Ya.
Isu macam dah basi.
Ini isu dari zaman 2003 lagi.
Diperhangat dan dipersensasikan dengan ganas sekali pada tahun ini.
Dan sebenarnya aku malas sangat nak layan isu ni.
Sebab kalau korang tahu “CARANYA”, benda ni takkan jadi isu besar.
Meh aku bagitau, mengapa “blogger melayu” susah sangat nak dapat job?
1. Kurang ilmu, kurang skill dan malas. Asal boleh aje..
Pastikan blog lu cukup ilmu. Kalau rasa tak berapa cukup, korang mesti pandai ilmu berpura-pura. Korang mesti nampakkan blog korang tu nampak lebih profesional, korang kena bagi blog korang lebih hebat tak kesahlah dari segi teknikal atau taktikal. Dan memacam lagi. Tak pandai, tak apa. Tapi, korang MESTI tahu apa kriteria yang diperlukan untuk pastikan korang boleh dapat job.
Kebanyakkan orang kita tersangat CETEK ilmunya. Sebab tu, susah dapat job. Susah nak approach advertiser. Susah nak tackle advertiser. Susah nak “paksa” orang lain SHARE peluang pada kita. Senang cakap..hampir 90% blogger melayu memang FAIL bab ni. Yang 10% tu, memang cukup geliga dan pintar putar alam inilah yang pandai kaut semua peluang tu dan makan sorang-sorang.
Aku salah seorang yang suka makan sorang-sorang. Dan ramai lagi yang suka makan sorang.
Dan korang MESTI faham. Mengapa ramai orang suka makan sorang-sorang?Β Dan kalau kongsi pun, kongsi dengan orang yang mereka boleh percaya sahaja. Jadi, tak payah nak meroyan sangat mengapa mereka semua ni tak nak kongsi “PELUANG” tu dengan korang.
Bukan diorang riak atau kedekut nak kongsi ilmu. Mereka ada sebab. Dan ada sebab tu, mereka TAK BOLEH cakap secara terus terang dengan korang atas pelbagai perkara. Dan ada sampai satu tahap, nak belajar satu ilmu mudah tu, korang kena bayar.
KOrang kena faham. Kenapa kena bayar? Kenapa kena beli ebook itu dan gi bengkel ini?
Sekali lagi, kasi mantap diri dan blog dulu. Kalau semua tu bagus, aku tidak hairan jika korang dapat banyak job tiap-tiap bulan.
Kalau tidak, tanya diri korang. Sejujur mungkin.
“Aku layak ke tidak dapat job itu sebenarnya?”
Aku mohon, korang faham. Dan korang MESTI faham.
2. Berlagak tak kena tempat.
Ya. Orang kita berlagak. Ilmu takde pun nak berlagak. Ada ilmu pun kekadang, berlagak tak kena tempat. Bila orang tak bagi peluang atau job pada korang..korang naik tocang bagai nak rak. Meroyan sana-sini tak kena tempat. Update status kat facebook. Perli blogger tu, perli blogger ini.
Bila dapat job..riak semacam macam minta penyepak. Dan bila tetiba 2-3 minggu tak dapat job baru..mula cari orang lain untuk dipersalahkan. Blogger tu kedekut nak bagi job, advertiser tu takde duit, syarikat tu tak bagus dan memacam lagi.
Beb..lu tengok diri lu sendiri.
“Apa pasal orang benci sangat nak bagi lu JOB lagi??
Dan bila ada orang hentam hang dan sememangnya hang memang patut kena hentam. Hang pulak nak meroyan. Beb, kalau betul hang patut kena hentam. Terima hakikat. Belajar dari hentaman tersebut untuk jadi blogger yang lebih baik. Tak payah nak BOB reverse kat orang yang hentam hang. Ingat orang makin suka dengan hang ka bila hang dok BOB dan KEBOBOB tu semua?
3. Suka mengikut.
Apa orang buat, dia ikut. Aku tak kata salah korang selalu follow blogger sana-sini atau menempel dengan blogger sana-sini untuk bantu korang dapatkan job. Tak salah. Itu salah satu cara terbaik untuk senang dapat job. Membina rangkaian adalah salah satu cara paling pantas untuk berjaya dalam apa jua target yang korang mahukan.
