | Reply

        okeh terjawab persoalan…;)

  20. muja
    muja September 25, 2013 at 5:16 am | | Reply

    mndapat jwapan daripada soalan orang lain,, hehe,,

  21. Hafizul
    Hafizul September 25, 2013 at 8:08 am | | Reply

    Emm nak tanya apa ekk?

    1. Kat mana lubuknya (JObdirumah) encik titan kasi umpan encik titan makan ekk?
    2. Kalau saya nak bukak satu blog English, nak tackle adsense, encik titan rasa saya boleh buat tak dengan SPM BI dapat 8G?
    3. Kat mana yang lemahnya dimata encik titan berkenaan dengan blog Pondok Kecil?
    4. Harap encik titan sudi jawab dengan jujur dan sejujurnya..Kalau segan nak jawab kat sini,emel tak apa jawapan encik titan tu..

    Dari ~ Insan Yang Sangat Berharap
    Terima kasih….

  22. Mak Lagenda
    Mak Lagenda September 25, 2013 at 8:55 am | | Reply

    AAAAAAaaaaaaaaaaaaaAAAA…apa soalan aku nk tnya lu ni tan?? Ok. aku close dlu. Nnt bila aku igt soklannya aku mai tnya blk

    :mrgreen: 😆 :mrgreen: 😆

  23. Irwan Alessa
    Irwan Alessa September 25, 2013 at 12:49 pm | | Reply

    Nak tanya bro soalan :

    1. Berapa jam bro ambil untuk siapkan entri berbayar?
    2. Boleh tak nyatakan berapa purata income bro melalui online?
    3. Apa yang bro cadangkan pada blogger yang masih tak berani nak mencuba cari pendapatan online ni??

    Ok ni je soalan aku.. hehe ada rezeki set masa nak menyendol.. 🙂

    1. titan
      titan September 25, 2013 at 3:11 pm | | Reply

      1. satu ke tiga jam. Bergantung pada emosi gua.
      2. tak sikit, tak banyak.
      3. Sila cuba.

  24. cik amal
    cik amal September 25, 2013 at 1:17 pm | | Reply

    1. Dalam 1 hari berapa post entry di buat, tak kesah la mne2 blog, totalkan dan agak2 berapa. Purata dlm sehari agak2 berapa? *xnk jwpn “kalau malas, sikit, kalau rajin bnyk entry wa buat” :p

    Nak spesifik (agak2 je) tak nak jawapan

    *”tak boleh nak agak”

    sy malas sngt2, jadi kalau jawapan yg dberi bro, mungkin boleh jdikan diri ni buat bnyk entr dlm sehari.. selamat menjawab 🙂 hehe

    1. titan
      titan September 25, 2013 at 3:19 pm | | Reply

      Anggaplah aku ada 30 buah blog.

      So, memang biasa aku bukak sekurangnya 10 blog sehari. Blog lain, bukak hari lain.

      Biasanya..5 blog utama yang jana wang paling banyak, memang aku cuba update setiap hari.

      blog backup, blog niche lain, blog yang tak berapa untung..memang biasanya aku dah prepare 5-10 artikel setiap bulan TANPA MISS. Memang sakit jiwa part nih. Tapi dah aku sanggup, aku buatlah kerana nak dapatkan hasil seperti yang aku target.

      So..blog utama, memang biasanya aku update paling teruk 1 artikel setiap hari.

      Tapi macam blog-blog establish seperti earncent.com dan ohcikgu yang dah ada pengikut dan flow trafiknya masih terkawal walaupun tak update selama 1-2 bulan..itu aku tak update selalu pun tak apa.

      memang 3 blog yang aku beritahu adalah blog ini, blog ohcikgu dan earncent.com.

      Tapi, itu bukan 3 blog utama yang aku update setiap hari. Blog lain. Blog ni masih belum establish lagi.

      Jadi, seperti dalam komen yang lain. Aku buat kerja base on target.

      ..

      Moga menjawab soalan.

  25. cik amal
    cik amal September 26, 2013 at 1:12 am | | Reply

    okay paham dah. tengs bro..

  26. suri
    suri September 26, 2013 at 4:24 am | | Reply

    masa bila bro betul2 berehat,bersama keluarga dan fokus pada blog?

    setakat ini ada beli rumah tak hasil dari berblog selain kereta?

    andaikata saya ada blog niche maklumat boleh atau tak saya gunakan bahasa pasar biasa tu atau semua mesti dalam bentuk formal? atau molek di pelbagaikan supa semua peringkat umur boleh baca..

    1. titan
      titan September 26, 2013 at 7:21 am | | Reply

      1. Dok bujang. Berehat sorang-sorang la. Hujung minggu baru balik banting. So, tak susah nak fokus sebenarnya jika ada perangsangnya.

