Haha..
Bagi aku gelak kejap puas-puas.
Haha..haha..haha…
…
…..
Okeh. Layan satu gambar dulu..
Oleh sebab aku tak sempat buat ulasan penuh tentang Kelantan membelasah JDT (6-1) dalam suku akhir kedua Watson Piala Malaysia minggu lepas, jadi aku ulas tentang benda inilah yek.
Secara jujur, bila aku tengok bola dengan bapak aku, selalunya kami salah seorang akan pilih satu pasukan. Bapak aku pilih Kelantan, sebab dekat dengan Pahang. Maklumlah, Pahang tu negeri kelahiran beliau. Aku plak, terpaksalah memilih JDT sebab bekas-bekas awek ramai kat sana. Jadi, berteriak la kami dua beranak dan memang aku agak malang kerana ENAM kali kena ejek dengan bapak sendiri. Mak aku plak, jadi pihak berkecuali. Nak geng dengan pengadil pun tak berani. Sebab aku dengan bapak aku memang sedap-sedap aje mengutuk pengadil yang kekadang berat sebelah ke Kelantan dan kejap berat sebelah ke JDT.
JDT (1) – (6) Kelantan.
Keputusannya, Kelantan menang bergaya walaupun tewas di Stadium Larkin (2-4). Dari segi agregat, Kelantan menang. Tapi ini kali pertama aku jumpa dalam mana-mana Piala Malaysia yang pasukan top dalam Liga Super kena belasah kat suku akhir dengan jaringan yang cukup besar. Memang malu besar walaupun aku penyokong tambahan pada malam itu.
Dan aku memang nampak insiden panas tu. Mat Yo memang dikawal seketat mungkin. Dia nak dapat bola, berapa kali aje kalau nak dibandingkan dengan Safee Sali yang sejak akhir-akhir ni mudah dapat bola berbanding perlawanan-perlawanan sebelum ini. Salah satu sebab utama aku sokong JDT sebab aku nak tengok Safee Sali menjaringkan gol. Akhirnya, tercapai hasrat. Gol pun boleh tahan cantek gak. Dan memang sedih, dia tak dapat banyak bola cantek. Macam mana “striker” nak sumbat gol, kalau nak dapat bola kat depan tu pun susah? Dah la pemain tengah, sayap kiri kanan JDT memang hancur malam tu. Pemain pertahanan? Aku tengok Nazri dengan Aidil ajelah yang bagai nak gila kejar bola. Yang lagi 2 orang tu bukan tak kejar, tetapi tak tahulah nak cakap. Senang cakap, barisan pertahanan memang tak menjadi langsung. Β Berbeza dengan pasukan Kelantan yang lebih hebat dari segenap arah. Aku nak ulas pun malas.
Dan bila Mat Yo sampai berdarah hidungnya dan Indera Putra pun boleh tahan nampak macam sengaja nak langgar Mat Yo, datang plak mangkuk ayun mana ntah sampai ugut nak bunuh-bunuh. Bukan ugut Indera sahaja, dengan pengadil-pengadil sekali ko nak rembat ek.
Boy Nazrie.?
- Lu ingat? Lu langsi sangatkah?
- Lu berani, lu turun padang. Lu tak puas hati sangat, kan? Lu gaduh satu sama satu dengan itu pengadil. Dah puas hati, lu sambung plak gaduh dengan Indera Putra satu sama satu.
- Apa barang main upah-upah. Lu tak ada jati diri kah? Lu takde maruah kah?
Kesimpulan.Β
Dekat Facebook, lu berani tulislah bukan-bukan. Lu jumpa satu sama satu. Masa itu, lu baru tahu langit tu tinggi atau rendah. Orang kita sekarang ni, kalau nak berlagak, agak-agaklah. Lu nak hinakah, lu nak kutuk kah, biar bertempat dan berlapik sikit.
Sumber – Sokernet.
** Paling kesian, bila Mat Yo kena ejek dengan penyokong Kelantan. Memang huru-hara taman-taman dalam hati Mat Yo..
Ps: Gua memang pantang bila sukan kegemaran gua dicemari dengan kes-kes ugut-ugut macam ni. Tak patriotik langsung.
5,758 total views, 16 views today
bak kata orang tua – terlajak perahu boleh diundur terlajak kata? tanggung la sendiri…fikir dulu sebelum main tulis dalam facebook…
menang juga kelantan…fuh…
budak2 mmg camtuh…
biasala tu orang baru nka jadi fanatik kan..tp dorang tak ingat mcm mana fanatiknyer penyokong kelantan dulu..siap terbalik trak polis sebijik..hahaha
kalau org ingat sejarah pergaduhan fan terengganu dan kelantan…pasti seram
biasa la tu peminat bola..
1. Indra mmg sengaja siku mat yo..itu yg ambe nampak dan faham
2. mat yo, dengarnya takleh nak ikut ke china utk friendly game..sbb insiden malam tu…kalau betul. ‘baguslah’ indra!