CUMA..akan sampai satu masanya, korang kena gerak sendiri. Korang kena cari job sendiri. Korang kena hantar proposal sana-sini. Korang kena tebalkan muka untuk minta job. Sampai bila korang nak tagih orang bagi job kat korang?
Sekali lagi, sampai BILA?
Kalau takut buat sorang-sorang. Create group. Buat kumpulan yang ada cita-cita yang sama. Gerak sama-sama dan cari kerja sama-sama. Bantu group sama-sama untuk lebih berjaya dan cemerlang. Bina syarikat sama-sama yang lebih gemilang.
Itu lebih baik daripada dok buat kerja sorang-sorang dan dok mengeluh dari awal tahun hingga akhir tahun.
4. Terhad pada satu cara sahaja.
Nak buat duit dengan blog ni..bukan satu sumber sahaja. Ada banyak cara dan tekniknya. Jangan terhad dengan cara “minta job” atau cari job dengan cover event sahaja atau buat advertorial sahaja. Sampai satu tahap, benda ni akan jadi TEPU. Sekarang pun..aku tengok macam dah nak tepu.
Corakkan dan tambah sumber pendapatan korang. Dengan tulis blog, tulis advertorial..tulis review. Takkan bagi korang banyak duit dan tak boleh dijadikan satu sumber pendapatan utama. Pelbagaikan. Cipta banyak servis. Cipta banyak perkhidmatan. Tambah skill. Tambah teknik. Masa ni..apa jenis job pun senang nak dapat. Percayalah. Masa ni..semua orang akan cari korang. Sampai satu tahap..korang pulak terpaksa bagi alasan sebab terlampau sibuk. Sibuk dengan kerja yang tak siap-siap.
5. Dan lain-lain lagi.
Aku boleh tambah lagi. Tapi aku sendiri dah rasa menyampah cerita isu ni. Sebab nampak sangat blogger kita tersangatlah TAKSUB dengan benda job-job ni. Tak ada JUTAWAN yang terhasil dengan cara begini. Tak ada orang kaya raya dengan cara ini. Tak orang cukup selesa dengan kerja-kerja “job” ini.
Tapi jutawan dalam bidang servis, affiliate, advertising dan marketing, jual produk dan memacam lagi. Ya, yang ini memang ada yang terhasil walaupun tak berapa ramai. Siapa? Cari sendiri. Malas aku nak cerita.
Kesimpulan.
Aku tak salahkan blogger kita guna cara ini untuk dapatkan duit dari blog mereka. Sebab benda ni sedang menjadi “TREND” buat masa sekarang. Orang kata, sementara benda tengah panas. Sambar aje. Jangan banyak cekadak. Masa inilah nak pulun duit. Masa inilah nak kencing Advertiser dan PR. Masa inilah nak tekan duit. Kalau tak, bila lagi kan?
Tapi sekali lagi aku ingatkan, sampai bila?
Jika korang serius dengan blog korang. Tukar “MINDSET” korang untuk lebih serius buat duit dengan blog. Yang pakai blogspot tu, bertukarlah ke dot com. Bukan aku kata blogspot tak boleh pergi jauh. Tapi hakikatnya memang susah nak pergi jauh. Korang kena usaha berkali-kali super ganda untuk capai apa yang korang nak. Beli domain dan hosting. Usaha untuk jadi lebih profesional. Tambah skill dan teknik. Belajar cara promosi, banyakkan membaca dan asah skill penulisan. Selepas itu, percayalah..orang akan respek korang atas sebab SKILL korang dan jadi diri sendiri.
“Bro..aku guna blogspot sebab nak jadi diri sendirilah punya pasal.”
“Okeh. Tapi aku tak nak SEKALI pun dengar ko merungut lagi sebab susah nak dapat job. Boleh?”
…
….
Tak sampai seminggu, itu budak sudah mengeluh macam-macam menda dan semacam mahu mintak kena terajang.
Tapi kalau korang dah selesa jika dapat duit sana sikit, sini sikit. Dapat seratus dua ratus pun tak kesah. AKu minta satu aje. TOLONG JANGAN mengeluh kat blog atau facebook korang dengan macam-macam benda termasuklah isu tak cukup duit tiap-tiap bulan, isu susah nak dapat job, isu advertiser kedekut, perli bukan-bukan, isu kena tipu dengan orang sana-sini dan sebagainya. Sangat menyampah. Sangat mengerikan. Sangat kelakar. Kalau nak mengeluh ke, kalau nak sentap ke, kalau terasa ke..kalau rasa nak meroyan ke. Pendam aje dalam hati. Tolong. Lebih baik, korang buat kerja dan cari kerja yang boleh membantu korang dapat duit banyak-banyak tiap-tiap bulan.
