Okeh.
Trend sekarang, homestay dah tak macam homestay. Dulu, homestay adalah sebuah rumah kampung yang penuh dengan ciri-ciri melayu. Rumah kampung yang memang cantek, ada pasu bunga dihalaman, ada pemandangan hijau dan segala macam lagi. Kalau jalan petang-petang, boleh nampak gadis-gadis melayu bertudung comel dengan kain batik berbual mesra tanpa gangguan.
Sekarang, homestay dah berbeza. Sudah ada macam-macam jenis homestay. Ada yang rumah batu, ada yang rumah teres 2 tingkat, ada bangalow, ada jenis flat dan pangsapuri dan sekarang dah macam ala-ala hotel pun dah ada. Yang jenis studio pun ada jugak!
Salah satunya adalah Homestay Regalia Studio.
Homestay Regalia Studio ni dah macam hotel punya bilik aku tengok. Dan ada ciri-ciri sebuah studio yang kacak. Untuk penulis novel, memang suka dok kat tempat-tempat macam ini untuk perah idea untuk menghasilkan novel ajaib mereka. Tak kurang juga bagi penanda kertas jawapan SPM. Tempat-tempat macam ni, memang sesuai. Penuh dengan keamanan dan kasih sayang.
Jadi, kenapa aku nak tidur sangat kat Homestay Regalia Studio ni?
Ini antara sebab-sebabnya.
7 sebab kenapa aku nak tidur di Homestay Regalia Studio.
- Aku ni jenis buat kerja tanpa gangguan. Sebolehnya, bila aku buat kerja. Memang aku tak nak ada orang kacau. Jadi, kalau aku dapat tidur kat Homestay Regalia Studio ni, aku boleh buat kerja dengan penuh keamanan. Selalunya dalam setahun, mesti ada satu kali aku akan keluar cari homestay atau hotel untuk tidur 3-4 hari semata-mata nak siapkan projek baru.
- Heart of KL. Ye ke? Jadi, aku nak bukti dulu. Oleh itu, aku kena CUBA sendiri, barulah aku tahu betul ke homestay ni “Heart of KL”. Kalau tak betul seperti apa yang digembar-gemburkan, siaplah korang. Tapi kalau betul dan servis mantap, tak ada masalah untuk upah aku tulis review bagus-bagus nanti.
- Ada cadar katil warna “pink”. Itu memang feveret. Susah tentu tidur aku penuh dengan kasih sayang. Mesti boleh bangun awal pagi-pagi kalau tidur kat sana.
- Ada swimming pool. Tak semua homestay ada swimming pool. Oleh sebab aku ni memang suka juga berenang. Bolehlah berlatih berenang kuak kupu-kupu kat sana waktu tengah malam nanti. Masa tu, swimming tu, aku yang punya.
- Aku dah lama tak “bercuti” dengan aman damai. Sekurang-kurangnya, masa aku kat sini nanti, bolehlah jenjalan kat sekitar KL ni. Duduk aje dekat dengan KL, tapi nak jalan-jalan kawasan sekitar tu, punyalah susah. Jadi, ini peluang untuk memaksa aku pergi bercuti.
- Homestay Regalia Studio penuh dengan pakej-pakej tak terkalah. Ada sterika untuk gosok baju, ada shower panas, ada peti sejuk, ada taman permainan untuk kanak-kanak, ada gym untuk makcik-makcik bersenam, ada swimming pool, ada juga mesin basuh dan macam-macam lagi. Fuhh, memang memudahkan aku kalau aku tidur kat sana. Paling penting, ada dapur. Bolehlah kot nak cuba skill memasak yang dah lama terpendam tu. Apapun, servis macam ini memang aku suka. Lebih-lebih lagi kalau Homestay Regalia Studio betul-betul mampu sediakan semua tu. Tak semua homestay ada sediakan “pakej” sebegini rupa. Jadi, memang teringin gak nak cuba dan tidur kat sana dalam sehari dua.
- Sesuai untuk aku gi “honeymoon” nanti. Tak tahulah honeymoon kali kedua atau kali keempat nanti. Haha. Jap, ada pakej istimewa tak untuk blogger-blogger yang baru berkahwin kah?
Dan macam-macam lagi sebab yang tak dapat aku terangkan secara terperinci.
Bila tengok kat facebook Homestay Regalia Studio, penuh dengan gambar-gambar yang menghiburkan. Otak aku terus set, memang kena cuba tempat ni. Mana tahu, boleh jadi tempat lepak baru dengan bakal-bakal bini nanti bila berjalan-jalan di KL. Maklumlah, bukan senang nak cari tempat macam ini, kan?
