Okeh.
Nampak ketara sangat dah kan?
Untuk perlawanan final Piala Malaysia Watson 2013 ini..memang aku memilih pasukan Pahang untuk menjadi Juara Piala Malaysia kali ini. Salah sebab utamanya adalah kerana Abah aku orang Pahang. Jadi, separuh automatiknya aku kena menyokong Pahang dan sememangnya aku penyokong Pahang sejak aku kecil lagi.
Sejak zaman aku main “BOLA TEPUK” dulu pun, aku lebih berat memilih pasukan Pahang berbanding pasukan Selangor. Dan biasanya kalau kita orang buat liga bola tepuk ni, memang pasukan Pahang yang banyak menang berbanding ketika aku guna pasukan Selangor.
Tak tahulah kenapa. Haha..
Disini aku senarai pasukan yang memang aku akan sokong selalu..
1. Selangor FC
Sebab aku lahir kat Banting, betul-betul atas talam nenek aku kat Kg. Olak Lempit..jadi memang aku ini anak kelahiran Selangor. Jadi, kira derhaka kalau aku tak menyokong Selangor tak kiralah dalam apa jenis sukan sekalipun. Dari zaman Azman Adnan, Mehmet Durakovic dan Safee Sali sehinggalah juga zaman kegemilangan Amri Yahyah sekarang. Pendek kata masa tu, memang hafal habis semua pemain Selangor termasuklah pemain simpanan sekali walaupun taklah berapa popular sangat. Haha..
2. Pahang FC
Sebab abah aku lahir kat Pahang, secara gembiranya aku menyokong Pahang. Lagipun, aku memang kagum gila zaman Khairul Azman Muhammad, Dollah Salleh dan Zainal Abidin masa mereka menyarung jersi Pahang dulu. Ada 3 orang ni..memang aku kagum gila. Kena plak zaman tu ketiga-tiga mereka menyarung jersi kebangsaan. Jadi, memang menjerit sakan ajelah bila tengok kelibat 3 orang ni masa tengok bola kat tv atau stadium.
3. PKNS FC
Pasukan adik kepada Selangor. Juga harus sokong sebab bukan senang pasukan bertaraf kelab ini boleh masuk ke Liga Super. Dan masih kekal di Liga Super pada tahun hadapan. Kemasukan Nazmi Faiz Mansur menguatkan lagi pasukan ini dan aku akan terus menyokong mereka.
4. Sabah FC
Sebab aku pernah belajar kat UMS, Sabah. Jadi, aku juga harus menyokong mereka walaupun aku cuma berada 4 tahun sahaja ketika belajar di Sabah. Aku mula minat Sabah bila Khairul Azman Muhammad jadi gol keeper mereka. Dulu, Sabah kira pasukan yang cukup digerunilah juga berbanding sekarang. Dan aku harap kebangkitan dari pasukan Sabah ni pada tahun hadapan.
5. Negeri Sembilan.
Oleh sebab aku pernah belajar di Matrikulasi Negeri Sembilan selama setahun setengah walaupun cuma intake kedua, jadi aku tak seharusnya malu untuk menyokong pasukan Negeri Sembilan. Salah satu sebab aku suka Negeri Sembilan ni adalah selain awek-awek jati Negeri Sembilan yang cun dan comel, aku suka bila singgah warung atau kedai yang jual goreng pisang. Mesti ada letak sambal yang kaw pedas meletup tu..
Dahh..itu aje kot pasukan-pasukan yang aku sokong selama ini.Tapi korang mesti perasan aku berat kepada pasukan MU.
Eh..tak. Aku lebih berat menyokong pasukan Selangor. Yang kedua berat adalah pasukan Pahang. Kalau kat rumah, bertembung pula perlawanan antara Selangor dan Pahang..aku memang memilih Selangor. Abah aku akan pilih Pahang. Mak aku plak dengan bersemangat memilih Selangor. Jadi, biasanya memang DUA vs SATU kalau tengok kat rumah. Kalau campur adik-beradik aku yang lain, ia akan menjadikan penyokong yang berat sebelah. LIMA vs SATU. Abah aku tu la yang satu.
Kesian Abah. Hehe..
Dan untuk final kali ini..
Aku pilih Pahang untuk jadi Juara.
Bukan aku tak suka Kelantan. Ramai juga bekas skandal aku yang berasal dari Kelantan.
“Tapi sori ye Sayang-sayang sekalian..abang tak boleh derhaka dengan abah abang..”
…
…..
Dah.
Esok, jangan lupa tonton kat stadium. Kalau malas, depan tv pun dah cukup padu dah.
Ps: Ooooo ale aleeee…ale aleeee TOK Gaaaaaajahhhhhku!!
8,478 total views, 1 views today
ada kaitan juga dengan bola tepuk tu..hahaha…tapi gua memang serba salah dibuatnya..gua keje kat pahang..tapi asal kelantan..dan gua tinggal di terengganu..hahaha
haha
memang masalah ni
ukur jarak je mana yang lebih dekat
aduiya nak ukur ikut jarak pulak..hahaha..apa-apa pun GKG
lu memang ada masalah besar ni beb. lagi besar dari masalah GST nih.. 😈
jadinay gua kena sokong 4 team kelantan, pahang, terengganu, t-team..hahahaha
hakikatnya saya orang Melaka sepatutnya menjadi orang tengah antara pasukan Kelantan dan Pahang….zahirnya aku memang suka pasukan Kelantan sebab pemainnya glamour dan bagus seperti Apek dan Piya….Tapi demi sokokngan jurulatihnya Dollah Salleh tu orang Melaka tau…so aku sokong pasukan PAHANG……ole…ole….
Oh… Olak lempit.. Bagus2.. Aku memang penyokong selangor sejati. Dari kecik sebelum wujud higway LDP tu dah dibawak ke stadium shah alam. haha
hehe..kesian ex2 girlfren..hahaha..Tapi kalau sokong selangor, nmpaknya kita leh geng..hehehe
Regards,
-Strider-
untuk malam esok puteri sokong pahang walau hakikatnya puteri bukan orang pahang mahupun kelantan tapi orang nogori..hehe
Info yang menarik..mohon follow back yerr..nanti saya follow back balik..tq 😉
gua kalau main bola tepuk, pahang memang selalu kalah ngn team ganu gua…hahaah
argh ! tak kira ! kelantan ! hahaha…
Aku tak sokong mana-mana. Jadi orang tengah.
esok mesti kafe penuh ngan budak2 lelaki. oohhh ale ale
kesian tengok berita ada abg tu siap nangis2 tak dpt beli tiket haha
hahahaha terbai bro… disini juga penyokong pahang.. ikutkan saya kurang minat bola sepak.. disebabkan zainal abidin dan kojie beli baju yang saya jual.. kena sokong pahang lebih la… hahahahahah
den pun lebih suka jika Pahang yang menang…=)
Tahniah pasukan Pahang juara Piala Malaysia 2013.
Tahniah la bro… Pahang menang 🙂
Emm saya sokong blako..haha
[…] begitu, kemampuan pasukan Tok Gajah tidak boleh dipandang rendah. Siapa sangka pasukan Pahang yang baru sahaja naik ke Liga Super ini […]