** Inilah salah satu sebab mereka-mereka yang dah berjaya tu..yang banyak duit tu, yang kaya raya tu..meluat nak bagi job kat blogger melayu kita ni..suka mengeluh. Buat kerja malas. Kalau wat kerja, ala kadar aje..
Ps: Kepada yang PM aku dan tanya soalan ni, ini jawapan aku. Moga hang puas hati.
7,354 total views, 44 views today
Aku ada baca di group tadi.. memang banyak sekarang yang mengeluh.. Aku suka dengan cara aku sekarang, bagi aku explore betul2 dunia blogging.. Tak guna aku nak tonjolkan diri sangat.. Aku rasa BODOH sebab terikut-ikut cara orang.. Cara aku dunia aku.. hoho..
setuju tu sampai bila nak mengikut orang? sampai bila ?
saya setuju dengan bro… buat cara kita sendiri dan cipta sejarah kita sendiri. Lebih bagus. Sekurang-kurangnya untuk anak cucu kita nanti
aiseh, den tak up to date sangat ngan isu ni.. haha ini macam pun ada ka.. BOB betul..
Apa nak kisah, blogger MELAYU suka job free, sebab dah ajar Advertiser makan benda free sejak dulu lagi. – mohon ada yang terasa.
Inilah dia hal nya yang banyak senior2 dok bising.Kesan nya sekarang, susah nak dapat JOB, pergi tonton filem Job nuh hahaha… πΏ
betul tu che Man.. ada blogger yang suruh orang lain tak pergi event free, tapi dia pun suruh kita gak camtu.. achaner?
yup jangan mengeluh.Allah pun tak suka
Jelas.Tanpa prasangka.
ooo mcm nie ka sebab nyer
hahah.. terbaik bro… nasib baik saya bukan dari jenis yang fokus duit dengan blog yang ke arah tu… mcam x percaya.. dalam dunia blogging pun ada yang dengki mendengki antara satu sama lain.. hahahahh
Terbaek Cikgu Titan!.. Moga jadik inspirasi kepada blogger2 yang dok terkejar2 duit tuh sangat..
dah macam isu panas lak nampak. Ada juga ke jenis blogger yang hasad dengki cam tu. Aq pun bukan lama dlm dunia blogging tapi bab2 duit melalui blog tak kejar sgt. Kalau dapat tu okey laa rezeki jgn ditolak. Lagipun aq buat belog dari suka2 berkongsi selagi aq mampu menaip kat keyboard nie.
p/s: Orang buat belog nak buat belog juga. Pastu tak reti nak duduk diamx2..
haaa… aku tngok time bro komen kat post fb tuu pun aku dah syak “siap la sume nanti, abam besar udah datang” haha.. sekali bagi, nah… yang terasa, insaf2 leee
Ha..siapa yang terasa tu. Insaflah. Ini utk kebaikkan orang kita juga. Aku memang sokong apa Titan tulis ni.
ambil yg jernih..bunglah yg keroh tu..kalau tak ubah macam mana nak berjaya..
Kesimpulannya Just Do It. Jom buat kerja.
bila niat tak baik, guna cara yang terbaik pun belum tentu dapat keberkatannya
tak tau nk cakap apa bab makan sorang hak masing2 kot
tak elok la mengeluh pasal job, pasal duit blog
kalau hari tak hujan, kita kena usaha ambil air siram pokok bunga
sampai begitu sekali yer , hmm…
kena buat yang terbaik bila diberi job. Jangan mengeluh dan jangan hentam orang kan sifu, terbaik.
kadang kadang advertiser pun mengada ngada jugak. banyajk pemilihan mengikut bangsa dan jantina. pastu yang lelaki macam kita ni la jugak terabai. sedih jadi lelaki kalau bab ni, tapi kalau bab lain seronok jadi lelaki
hehehe
bina ‘rumah=isi dalam blog’ yang kukuh dulu.tu yg penting..
