Dalam 1-2 bulan ni..
boleh tahan rajin gak aku gi tengok wayang dan layan filem.
Drama korea terpaksa tak tengok sebab nak download memang susah. Line internet sangat huru-hara. Lagi 10% nak habis download, tetiba putus. Nak sambung balik, kalau guna hotfile, memang tak dapatlah. Kalau direct download dari server, itu lain cerita. Kalau guna 3rd party, memang beginilah makanannya.
Okeh. Ini antara filem yang aku layn. Aku yakin, ramai juga dah tengok.
1. Thor 2.
Entah apa nama penuh filem kedua pasal Thor ni, aku tak ingat. Tapi cerita pasal Thor jugaklah. Bagi aku, filem pertama tetap best. Filem kedua, memang susah nak jadi lebih best dari yang pertama. Tapi filem kedua Thor ini, tetap “one piece”. Terbaik juga. Thor memang watak yang tak pandai buat lawak. Senang cakap, dia memang skema habis. Sesuailah kalau jadi leader. Jenis susah nak nasihat tetapi cair dengan perempuan. Haha..
Loki. Aku banyak belajar dari watak Loki ni. Dalam cerita ini, dia memang jahat. Dah bunuh ramai orang kat Bumi. Tapi bila balik planet asal mereka, cuma kena jail aje. Maklumlah, anak raja. Politik sikit, cuma kena masuk dalam jail aje. Siap boleh plak emak dia datang melawat walaupun cuma hantar imej aje. Paling kelakar, mak Loki dan juga Thor ni, hantar buku untuk Loki membaca. Dari sini, aku dapat buat keputusan. Seburuk atau sejahat mana pun korang, emak korang akan sayang kat korang. Dan satu lagi, emak korang memang SUKA tengok korang membaca buku.
Jadi, banyakkan membaca. Emak korang mesti suka.
Ending cerita Thor 2 ni agak kelakar. Tapi part paling ramai terkejut, Loki. Celah mana dia boleh hidup balik??
2. Vikingdom.
Cerita pasal orang Viking. Yang dari bacaan aku memang suka pegang kapak dan tukul untuk berperang. Dalam cerita ni, memang ramailah orang mati kena hayun dengan kapak. Serius, memang ada nampak real dan ada juga nampak macam mengarut. Orang jahat dalam cerita Vikingdom ni, adalah Thor. Haha..pelik dah aku tengok. Thor ni kejap baik, kejap jahat dalam filem yang berbeza. Mana satu jalan cerita yang betul, aku tak tahu. Nama pun filem, mengarut pun orang akan tengok jugak.
Senang cerita, hero dalam cerita ni..adalah anak Thor. Haha. Pelik, tapi itulah hakikatnya. Anak Thor inilah yang halang niat jahat bapak dia. Macam mana dia halang? Korang kena tengok. Tapi bagi aku, filem ini patut lagi panjang. Terlalu senang anak Thor ini kalahkan bapak dia. Tak nampak susah mana pun. Dari mula sampai habis..susah aku nak tengok anak Thor ni tak kalah dalam mana-mana scene. Memanjang menang aje. Maklumlah, hero filem ini kan? Hujung cerita, hero mesti menang. Bapak dia..of courselah kalah.
Senang cerita, aku boleh faham cerita ini. Terlalu mudah dan tidak memeningkan kepala. Tapi bagi aku, kurang menarik kalau dibandingkan dengan mana-mana filem yang lebih kurang macam Vikingdom. Serius, aksi berlawan si Yang tu lagi menarik aku tengok berbanding anak Thor lawan dengan bapak dia. Si Yang itulah penghidup jalan cerita. Lawak dengan cakap cinanya tu. Yang lain, serius..memanjang serius aje. Bosan gak aku tunggu bila nak habis cerita ni.
Kesimpulan, jalan cerita agak bosan. Tapi, bolehlah menghiburkan hati sikit.
3. Gravity
Not bad. Yang berlakon pun, macam tak sampai 10 orang. Aku tak kira, tapi memang kurang dari itulah. Tapi, jalan cerita memang padat dan padu. Cerita ni mengisahkan tentang bagaimana seorang wanita yang kehilangan kawan-kawan dia ketika dia kat angkasa lepas. Maksudnya, luar Bumi. Misi apa? Aku tak berapa perasan. Tapi cerita ni nampak lebih padu bila perempuan tu terpaksa “STRUGGLE” untuk balik ke bumi. Terpaksa guna tangki oksigen tu untuk terbang dari satu kapal angkasa ke satelit dari China tu. Peh..kalau betul boleh buat macam tu, tak tahulah. Aku sendiri tak tahu nak cakap sebab tak ada pengalaman terbang kat angkasa lepas.
