Semalam..
Ya. Semalam masa gi Gathering Blogrrr tu sempatlah jugak singgah booth Salam Media yang dikendalikan oleh Blogger Noktahhitam kita ni. Antara orang lama dalam dunia blogging.
Tapi aku tetap yakin, ramai yang tak kenal dan tak tahu blogger Noktahhitam ni. Lagi-lagi kalau blogger baru. Jadi, untuk korang yang perasan masih blogger baru, rajin-rajinlah dok kenal blogger lama macam beliau. Sebab blogger lama macam diorang nilah sekarang dah ada macam-macam syarikat dan brand terkenal. Sebab mereka semualah blogger-blogger hari ini menikmati kemanisan demi kemanisan dalam dunia blogging.
Ok. Apa yang bestnya Salam Media ni?
- Lebih patuh syariah dan ketat.
- memberikan peluang kepada para blogger untuk terima job berdasarkan paid post, advertorial blog, sponsored post dan yang lebih kurang sama waktu dengannya.
- Senang cakap, Salam Media membuka peluang kepada blogger-blogger untuk sertai event, membuat entri review atau entri berbayar (advertorial). Bagi penulis blog, kepatuhan syariah dalam mencari sumber rezeki yang halal (melalui blog) juga amat penting terutama bagi blogger yang beragama Islam. – Anarm.net
- Tak ada peluang jenis dapat duit berdasarkan klik.
Our dream is to be the pioneer Islamic advertising platform for all social media users across the globe.Β Salam Media is community of bloggers and social media users ready to share and be assosiated with brands they love. We are strict on syariah compliance, transparent and trustworthy. – SalamMedia.my
Dan sekarang, mereka ada buat “lucky draw” dengan menawarkan hadiah istimewa iaitu iPad Mini 2. Syaratnya, korang cuma perlu isi borang pendaftaran dulu. Janji korang ada blog, itu dah cukup. Kalau nak register guna Facebook, Instagram atau Twitter pun boleh jugak. Pendek kata, isi aje. Mana tahu, nanti boleh dapat job baru bila korang dah daftarkan blog korang tu. Siapa tahu, kan?
- Boleh daftar disini – Borang Pendaftaran Salam Media
Kesimpulan.
Bagi aku, ini antara yang aku cari dari dulu. Orang kita yang berpengalaman sendiri URUS benda-benda macam ni. Nak harapkan PR syarikat tertentu atau PR Blogger, memang susah sebab memang banyak yang berat sebelah dan makan sendiri. Itu aku tak nafikan sebab memang dah banyak kes. Dan aku juga tak nafikan ada PR blogger yang bagus-bagus. Tapi memang satu dua orang ajelah. Yang lain, memang hancuq la.
Malah, aku sendiri tak boleh jadi PR atau handle job untuk bagi kat blogger sebab aku sendiri suka makan sorang. Oleh itu, memang baguslah Salam Media ni wujud. Haha..
Ps: Curi gambar dari Anarm. Haha..
9,072 total views, 67 views today
Mohon jangan makan sorang lagi. hehe
gua selalu tamak dan suka makan sorang. haha.
mohon berkongsi.. haha
tak mau. tak mau.
haha. π
aku dah daftar. tengah tunggu je ni dapat ipad. kah kah
gua doakan lu yang dapat ehh.
oho..dulu macam underground je die blogging..kini muncul jadi company paid post plak?menarik ni..kompem register..:D
sejak bila dia underground plak. Memang ada aje atas tanah ni.
gua kata macam je…ahahaks..gua kot yang tak nampak..:P
peluang baik ni
harap2 aku tak lupa nak daftar
tq
daftar aje sekarang.
tak sampai seminit pun.
oo kiranya dia dapat job n kongsikan dgn org lain la ye. best jugak dapat paid advert.
lebih kurang gitulah gayanya.
Noktahhitam memang orang lama dalam dunia blogging. Rasanya ramai tak kenal terutama blogger2 baru..
Aku kalau tak menang iPad Mini pun takpe.. Asalkan dapat job dari Salam Media.. heheh
kalau dapat job, sape-sape pun suka hati maa.
Aku daftar nak menang ipad mini. Sebab anak aku suruh beli ipad mini satu. Kalau menang tak payahlah nak beli lagi…
haha.
mana tahu, hang yang dapat nanti. leh la pinjam sehari dua ke.
oh, NoktahHitam punya company rupanya Salam Media nih… yup… orang lama… sapa yg lama mengikuti blog JustKhai, rasanya mesti kenal NoktahHitam juga.. huhu~
masih ramai lagi yang tak kenal rasanya. hehe
Fuh.. bergadoh sakan dulu. Hahaha
nice… good start for blogger in MY…
Yap, satu pemula yang bagus untuk satu permulaan.
Ini satu maklumat yang cukup baik buat blogger yang nak cari rezki melalui blogging yang syariah compliance!