Sy dpt bnyk job tp xlarat nk buat sume even dgn blogspot. Mcm2…
jangan terlalu mengharap apa yg penting minat dan passion insha allah berjaya
hehee..memacam ye..baik aku buat duit sesenyap..advertiser biar datang kat aku..itu lagi best.:D
sokong sgt2..blogger melayu asyik nk kje sng je…usaha malas..huhu
Macam biasa la,kena buat kerja dulu la kan
Pedas weh pedas…
wah pedas kalau nak lebih bubuh lada hitam sedap masak asam pedas melaka.
Samalah aku pun nak mantapkan blog aku dulu. Lepas tu kalau ada rezeki inshaa Allah
sentiasa rasa bermotivasi bila baca entry ni..thanks bro..memang terbaik!…
cari jalan lain.. ada banyak cara… cuma kita jer yang tak mahu fikir luar kotak..
Adeih… Ini entri manyak hot wo!!! π
Hohoho garangnya ko…blanje cendol satu
Buat style kontraktor maa redah mana – mana company jumpa orang yang sepatutnya untuk promosi service
mesti berdaya saing dan berani mencuba jangan kasi redah…
blogger melayu utamakan duit dari kualiti penulisan…
blogger melayu ni poyo jer lebih… kahkah…
Aku suspect ada jangkitan virus nak cepat kaya, sebab tu mula mengeluh dan cakap yang bukan-bukan ni
memang tabiat mereka macam tu!..tak sama kepala
Jangan mengeluh. Tengok diri kita apa yang kita dah buat. Kalau malas, mana nak dapat job kan bro. macam aku la. haha
bersemangat tol aku baca entri ni..dah mcm aku membaca dgn suara lantng, sambil tunjuk2 jari telunjuk kat muka blogger yg perangai cam x btol ni..hahaha
Marvelous…awesome..hahaha..panjang namun tak terlepas satu patah perkataan pun dari mata ni..terima kasih untuk nasihat yang sgt bwrgunani..walaupun sya tak tanya, jawapan yang encik titan bagi ni umum dan ada gak terkena dengan diri saya..hahaha,.sekali lagi..terima kasih..huhuhu..lepas ni kena buat kerja dan buat kerja..jangan banyak alasan..huhu
Ishh, garangnya! π
Tidak mengapa, nanti saya belanja cendol ya. π
menarik betul..terima kasih atas perkongsian..
Padu bro. Enough said. Tabik satu kali.
sukar utk ditelan tp itu la realitinye..renti2 kan la perangai buruk tu..buat malu org melayu je..huhu
terbaik punya karangan sifu.ulasan panjang lebar sifu π π
Kpd mereka-mereka yg berkenaan, tak yah kecoh-kecoh bab ni.
Pegi studi bab blog rajin-rajin.
Agak-agak kalau terer, belajar dari blog-blog org yg dh berjaya, cedok dan sedutlah sekuat hati…tak der org larang pun. Itu pun kalau terer la analisa teknik di blog org lain.
Agak-agak kalau tak terer tu, beli jerk ‘kitab pinky’ atau beli jerk mana-mana ebook atau pegi ja join seminar. Lagi cepat pick-up.
Tu jerk…kbai. :p
Fuyooo…
Terbaik dari cikgu yang garang nie…
Kalau org rasa lu bagus..blog lu bagus..kira lu layak so orang akan bg job dgn lu..apa nak bising bising x dpt job. Amenda la..
Bila abg besar bersuara..ambik ko…terus hotline…apapun minum cendol banting dulu kadi sejuk…
walaupun aku dah komen entry ni tahun lepas…aku nak komen sekali lagi tahun ini pula dan mungkin tahun depan jugak….benda ni akan bermusim..sebab kita dah tahu perangai orang kita….tengok tahun depan akan ada balik isu ni….k.bai..tahun depan aku akan datang balik komen dekat sini…hahahaha
toi tu.., paling menyampah bab up status isu negetif dunia blog..,mcm semua dkt facebook tu paham isu dunia blog..,
mcm takde live lain lak.. =)
worthy to read bro. bravo! ini memang nice artikel punya. sejak aku bertukar ke wordpress ni, ibarat one step forward la. memang banyak benda baru aku explore. banyak gila premium plugin yang mudahkan kerja. kira dah jarang update sebab cari ilmu kejap dalam dua bulan ni. kahkahkah
betul. Bidang apa pun perlu ada ilmu dan skil yang mantap. Serta confidence diri yang tinggi baru orang percaya dengan keupayaan kita