Serius, cerita macam ni memang aku suka tengok. Sebab aku sendiri belajar bab graviti ni. Cerita yang ada kaitan dengan sains, fizik dan geografi ni. Memang mainan aku. Sebab aku belajar semua tu masa aku ambil ijazah Geologi ย kat UMS. So, senang cakap cerita ini ada kaitanlah dengan tajuk filem. Gravity. Gravity, boleh jadi benda yang menggembirakan dan dalam masa yang sama, boleh jadi satu perkara yang agak menggerikan.
Paling kelakar, bila wanita tu berjaya selamatkan diri dan pod kecemasan tu landing kat laut tu. Dia boleh keluar tanpa sut angkawasan dia tu..dan berenang ke tebing. Dari segi logik, memang mustahil untuk lakukannya. Tapi kalau nak cerita bab adrenalin yang ada kat dalam setiap tubuh manusia, itu adalah perkara yang tidak mustahil. Kesimpulannya, aku suka cerita jenis macam ini.
4. The Machine Girl.
Filem Jepun. Agak mengarut. Cerita bagaimana seorang kakak yang kematian adiknya akibat kena buli dengan anak ketua yakuza. Aku rasa macam dah kembali ke zaman ninja. Ketua Yakuza tu dah macam cerita ninja plak. Dan yang paling kelakar, kakak tersebut hilang tangan kirinya sebab kena potong dengan ketua yakuza tersebut apabila cuba membunuh anak ketua yakuza tersebut. Dan dengan pertolongan suami isteri makenik dalam cerita ini..kakak tersebut dapat tangan ganti yang berbentuk mesingun. Jenis boleh tembak punya. Memang mengarut dan TAK SESUAI untuk ditonton oleh kanak-kanak sebab terlalu ganas. Darah memancut-mancut, kepala kena potong, kena tembak dengan peluru sampai hancur muka. Okeh, agak mengerikan.
Banyak sebenarnya cerita jepun macam ni. Kalau korang pernah tengok Battle Royale 1 dan 2, korang boleh layan cerita ini. Dari segi jalan cerita, agak straight forward. Kisah balas dendam. Tapi kalau banding dengan Battle Royale atau Death Note, memang langit dengan bumi. Senang cerita, korang tak payah tengok. Sebab aku pun tengok tak habis. Dah boleh agak macam mana penamatnya. Haha.
5. Chennai Express.
Haa..filem hindustan. Shah Rukh Khan berlakon. Heroin dia aku tak kenal. Ya, cerita macam 3 jam lebih. Tapi asal diorang nyanyi aje, aku terus check email atau layan facebook kejap. Dah habis part nyanyi-nyanyi, aku layan balik ceritanya. Cerita Chennai Express ni takdelah mengarut sangat. Straight forward juga dan lebih kurang aje dengan kebanyakkan filem hindustan yang lain. Tapi aku boleh kata agak menarik. Mungkin sebab Shah Rukh Khan yang berlakon. Kalau orang lain..mungkin tak berapa best. Bagi aku, Shah Rukh Khan still terbaik.
Cerita ni bermula apabila Rahul (lakonan Shah Rukh Khan) yang hendak buang abu mayat atuk dia kat satu tempat. Aku tak ingat. Susah nak sebut. Tapi Rahul ada misi yang lain. Dia nak pergi Goa untuk buat bisnes dengan adik-beradik dia. Tapi bila dia naik keretapi Chennai Express tu..dia terlibat dengan satu kejadian dimana dia kena tangkap dan tiba-tiba kena paksa kahwin. Dari sini, plot cerita jadi lebih menarik dan best. So far, cerita ni tak berat kalau nak dibandingkan dengan Kuch Kuch Hota Hei dengan Kabhi Kuchi Kabhi Gham atau Slumdog Millionaire atau Krishh 1,2 dan 3. Tapi..still salah satu filem terbaik lakonan Shah Rukh Khan.
Demm..nampak sangat aku suka tengok filem Hindustan. Nak buat macam mana, bapak aku memang peminat filem Hindustan. So, like father like sonlah jugak. Haha..
