Bola Sepak.
Nampaknya, Malaysia telah sah layak secara automatik setelah menjadi juara kumpulan H. Malaysia garang membelasah Guam dengan jaringan yang agak besar (13-0), manakala Korea Selatan menewaskan Laos 4-1 di aksi terakhir kumpulan petang tadi.
Berikut adalah keputusan terkini dalam Kumpulan H.
Kedudukan mata Kumpulan H.
- Malaysia | 10 Mata
- Korea Selatan | 9 Mata
- Laos | 7 Mata
- Brunei | 3 Mata
- Guam | 0 Mata
Keputusan Harimau D dalam saingan kelayakan Piala Asia 2014
- Malaysia [1 – 1] Laos
- Brunei [0 – 8] Malaysia
- Malaysia [2 – 0] Korea
- Guam [0 – 13] Malaysia
Antara negara yang telah layak
- Thailand – (Tuan Rumah)
- Uzbekistan – (Juara Kumpulan A)
- Nepal – (Juara Kumpulan C)
- Iran – (Juara Kumpulan E)
- Oman – (Juara Kumpulan F)
- Australia – (Juara Kumpulan G)
- MALAYSIA – (Juara Kumpulan H)
- Jepun – (Juara Kumpulan J)
Tahniah bagi Skuad Bola Sepak Malaysia bawah 16 tahun. Semoga kita boleh jadi JUARA bagi Piala Malaysia 2014 nanti. Tak sabar nak tengok diorang main secara live. Moga Astro Arena 801 akan siarkan perlawanan tersebut secara langsung nanti.
Hoki.
Dan tadi sempat juga tengok perlawanan akhir Hoki Piala Sultan Johor 2013. Nampaknya, Skuad remaja Malaysia gagal mempertahankan juara dan hanya meraih tempat kedua dalam kejohanan kali ini. Malaysia tewas (0-3) kepada India yang nampaknya bermain lebih cemerlang berbanding skuad negara.
Tak apalah. Benda dah jadi, yang penting mereka akan lebih berusaha lebih baik pada masa yang akan datang.
Ps: Tahniah juga pada Liverpool sebab menang tadi. Hoho..
4,353 total views, 17 views today
pergh..dpt beat Korea tu..Guma lg teruk sampai 13-0 kena baham..gud luck untuk team bwh 16 ni
Tahniah Bawah 16 thn,,, keep it up
Tahniah pasukan bola sepak Malaysia Bawah 16 tahun… Semoga mereka bakal menjadi pelapis untuk memartabatkan semula sukan Bola Sepak Malaysia…
yang muda jer la nampak naiknyer….
Semoga skuad bola sepak Malaysia bawah 16 tahun terus cemerlang dan tidak menjadi bangang dewasa kelak sebagaimana abang-abang mereka yang dilatih oleh K Rajagobal.
Pergh.. Patut boleh menang besar.. Dalam salji rilex je pakai lengan pendek. Habat2.
tahniah untuk pasukan B16 Malaysia..semoga terus maju jaya
tahniah maybe nilah wakil malaysia akan datang kot
tahniah buat mereka , semoga mereka hebat sehingga mereka besar…;)
sakit jiwa tengok hoki eiiii
Bkn ke keputusan hoki ni malaysia kalah?? Ker aku yg salah? Hehehe..
pelapis yang mantap nih…insha-Allah, ada harapan nak tengok skuad malaysia layak ke world cup…aminn..
potensi dah ada.. harap dapat dikekalkan pemain muda ni..
skuad hoki pula tidak bernasib baik pada perlawanana akhir.. tak kena je keje
Biar betul tu ada salji?
Tahniah.. semoga bertambah lagi kejayaan buat mereka.
harap berterusan la macam ni baru best
aku tengok kalau skuad under 23, 21,16, 17,16 nie mmg power. Tapi tak tahulah, tibe2 hilang lepas dah besar. ade masalah kot dengan sistem bola sepak negara.
itu mmg pasti bro…
pasti ada ruang “kosong” antara pelapis dan senior…harap2 YB KJ dapat tgk2 mana yg boleh
tahniah malaysia, semakin hebat nampak nya
Pelapis untuk masa hadapan ni.. Wah muda2 lagi dah main salji.. aku men salji kat sini je la.. hoho
Harap kecemerlangan ini dapat diteruskan sehingga mereka ke peringkat senior nanti..
setiap yang berlaku patut diambil pengajaran untuk dibaiki
Tahniah U-16. Mmg hebak sbb dapat kalahkan Korea. Siap jadi juara lagi…hebak2!
Moga misi piala Asia 2014 nanti, Malaysia mengaum lebih garang.
Hoki pun ada potensi berjaya teruskan usahamu
Tahniah untuk pasukan Malaysia…