Okeh.
Hari ini aku nak kongsikan satu promosi baru dari Syarikat Awangan IT Solution.
Korang tahu tak syarikat hosting ini? Pernah dengar tak?
Awn.my (Awangan IT Solution, 002171838-V) membawakan promosi domain name sehingga hujung bulan November.Β Untuk makluman, Awn.my merupakan ‘sister-site’ kepada ihosterz.com yang mana awn.my memfokuskan kepada pelanggan dari Malaysia sahaja.
Jadi, jika selama ini korang masih tertunggu-tunggu atau tercari-cari mana-mana Syarikat hosting yang memberi diskaun atau memberikan harga promosi yang murah untuk membeli nama domain, ini adalah peluang korang untuk berbuat demikian dengan kadar yang segera.
Promosi Domain Murah dari Awn.my
- .BIZ : RM17 (GilaBaBIZ : Diskaun RM13)
- .NET : RM19 (CinoNET : Diskaun RM11)
- .ORG : RM27 (CybORG : Diskaun RM3)
- .COM : RM29 (HantuCOMCOM : Diskaun RM1)
Tarikh promosi: 18 Nov – 29 Nov
Cara pembelian domain dari Awn.my
- Check domain availability di Awn.my Domain CheckerΒ
- Pilih addons yang diperlukan (Percuma) & isikan nameserver hosting anda
- Isikan butiran pelanggan dan masukkan Promotional Code seperti di atas
- Buat bayaran, akaun bank awn.my boleh didapati di http://awn.my/client/knowledgebase.php?action=displayarticle&id=1
- Domain akan didaftarkan sejurus selepas pengesahan pembayaran dibuat. Lazimnya pengesahan pembayaran akan dibuat dalam tempoh 24 jam.
- Sebarang pertanyaan boleh buka support ticket di Supprt Awn.my
Mengapa penting mempunyai nama domain untuk blog kita sendiri?
- Jika anda seorang penulis blog dan ingin lebih serius untuk buat duit dengan blog, memiliki nama domain yang unik dan tersendiri adalah lebih bagus berbanding tak ada nama domain. Maksud aku, nama domain dot com.
- Serius, susah nak buat duit dengan hanya menggunakan platform percuma seperti blogspot dan blogdrive. MELAINKAN korang ada skill yang cukup hebat dan cemerlang untuk lakukannya. Orang Malaysia? Ya, memang tak ramai. Dari pemerhatian aku sendiri.
- Nampak lebih profesional.
- Lebih mudah dapat advertorial job dan review berbayar.
- Lebih mudah dipercayai oleh syarikat-syarikat luar dan juga dalam negara.
- Orang akan lebih mudah untuk percaya pada blogger yang ada domain nama sendiri berbanding yang menggunakan blogspot sahaja. Jujur, banyak syarikat luar sendiri yang bagitau aku. Jadi, mengapa aku mahu tipu korang pulak. Jika ia melibatkan hal “buat duit”, memang aku sendiri percaya benda ini. Lebih-lebih lagi kalau banyak advertiser dan syarikat luar yang beritahu sendiri.
- Blogger blogspot, memang KEBANYAKKAN susah nak pergi lebih jauh. Susah nak buat duit kencang dengan blog mereka. Susah nak dapat advertorial mahal-mahal. Lebih-lebih lagi kalau tak ada nama domain dot com sendiri. Trust me. You never earn BIG with blogspot only unless you have great skill.
- Jadi, dapatkan nama domain dot com anda sekarang.
Kesimpulan
Okeh. Cukuplah aku cerita 8 kepentingan untuk memiliki nama domain dot com sendiri jika korang benar-benar mahu buat duit dengan blog korang. Tapi kalau korang jenis tak kesah dapat atau tidak dapat duit dari blog, tak kesah dapat hasil ciput dari blog korang, tak marah bila takde advertiser nak beriklan kat blog korang dan memacam lagi. Tak payahlah terasa sangat. Sebab memang majoriti yang dah gunakan domain nama sendiri akan nampak kelebihannya. Yang tak pernah guna, sah-sah tak pernah tahu kelebihannya.
Diorang takkan rasa “feel” itu. Macam mana nak dapat tahu perasaannya betapa seronoknya kesan dan kelebihan selepas menggunakan nama domain dot com sendiri?
Jadi, kepada yang berminat, boleh dapatkan domain murah melaui Promosi terbaru dariΒ Awn.my
12,690 total views, 2 views today
Kejab je ek tempoh promosinya…
yap, memang kejap aje. Nama pun promosi.
Takkan nak lama-lama. Hehe..
Promosi ala-ala supermarket, lagi cepat orang beli hahaha serius murah tu domain .com, tak pernah lagi dapat domain .com harga cam tu.
Promosi habis pun harga masih lagi termurah di Malaysia, RM30 setahun untuk setiap domain cuma ada promosi gila sikit sampai diskaun sehingga RM13 sampai hujung bulan ini. π
Customer support cepat tak? hehehhe
Ownernya ada facebook. Sebelum ni borak dengan dia. Leh tahan gak cepatnya. So far, harap-harap ok. Kena try dulu, baru tahu customer service bagus atau tidak. Lagipun, ini syarikat baru.
Bagi peluang pada mereka. Orang kita jugak. Hoho.