6. Rest in Peace Department (R.I.P.D)
Filem ni memang mengarut. Aku malas nak ulas sangat. Cerita ni sangat mengarut.
Ahh..memang mengarut. Tapi aku malas nak review sangat filem ni. Untuk hiburan mengarut, korang boleh layan cerita ni. Kena kumpul emas untuk bukak pintu neraka dan bebaskan orang yang dah mati untuk hidup semula. Okeh, memang mengarut. Walaupun jalan cerita memang kelakar, tapi masih mengarut bagi aku. Demm..mengarut betul.
7. The Internship.
Okeh. Cerita ni sangat sesuai untuk semua blogger yang jenis nak buat duit untuk ditonton. Jalan cerita memang straight forward tapi penuh dengan kata-kata semangat yang boleh memberikan semangat agar korang tidak putus asa. Memang ada “scene” yang sangat melampaui batas. Aku tak tahu pawagam kat Malaysia lepas atau tidak “scene” itu. Tapi..scene itulah yang bukak mata budak-budak “nerd” tersebut untuk tahu tentang “keajaiban dunia”. Serius, ini bukan cerita budak-budak. Ini cerita orang dewasa.
Kesimpulan, aku banyak gak belajar point-point bagus dalam filem ini. Soal masa. Masa tak boleh dibeli, tapi boleh dikawal jika kita tahu caranya. Maksud “kawal” atau “manage” tu..korang kena sendiri fahamlah. Takkanlah aku nak terang. Dan satu lagi adalah kerjasama. Semangat berpasukan. Dalam dunia ni, kita tak boleh hidup sorang-sorang. Macam blog-blog aku. Tanpa pengomen, tanpa pembaca..betapa hebat mana pun skill penulisan aku..takkan ada apa-apa makna jika blog itu tidak ada pembacanya. Sebab itu hal-hal teknikal perlu kita belajar. Sebab itu hal-hal coding dan SEO perlu kita tahu. Barulah blog kita tu ada nilainya yang tersendiri.
Senang cakap..cerita ni ada kaitan juga dengan syarikat Google yang popular tu. Not bad cerita ni. Menarik.
8. The Flu.
Malas aku nak cerita. Dah penat dah. Tapi cerita ni menarik. Wajib tengok. Hero dia kacak. Heroin dia comel. Filem agak berat sebab cerita tentang wabak selsema. Siap “declare” darurat lagi. Siap nak berperang dengan pihak US. Hampir dah nak kena bom dengan pihak US. Tapi perdana menteri sempat halang apabila “vaksin” berjaya dijumpai pada saat-saat terakhir.
Senang cakap. Filem ini best. Tersangat best. Jalan cerita pun best. Overall, memang terbaik.
Kesimpulan.ย
8 filem berjaya ditonton dalam 1-2 bulan ini. Tapi banyak benda aku belajar. Menonton filem bagi aku bukan sekadar hiburan. Ia lebih kepada membuka mata dan fikiran aku untuk kenal dunia yang penuh dengan benda-benda mengarut tapi ada nilai yang berharga, kegembiraan yang tdak terbatas dan harapan yang tidak akan putus sampai bila-bila. Yang penting, jangan putus asa. Dunia sentiasa terbuka kepada kita. Kegembiraan tidak datang dengan sendirinya. Kita mesti berusaha untuk mencapainya.
Memang duit dikatakan tak boleh beli kebahagiaan atau cinta. Tapi, dengan duit..kita boleh buat orang yang kita sayang, lebih bahagia dan lebih cinta kepada kita. Ya..ya. Orang akan kata aku mata duitan. Beb..mas kahwin pun kena bayar pakai duit tunai. Dan..
“Ko boleh kata duit tu tak berharga? Tak boleh beli cinta?”
Tanpa duit kat dunia ni..korang takkan boleh bayar bil elektrik dan beli nasi kerabu kegemaran korang tu. Tanpa duit sekarang, korang tak boleh nak belajar kat universiti. Tanpa duit..korang nak wat kenduri kahwin paling cikai pun boleh buat korang pecah kepala.
Aku tak katakan duit itu segala-galanya. Cuma kita berdepanlah dengan realiti. Dunia sekarang, duit ada nilai tersendiri dalam terma dan syarat yang berbeza.
Bla..bla..dan bla….
Okeh. Aku dah mengarut jauh sangat dah ni.
…
….
Sila abaikan artikel ini.