      2. Soon.

      3. Terpulang. Yang penting, tahu promosikan.

      1. suri
        suri September 27, 2013 at 9:51 am | | Reply

        take note 🙄 terima kasih sudi menjawab.

        ada rumah boleh cari 4 orang permaisuri :mrgreen:

  27. reezluv
    reezluv September 26, 2013 at 6:02 am | | Reply

    aku plak nak tanya..sesaje memeriahkan majlis..

    1.Penah buat clickbank tak?kalau penah buat cuba kongsi sikit camne promote?dari blog gak ke?

    2.Macam mana lu buat backlink blog BI lu nak dapat backlink kualiti?Outsource ke?kalau outsource, meh kasi tau kat mana

    3.Blog BI ada berapa dan income paling best dari niche mana?

    dah itu je.. :mrgreen:

    1. titan
      titan September 26, 2013 at 7:20 am | | Reply

      1. Clickbank? Pernah. Sama aje dengan apa yang aku tulis dalam kitab tu. Yang berbeza, dari segi bahasa. Aku buat gak jenis website review. Menjadi gak kekadang. Senang cerita, belasah aje.

      2. Aku jarang sangat wat outsource. Sekali-sekala aje. Biasa, most datangnya dari blog. Semuanya aku tulis dalam blog. Senag kata, semua program aku guna blog aje.

      3. Blog BM aku ada dalam 20 lebih. Selebihnya blog BI. So..rasanya boleh anggar kan berapa blog BI aku since aku dah kata blog BI aku dekat seratus lebih?

      1. reezluv
        reezluv September 27, 2013 at 4:27 am | | Reply

        gile bizi…mak aih..aku tak sanggup le.. 😯

        1. titan
          titan September 27, 2013 at 6:52 am | | Reply

          aku pun tak sanggup dah sebenarnya. pelan-pelan tengah buat nak let go. Peringkat akhir bagi blog-blog aku, sama ada jual blog, jual domain atau tutup terus.

          Haha..

  28. Khairul Zamri
    Khairul Zamri September 26, 2013 at 1:27 pm | | Reply

    1- blog terbaik blog niche ape?

    2- agak2 sampai bila bro akan layan blog2 nie?

    3- boleh ke di anggap blogger tu berjaya kalu selalu pegi event je?

    1. titan
      titan September 27, 2013 at 6:29 am | | Reply

      1. bagi gua, tetap blog pasal duit.
      2. sampai aku dah bosan.
      3. definisi berjaya bagi setiap orang sangat berbeza. So, kalau aku..aku nak paling kurang 10k orang baca ebook aku. Baru boleh kata betul-betul berjaya.

  29. sabree hussin
    sabree hussin September 26, 2013 at 6:44 pm | | Reply

    Kalau aku nak buat blog niche

    Patut pakai domain + hosting berbayar atau blogspot je? Sebab aku ada dengar berita nama domain dah tak bagi pengaruh pada ranking di search engine

    1. titan
      titan September 27, 2013 at 6:35 am | | Reply

      Blog niche? Pendapat aku, sekurangnya domain mesti berbayar. Bab ranking tu aku tak peduli sangat. Bila cerita bab niche, branding tu lebih utama bagi aku.

  30. hafizrahim
    hafizrahim September 27, 2013 at 12:12 am | | Reply

    soalan aku:

    1) aku tertanya2 macam mana ko bleh dapat komisyen jobdirumah hampir tiap2 minggu?
    2) ko pakai artikel yang sama untuk 3-4 blog ke?
    3) pendapat ko terhadap blog aku kalau aku nak dapatkan income yang lebat dari jobdirumah?

    Sekian

    1. titan
      titan September 27, 2013 at 6:46 am | | Reply

      1. Build ranking, build backlink, usaha berterusan, bukti kukuh yang cukup kukuh. Kalau ko pun buat, aku tak hairan kalau ko dapat lebih banyak dari yang aku dapat.

      2. Sama tu takdelah. Isi lebih kurang sama. Ayat umpan lain-lain. Macam aku cakap, ikan yang kita nak tu..berbeza spesies dan nafsunya. Tak boleh bagi umpan yang sama.

      3. Banyakkan artikel, pelbagaikan umpan, gaya penulisan kasi lebih mantap dan bersepadu.

  31. hafiz
    hafiz September 27, 2013 at 2:14 am | | Reply

    Soalan aku lebih kurang kolah…tunggu jelah jawapan titan

  32. fendy
    fendy October 29, 2013 at 3:52 pm | | Reply

    1. Dah berapa lama bro buat blog?

    2. Julat pendapatan melalui blog?

    3. Apa nasihat untuk mereka yang baru berjinak buat duit melalui blog?

    haha…simple sgt soalan aku ni…

Leave a Reply to hafizrahim Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content Protected Using Content Protector Plugin By: Make money.