3. kelantan main kat KB, aura dia mmg selalunya lain macam…
4. defender JDT mmg nmpak sangat tak kuat..musim depan, kena beli yg kental2…kalau tak..siaplah
5. budak yg ugut ni, kalau ada yg report polis, mau ketaq lutut..hahaha
6. pengadil…dia pun manusia jugak…hahahhaa
lu langsi lu mati la…syukur…malaysia masih aman…erk
harap-harap aman sampai bila-bila. π‘
ni baru dikatakan bola sepak bertaraf dunia, ada ugut2 bunuh ni, bertambah maju dah bola Mesia ni… π
ai aku tak paham betoi.. hmm..
Tengok pun macam budak2, tulis pun main ikut sedap je…
betul tu..saja suka-suka.. π³
nak cacat kan plak tuh, hebat budak nih, bakal penjahat di masa depan nih
menguna emosi berlebihan. π
mesti tengah cuak budak tuh sekarang…
rasanya macam tu la.. takut orang cari.. π
Yang Indera pun satu hal jugak. Yang tak patriotik dalam sukan aku nampak Indera tu. Yang nak tunjuk gangster sangat apahal. Kalau tengok balik memang dia bagi ‘sedas’ dekat muka Mat Yo tu. Aku pun tak berkenan dengan cara Mat Yo, tapi agak2 la kena penumbuk sulong. Dari dekat Selangor lagi aku tak berkenan dengan Indera ni. Nak main bola buat cara nak main bola. Kalau aku kena tumbukpun aku panas. Hal dekat luar dengan guard tu takda kena mengena dengan Indera ni pun aku rasa. Masa diorg main sama dengan Kelantan pun rasa takda masalah.
Tapi apa-apa pun budak dekat FB ni memang akan kena bahan lepas ni. Haha
Negara kita sedang dilanda dengan kemelut akhlak…
yg pasti pak guard x kenal mat yo..
biasa la budak2 sekarang berani dari jauh je…
Diorang nie emosi sangat. Tapi kalau Mat Yo kene ejek dengan penyokong Kelantan tue, kire normal.
Tengok la mase Luis Figo pindah dari Barca ke Real Madrid. Penyokong Barca siap baling kepala lembu masuk padang mase Figo nak amek Corner kick.
Tapi tak boleh salahkan Mat Yo sebab dy pun kene cari duit lebih untuk mase depan die. Radamel Falcao pun macam tue jugak. Kene pentingkan masa depan.
Walaupun ia melawak tetapi agak kasar. π
betul tu.. kena jaga-jaga juga.
oh tak apa gua main baling bola luar padang sahaja itu pun kalau ada bola yang tersasar ke luar
gurau2 je kot…takkan la sampai nk bunuh π
agaknya.. saje suka-suka rasanya. π
zaman sekarang tak leh memain .. gurau pun kira ugut tu
Kompak anak sama bapak, sama suka bola! Yang sulit biasanya satukan pendapat …. karena bola kalau sudah masuk lapangan harus mau gak mau mengikuti maunya 22 pemain!
Taksub sangat ni. Biasa-biasa sudah.
betl tu.. biasa-biasa sahaja.
adehhh budak2 baru nk up nie kasi report polis baru die kenal erti lokap
menang kalah adat permainan.. nanti kita tengok siapa boleh masuk akhir pula.. π
memang best tgk bola malam tu..siap menjerit kami satu keluarga… rasanya admin fb tu dah buat reportkan..katanya lipas pun dia takut..inikan nak ugut bunuh..agaknya masa tulis hati tengah panas….
Kalau bengang sekalipun, tak perlu la sampai berkicap hidung si Mat Yo tu. Referee nak salahkan dia pun susah jugak. Indra ni pemain lama, dia pandai cover dari ref kalau nak bantai player lain. Bab ni pemain Malaysia memang pakar. Sama jugak bab wayang kaki kena bentes untuk mintak ref bagi kad kat player lain.
Boy Nazrie tu budak bengap mana ntah buat perangai batak tak pernah tengok bola. Emo tak tentu hala sampai nak bagi ugut bunuh.
Bola sepak ni kalau nak main, jiwa kena kental. Penyokong pun sama kena berjiwa kental jugak. Kalau jiwa tak kental, baik duduk rumah tolong mak lipat kain baju.
ada laporan polis ke?
kalau ada memang terbaek la budak tu…
hati2 la bila komen walaupun kat media sosial… boleh masuk dalam tu
begitulah naseb kalo silap langkah dan menjadi kebencian org ( merujuk kpd naseb mat yo.
Apapun, kat media sosial skrg ni bknnya blh buat yg bukan2..kaang ada yg kena tido lokap free2 je kang.
ntahapahape punya minda… buat tergelak eden jo
Latest info kalau tak silap budak nie pun dah buat laporan yang dia bergurau dan cakap kononnya TAKUTkan LIPAS…. ADESSS
hehe baling batu sorok tangan
ko up entry.. esok terus masuk metro ko tahu!!!!!! haha
Bro titan, kalau kau jumpa boy nazrie ni kau tumbuk je rusuk kiri dia.
Adoi. Pasal bola pun sampai nak bunuh orang. Orang Islam mati kena bunuh kat Syria tak pula emosi. Pening betul
adehh.. budak2 zaman sekarang nih… main cakap lepas je…
Sukan bolasepak mmg penuh dgn emosi…
tapi itu yg menyebabkan org suka tgk..
Hahaha..kelaksr gak baca artikel ni..bilampeminat sukan mula mengulas mcm nilah jadinya..hehe..