Ya. Itulah yang sepatutnya.
noktahhitam ni penah nampak masa kenduri kawin sorang blogger terkenal dulu KNizam…
Knizam pun antara orang lama gak. π
Mungkin ada kot. Tak sempat nak mingle dengan semua orang.
bolehla daftar mana tahu lebih rezeki berblogging nnti
Ya. Sila daftar cepat-cepat yeh.
Kak Long ada nampak noktahhitam dan cikgu yang pakai baju putih tu. Nak daftar juga, untung-untung ada peluang.
Ohh..ada nampak rupanya..
Bagusla entri ni…memang tak kenal lagi blogger ‘veteren’ ni..hehe.Thanks!
Blogger veteran?? HAHAHAHAHAHA
Salam Faizal, terima kasih kerana posting.
Sebenarnya sudah lama aku nak buat company ni. Aku cukup letih bila PR company ajak pergi launching dekat bar/pub/club. Kau nak launching product ke nak partehhyyy? Lagi sedih bila blogger melayu islam lain turut serta (aku zaman jahiliyah dulu), bertudung siap masuk club… kacauu… lagi haru biru bila tgk blogger melayu turut menghirup minuman keras. lagi kacau….
Anyway, lama, underground, veteran.. apa saja nama aku terima, salah aku jugak jarang update dan comment kt blog orang lain. Sibuk dengan full time job. Maaf kalau ramai lama menunggu kedatangan PR Media Islamik, saya harap, project ini menjadi manfaat kepada blogger dan manusia lain. π
yang pub tu..gua memang tolak mentah-mentah. Siap kena maki lagi adalahh. haha..
lecehlah macam ni. dah nak kena join jugak. kena follow sifu.hahahahhahaa
Join ajelah. Jangan banyak songeh.
benda macam inilah yang saya cari selama ini…terbaiklah bro!
Apa yang terbaiknya ni???
Boleh cuba ni…
Janagn macam tu bro, kena kongsi hihihi
Tak mau kongsi-kongsi. Tak mauuuuuuuuuuuuu..
Kawe memang tak kenal ler. Duduk jauh dari KL. Nanti lah kalu pindah sana, baru boleh lah senang nak kenal-kenal. Apa-apa pun nt kawe lawat blognya utk kenal blog dulu..
kena tunggu orang kat sabah wat event la jawabnya.. π
Peluang menarik untuk bloggers beragama islam…chaiyook…
ya. Peluang yang bukan selalu ada.
Salam Tuan,
Betul tu. Tetapi bloggers bukan muslim pon boleh join. Cuma iklan yg kami tolak adalah berupa arak, rokok, gadis lucah, bank riba etc.
Untuk beragama Islam, insyaAllah halal.
betul abg titan.dalam enjoy,kena jaga syariat agama jugak π
tahu, tak apa.
jadi, gi daftar laju-laju.
Setuju tu! Kami cuba yang terbaik. InsyaAllah ada manfaatnya.
one day akn ku daftar π
One day? Why not now?
Aku jadi model dalam post ini…
Claim kat Anarm nie..
ha ah..
Haa..sila claim dengan anarm. aku tak tahu haa..
pernah juga bertegur sapa dengan blogger Noktahhitam.com tuh , kami berniaga di tempat yang sama dulu…=)
sekarang dia jarang datang dah ker?
sekarang sudah bungkus kt situ. Ibarat ghost town. kami pindah tempat, ok skit la.
Wife yang berkerja situ. Saya tolong2 mana yg patut je. Hehe
nak join mana tahu ada luck menang ipad mini 2.
tp itu perkara kedua. sgt suka objektif penubuhan salam media ni. kita bloggers muslim mmg jatuh hukum wajib kot utk sokong π
Bab hukum hakam ni kami tak pasti, tetapi kami berjanji akan menurut syariah sebaik mungkin. Kalau sangsi, kami akan refer kepada Jais dan Jakim dahulu.
Terima kasih atas sokongan saudari.
Emm nak join ke tak ni ekk??haha
Join.
Review pasal SalamMedia, at least kami dapat contact saudara. Kalau ada job boleh passing-passing π
Nampak menarik aje…join tak salah tak join rasa bersalah.
yang ni aku dah daftar sebelum hang hari tu..hehehe. ada lagi satu, dah daftar belum?
aku lambat skit join, sbb memula mcm x perasan dan x interest, bila amanz terangkan aku jadi minat plak, terus join
Salam Juan, memang niat kami untuk mengumpulkan database. Dengan database ini, kami dapat berhubung dengan bloggers jika ada perkembangan terbaru dari kami atau jobs untuk bloggers. Amcam? Fair tak?
kalo nak daftar sekarsng ni boleh ke sifu?
Pagi ni sarapan sorang2, tp tak sangka en.titan pun suka mkn sorang2 ye..hehe
Saya baru tahu….sempat lagi kah?huhu