Ya. Dalam 2-3 hari ini..aku memang tak larat dah sangat nak update blog ke nak layan facebook ke apa sangat. Badan memang tengah lalok sangat akibat demam panas yang melampau.
Sampai tuala yang aku letak kat atas dahi ni boleh jadi suam semula bila terkena dahi aku yang panas tu. Dan semalam memang saat-saat kritikal. Kalau masih tak ok..memang aku kena pergi klinik la jawabnya..
Alhamdulillah..selepas tuam dahi dan kepala dengan air..lap air satu badan selalu..mandi 4-5 kali sehari. Minum air banyak-banyak. Paksa diri makan. Akhirnya dengan izin Allah, demam panas ni dah berkurangan sikit.
Aku selalu kena demam yang biasa-biasa tu. Dan selalu juga dapat demam 3+1 (demam, batuk dan selsema). Tapi bila dapat demam panas sahaja..demam tu datang dengan pakej-pakej tersembunyi. Demam itu akan datang dengan sakit belakang, pening kepala yang menyakitkan jiwa, sakit kepala yang tak tahu dari mana mulanya. dan kekadang, siap mengigau bukan-bukan sampai nak mintak makan makan KFC..
Dan selepas terlepas waktu-waktu kritikal malam tadi, pagi ini dah boleh makan kat kedai. Dah boleh baca surat khabar dan dah boleh layan cerita-cerita mengarut kat tv tu..
Oh ya. Ini bayaran terbaru dari program affiliate Jobdirumah. Kali yang ke 73. Maksudnya ada 27 kali lagi sebelum mencapai target 100 kali bayaran. Mudah-mudahan akan tercapai lagi sebulan kalau aku mampu dapat bayaran setiap hari. HOho..
Siapa yang berminat, boleh daftar disini – JOBDIRUMAH
…
….
Jap. Kawan aku call..
“Ko nak apa?” jawab gua laju-laju.
“Boss suruh tanya..bila ko datang kerja..bila nak siapkan kerja orang lain? Laptop Puan Z tu siapa nak tolong formatkann…siapa nak petik buang mangga muda kat belakang sekolah tu..ko kan berani..aku gayat sikit..kucing boss tu siapa plak nak bagi makan hari-hari..bla..bla..”
Tu dia..senafas aje kawan aku cakap. Tak bagi aku peluang langsung nak celah.
“Wehh..ko dengar tak ni?”
“Tak. Ko ulang balik. Line tak berapa clearlahh…”
HAHA..
** Okeh. Gua nak sambung tidur kejap. Tak larat lagi nih sebenarnya. Masih perlu banyak rehat.
Ps: Bila bukak laptop tadi..rasa blurr aje semacam. Kena tumpukan perhatian, baru jumpa ikon Google Chrome.
2,635 total views, 20 views today
semakin laju bro..maish demam lagi ke
mantap!.. umpan mengena walaupun demam.. 😛
lor… kesiannya sifu demam rupanya… harap segera sembuh ya
kurang vitamin ni…hehee
Memang dah sakit sangat tue, Icon Google Chrome pun tak bape nak nampak..
cari air kelapa… minum air kelapa kalau panas teruk sangat…
*rajin bagi makan kucing boss yerk? huhu~
baguslah tu..ada org cari kalau tak turun kerja..kalau tak ada org cari…ada kemungkinan mereka lagi suka hang tak ada…hahahaha
demam pun rezeki masuk , alhamdulillah…
rezeki demam ni bro. alhamdulillah. rezeki tu berterusan dengan usaha ko yang mantap.
asyik dapat duit jer…. jeles pulok aku dengoooorrr
Patutler aku masuk asyik tak berupdate je. Ni dah sehat ka?
bagus la tu..
aku dah kata dah
ni kena cari orang untuk bermanja dan sediakan ubat2 ni
moga segera sembuh hendaknya
ubat demam nie hahaha
dapat idea . sat gi saya nak buat post pasal demam
post sudah siap untuk lu bro.
dah daftar, tapi sempat nak mencari job…sibuk dengan baby…huhu
Farid Adam ajak kita terjah..Kenapa Status Glitterati Bertukar Ke Non Glitterati?
Memang serasi jdr ni dgn bro
Alhamdulillah bro dah makin sihat dan tahniah rezeki dariNya terus berjalan.
alhamdulillah,
semoga cepat sembuh 😀
ps:saya cemburu tahap gaban 😮
Semakin hebat bro kita ni…gua ni sangat sukar nak dpt satu komisen pun susah. Semuanya bro yang sauk. he…he…
Semakin jelous gua sama lu….semuanya disapu…makin kecik pula peluang nak tambah komisen ni….
Wahhh kritikal gak demmanya ni..hahaha..tahniah2..kadang2 suka kadang duka bila orang lain dapat komisen macam ni..hehehe