Lagipun, harga untuk sebuah homestay agak mahal sebenarnya. Dalam RM300 dan RM400 ke atas untuk sebuah rumah yang lengkap. Tapi Homestay Regalia Studio menawarkan harga yang cukup istimewa. (Antara RM100-RM200 sahaja semalam harganya). Masih mampu lagi untuk aku bayar untuk nikmat kedamaian untuk tempoh bercuti disana nanti dengan pakej-pakej yang menawan hati.
Sedikit cadangan untuk pihak Homestay Regalia Studio.
- Buat website khas untuk promosikan “Homestay Regalia Studio. Upah la mana-mana webmaster atau blogger yang ada kepakaran dalam bidang ini. Tak susah pun sebenarnya. Budget tak sampai RM500 pun sebenarnya.
- Letak peta atau ambil sahaja dari google map untuk memudahkan sesiapa sahaja yang berminat untuk bermalam di homestay ini.
- Tidakpun, letak juga koordinat GPS untuk memudahkan orang macam aku yang ada GPS ini senang nak cari homestay ni.
Kesimpulan.ย
Homestay Regalia Studio agak best. ย Aku kena cuba tidur kat sana.
…
….
Ps: Kalau jadi pergi, Maikel, Mercidez dan Rabbit comel tak boleh ikut. Haha..
15,076 total views, 21 views today
macam menarik je..kalau nak cari ilham untuk menulis, memang sesuai la.
selalu siapkan projek waktu tu la.
senang nak tumpukan perhatian. hehe..
Kalau dia letak kat Agoda.com etc ni lagi cepat fully booked ni
Betul juga tu.
Agoda memang banyak kuasai search engine bab homestay ni.
kalo buat keje ngan penuh keamanan dalam homestay ni, mesti bnyak keje leh siap
Biasa kalau ada projek baru, memang aku selalu gi mana-mana hotel atau homestay. Lepas dalam satu dua hari untuk setelkan projek tu. hehe..
Masa ni, memang kena fokus habis la.
Aku pun jenis tak boleh buat kerja kalau ada orang ganggu..maksudnya aku kena cari homestay jugak la ni. Hehe
Takkan hang nak tinggal anak bini semata-mata nak wat kerja kat homestay maa.
Aku tak apa. Aku bujang lagi. haha..
take note tempat ni…
Bookmark terus aje facebook homestay regalia studio ni.
Mana tahu tetiba terdesak nak cari homestay. hehe..
Peminat cadar pink rupanya. Memang jambu betul
Orite.. all d best n gd lucm
Hehe..
Tak salah minat cadar pink kan? kan.. ๐ณ
hahahaa…’bakal-bakal’ bini tu xleh blah.hahhaha
Tak salah kan?
Kan? Hehe.. ๐
wah kalah la den macam nih…haha
Kalah mendanya ni..
Usaha itu membentuk lif-lif kejayaan. Hehe.. ๐
nampak menarik dan harga berpatutan…
kalau tengok harga, memang agak berpatutan la.
Take note terus tempat ni. ๐
Nanti hang nak honeymoon, leh la bawa gi homestay ni.
hehe.
memang mantop homestay ni bro..homestay berapa bintang ni..hu3
Diorang kata macam 5 bintang.
Aku tak pasti sebenarnya. Kena tengok dulu, baru tau.
nak layan swimming la rupanya….hahahaha
Haha..
kat banting ni, harap kat pantai morib ajelah kalau gua nak swimming pun. Itu tak tahan, air manyak masin woo..
ramai blogger promote ttg homestay ni..kena try gak, mcm best jer..hehe
Tolong promosikan aje.
Barang baik, harus promosi. Hehe.
mohon bukak cwgn satu malaysia..aahah
haha..
bagus gak tu. Bukak satu kat banting. Senang kerja aku nak wat kenduri dengan bakal bini-bini aku tu. Tak payah susah-susah nak cari homestay atau lain. Paling murah kat banting yang selesa mesti RM300 dan ke atas. ๐
perghhh kolam renang atas bangunan tu..hehe..mesti ramai awek kannnnn..haha
malam-malam tak ramai rasanya.
hehe..
memang projek homestay pun dah boleh buat duit cuma org kita tak berapa nampak je.hahaha.
ktorg kalau pergi jalan mmg amik homestay je sebab ada dapur semua.rasa macam dekat rumah sendiri lagipun harga taklah mahal macam hotel.
Harga memang tak mahal.
Sebab kita dapat rumah. Beza dengan hotel, tak macam rumah.
Mcm sesuai jer utk kawe sekeluarga. Thanks for sharing bro
Bolehlah hang pi tidur kat homestay ni nanti bila turun KL.
Nak bawak bakalยฒ bini ๐ Kalau tengok gambar menang 1st kelas punya penginapan nih.
Tak salah kan? kan?
Hehe..
Nice entry..thanks sudi join..In Shaa Allah pemenang akan diumumkan by next week..
Dapur pon ada tapi xmaula masak sbb mood cuti2 on jd cuti masak sekali. Hehe