** 8 Filem dalam masa sehari. Okeh. Itu aku temberang aje. Haha.
Ps: Inilah salah satu sebab aku tak berapa suka buat review filem dan drama. Kekadang..mengarut jauh sangat bila masuk bab kesimpulan. Demm.
8,851 total views, 1 views today
memang superb! blog +tonton + dikongsi bersama, tapi gosip pasal cerita vikingdom tu ada orang cakap x best sangat.. hahah ntah ler.. terrr terrr…
Jalan cerita memang tak berapa best. Ceritanya tak berat. Ringan bagi aku. Ayat-ayat kacak pun tak ada. Part lawan yang last-last tu jela yang best tengok. Itupun, part si Yang tu. Itu best. Yang lain..bolehlah..
Senang cakap, jalan cerita dia terlalu mudah dan terlalu sekejap.
heabt bro boleh menafsir filem..tp mmg betul setipa yg dipaparkan ada mesej..anatar kita sedar atai tidak sedar
dalam 8 filem yang direview ni, aku macam nak tengok Thor (pasal minat komik Thor) dengan cerita The Intership (pasal macam kelakar je). Vikingdom… hm, lupakan jelah. ๐
dalam banyak2 tu aku minat nak tengok Thor n Internship je..Internship dah tengok, ok la..jalan cerita, banyak yang boleh belajar secara direct atau indirect..perasan atau tak je.
8 filem ko tgk tan?? perkh..perkh..perkh..!!
Tp kan..dlm 8-8 filem yg ko dah tgk tu, 1 pun blom aku tertgk lg! Muahahaa..
perghhhhhh…tahan gk mata lu skali harung sumer ni..hehe
Minggu ni aku tak tengok filem lagi. Tak sempat nk download. Terima kasih sebab buat review 8 filem ni. bleh aku pilih mana satu nk download..
yang cerita jepun tu mcm best je..mcm best je..
Terbaik titan… review 8 filem dalam satu post. jarang orang buat. imaginasi kena tinggi.
rajinnya tengok film.. den memang tak layan dong
filem internship kat wayang dia delete banyak scene kat pub tu hehe cerita org besar. Thor 2 pun best jugak
Another film yg best, escape plan. Ala2 prison break…
Internship mmg best tp part “scene” tu mmg spoil. Tgk ngan anak sedara, terus tu tutup monitor bila masuk “scene” tu. Damn!
Kepercayaan orang viking memang berasakan mitos Odin. tak tahu la pulak Thor jadi jahat. Dalam cite The Mask pun, Loki yang jahat
esok den nak dating dengan wife tengok citer Thor…=)
lu ni dah gila aku rasa..hahahahahahahhahahaa ๐ฟ
RIPD filem paling mengarut..tertidur tengok..tak ada yang menarik..
haha.
tau takpe. Memang mengarut sungguh.
saya pernah dengar orang tengok filem 5 kali dalam sehari di pawagam..dalam marathon filem..
banyak yang gua tak tengok nih cumaa, i say vikingdom gua macam rasa hampa lah
Dahsyat marathon sakan ni. Bro cuba download cerita korea pakai torrent pula. Kalau putus connection pun boleh sambung donwload balik.
dah tak berapa minat dah download pakai torrent melainkan terdesak. haha..
8 filem…lu mmg terer…gua nak habiskan satu filem pun payah…hahaha…lain kalau drama korea..lehla layan ngn org rumah gua tu…hehe
Ada juga masa layan movie, aku dah susahlah ada anak ni
panjang entri ni
letih aku baca dari atas ke bawah
tak layan layan lagi citer vikingdom tu
Habis juga aku baca review yang kau buat. Tapi aku peminat filem Tamil he..he..he..Satu benda yg aku balajar kat sini, kau buat tajuk pelik..Mula2 aku fikir betul ke Titan ni tengok 8 filem sehari.. 8 x 2 jam – 16 jam. Takkan nak buang masa lebih kurang 16 jam tonton filem. Jadi inilah yang dimaksudkan oleh HasrulHassan dalam entrinya ‘hasilkan entri pelik…..’
Semua filem ni hebat belaka. Layan habis lah lu…
ha kalau mengarut tetap di tulisnya panjang-panjang. boleh juga kita sebagai pembaca buat simpulan.tapi takdone nak tengok semua ada satu ke dua saya sempat tengok.
Woi dekat planet Thor pun ada main kroni kroni keeeee
Emm boleh kongsi tak?bak sini satu cerita nak beli mahal..hehe..