Aku lapar.
Tadi, tertidur awal.
Tiba-tiba dengan tak semena-mena, aku terbangun.
Jam ketika itu menunjukkan tepat pukul 3.33 pagi.
Ini alarm untuk kejutkan aku bangun dari tidur. Untuk study paper Mineralogi masa kat UMS dulu. Sampai hari ini, alarm jam tangan itu tidak pernah bertukar. Yang bertukar, hanga bateri jam tangan itu sahaja.
Jadi, aku masaklah sesuatu. Sebab memang dah terlalu lapar Β sangat dah nii..
…
…..
5 minit kemudian.
Dah siap.
Nama masakan ini ialah Ayam goreng pedas kaw meletup. Bila makan, pasti meletup-letup.
Untuk yang nak cuba resipi orang bujang kacak ini, jangan malu-malu untuk salin resipi itu dibawah.
Resipi Ayam goreng pedas kaw meletup.
- Pergi kedai runcit atau supermarket. Juzco tu pun boleh Speedmart tu pun boleh. Pasaraya Megah atau Econsave tu pun boleh. Pendek kata, gi sana dulu.
- Pergi kat bahagian frozen atau sejuk beku.
- Cari bungkusan produk Ayamas Pedas berempah Drumlet dan Drumstick. Lebih kurang macam itulah ejaannya. Aku tak berapa ingat sangat. Aku cuma makan jenis ini sahaja. Jenis lain, kurang ummphhh sikit.
- Pergi kaunter dan bayar. Harga dekat RM15.00++. Tak berapa ingat sangat harga sebenar. Sebab memang aku bayar tak pernah nak tengok resit pun.
- Balik rumah laju-laju.
- Dan masaklah dengan penuh kasih sayang.
- Jangan lupa baca doa dan bismillah sebelum makan.
- Dah makan, jangan pula lupa basuh pinggan.
Dah.
Itu sahaja resipinya.
Korang boleh mula cuba resipi ini mulai hari ini.
Selamat menjamu selera.
Kalau tidak, boleh cuba juga resepi burger bakar yang meletup jugak. Siap boleh buat bisnes lagi lepas tu.
–> Resipi burger bakar meletup
5,541 total views, 43 views today
wow kaedah baru ni resepi nih, memang lain dari yang lain nih
itulah, hang kena cuba resipi ni. haha..
Hahahaa…….ini resipi krikk krikkk krikkkkk
rezipi paling simple FA pnh jumpa.hahaha
itulah.
tak ramai gadis-gadis tahu. π
hahaha.memang r..senjata rahsia la resipi nih.haha
Aku kalau pukul 3 dah x makan dah..lagi syok sambung tido walaupun lapar..hahaha
kalau ngantuk, aku tidur.
tadi tu, dah lapar. jadi, haruslah makan. π
Nsmpak menyelerakan…
Resepi paling susah untuk aku cuba… sebab takde jusco, speedmart, econsave mahupun pasaraya megah kat sini…. sedey dah ni.. haiishh ;p
sila balik Malaysia laju-laju la..
ko..laju aje yek. π
keh keh keh…bukan main gigih tepek resepi suruh org try buat last2 rupanya ayam segera je dr hypermarket! Cait!!
haha..
jangan buat benda yang menyusahkan. Dah ada yang senang, kita ikut aje.
susah resipi ni, kena guna tenaga jalan lebih dari biasa
jalan sikit aje. bukan susah mana pun.
Baguslah dah rajin reply comment… Hahah
Laaa..
memang aku selalu balas komen la.. π
Cit, tinggal goreng bolehlah π
haha..
senang. aku tak suka benda susah-susah nih.
resepi senang macam ni kalau malas juga tak taulah
itulah, resipi ni dah cukup mudah habis dah.
susahnya resepi ni… tapi sedap kan.. meletop!! dalam kuali.. π
memang meletup-letup dalam kuali. hoho..
Hampeh betul… Ingat ke resepi turun termurun Uncle Titan. Rupanya ayam segera Ayamas. Patut la nampak sedap π
memang la nampak sedap. hoho..
Ayam nie buat ratah sambil tengok tv best nie….sebungkus gua boleh kasi abis
selalu makan waktu malam aje. haha..
cesss….!
mati2 ingat ada resepi betul2. saboooo je lee π―
la.
betullah resipi tu. cuma tak semua orang boleh ikut aje.
ain kena tipu. tidakk aci.
mana blehh macam ni..
sabar ajela.. πΏ
mana ada tipu.
eee dia nih..grrr π
lu kene kawen cepat2 , boleh isteri masakkan sedap2 untuk lu…hehe
sabarlah.
Lu ingat gua tak nak ke cepat-cepat?? Haha..
kat peti ais rumah saya pun wajib ada ayamas drummet nih… untuk anak saudara. sbb dia tak makan lauk ikan. klu saya masak lauk ikan, dia takkan makan. jadi memang belikan ayam goreng instant nih utk lauk dia + utk dia makan kalau lapar tgh2 malam mcm hang larr… huhu~
Ye ke.
Bukan untuk perut dia kerr?? π
tengok je dah meletop mulut ni hehehehe
Kenapa harus tengah malam cenggini??dah lapa pulak ni… π bak sikit..
Gi masak sendiri la.
uish nampak macam express siap je ni bro. pandai ko masak ye. bak seketul. π
Memang ekspress la. benda dah siap. Tinggal campak dalam kuali aje. hehe..
memang original resepi untuk orang bujang. tapi orang dah kahwin pun biasa buat juga.
mmg mudah dan lazat.. tinggal goreng.. jeee.. heee
Haha..
Memang tinggal goreng aje.
meleleh tgk..rasa lapar pun ada ahah
Haha..
memang waktu lapar gila woo masa tu.
oohh ingatkan promote buku resipi kekeke
haha.
aku sendiri reka resipi sendiri. Takkan nak promote buku resipi plak.
huh!memang meletup resepi nih…haha
ya.
memang meletup-letup dalam kuali. haha..