Boleh buka support ticket untuk tanya atau add terus di facebook, http://facebook.com/awn.my atau http://facebook.com/amiruldin π
macam lambat je servis..dah lebih 36 jam tak sahkan bayaran lagi..haisyhh..
Murah murah π― tapi biarlah dulu pasal bajet takde lagi.
rancang dulu.
jangan main beli aje. Aku sendiri buat plan dulu kalau nak beli domain. Kalau sempat, mungkin akan angkat satu lagi domain baru untuk new project.
dot com Nampak lebih profesional eh..
hurmm nak kena timbang baik baik la tawaran nih..
siapa lambat akan terlepas domain pilihan
dah hukum dunia macam tu
jadinya jangan tunggu lama2
syarikat baru ke ni?
domain .my tak provide ke?
aku sendiri tak suggest domain.my.
Nampak sangat rumit nak handle. haha.
Kami ada apply untuk jadi direct reseller domain .my tapi MYNIC tak buka pendaftaran baru untuk reseller jadi kami terpaksa jadi 3rd party reseller. Kami ada jual .my tapi kat tempat lain boleh dapat dengan harga yang lagi murah.
laaa baru je belikan domain utk kawan semalam… terlepasss
maleh le..gua tetap caya ngan Godaddy jek…:D
bagi yang takde akaun paypal atau kad kredit, susah sikit la nak beli domain dengan godaddy. Jadi, sesuailah bagi mereka yang nak beli domain guna akaun bank tempatan sahaja.
Aku pun selesa dengan godaddy. Tapi kalau nak domain murah..boleh la cuba Awn.my nih.
GoDaddy tu dah level lain, syarikat macam comel je macam awn.my ni memang tak mampu nak bersaing dengan GoDaddy. Kami fokus kepada pelanggan dari Malaysia dan cuba yang terbaik untuk memberikan kepuasan membli kepada semua pelanggan. π
hoho..bagus..owner sendiri rajin balas reply di sini..nampak yakin..moga sesape yang baru nak ada domain tu dapat beli dari company ni..good luck owner..:D
Terima kasih, good luck juga blogging π
dapat sambar satu best juga ni
tawaran hebat , mesti mendapat sambutan punya…
Wahh, siyes sangat murah. Ambe punya pun dah RM50 hengget dh…ermmm
Memang murah domain tu…
Domain .my macam celake je nak handle. Aku pun tak reti macam mane nk update/edit ns.
Aku dah tanye mynic berhad, siap aku marah mrah diorang lagi.
Baik tak perlu beli .my domain.
aku pun maleh nak guna..malas nak tanggung risiko problem..tengok ramai macam ada prob je..tapi ramai je yang beli tu..ok le tu..:D
Boleh kata murah la… π
tergugat nak beli.tap mmg betul kata abg titan..blogger blogspot tak boleh pergi jauh kalau tak ada domain sendiri π
reliable ke x ni? π
Kami syarikat berdaftar dengan SSM dan dah ada pengalaman mendaftarkan lebih dari 2000 domain name sejak dari tahun 2010 lagi. Perlukan bantuan blogger-blogger tempatan untuk bantu kami terus kompetetif. π³
apasal sekejap je dia punya promosi
Lepas habis promosi harga kami masih lagi yang terendah berbanding pendaftar domain lain di Malaysia. Cuma RM30 setahun untuk semua Top Level Domain. Kalau beli tempat lain murah sekali je kan? Kat awn.my setiap tahun pun murah π
Memang murah domain name yg dijual tu. Cuma at the moment kawe bukan dalam mencari domain baru. Tapi kawe take note lah, in case ada project dalam masa terdekat ni.
murah jgk ni.. tp aku dah ada. ckup lah 1. nak suggest kat kawan. thanks!
eh..lama tak melawat ahmadfaizal.com π
rindu lak kat domain nie :p
Lawat lah awn.my sekali ye
Timing yang baik..dan2 gua tengah cari domain yang seswaiiii plus murah(harap ada). Keluar promotion lak..ape lagi..give it a try lah.
Mohon semak email ya, kami ada buka support ticket berkenaan dengan payment. Terima kasih
kunjungan perdana, web yang bagus, salam persahabatan π
kunjungan perdana bro… salam blogger
murah tu..tp servis okey ke bro
Servis yang macamana tu? Kalau beli domain sekali setahun sahaja perlu berhubung dengan pendaftar untuk renewal. Domain memang takkan ada downtime sebab tidak berkaitan dengan server/hosting. Even hosting kami pun sekarang 99.99% uptime, kali terakhir down pada bulan Julai 2013 itupun sebab naik taraf aplikasi dalam server. π
Nasib aku dah ada domain , Kalau tidak dah kena sambar nie.
lepas tukar domain hari tu… mendadak turun trafik… tapi sekarang alhamdulillah..
wah, murah sangat je…ahayyy
Masa tu memang murah. Tahun 2014 ni, aku tak tahulah murah lagi ke tidak.
hehe.. π
Harganya murah itu…sudah punya domain sendiri, hanya perlu optimalisasi saja. Karena malahan jarang update blog saya yang punya domain sendiri..
Emm pertama kali dengar nama syarikat ni..hehe..emm saya kena asah lagi skill saya ni biar dapat komisen lebih lagi..bulan ni macam sunyi aje..duit pun dah kering ni..emmm