Aku rasa, fesyen berhijab ni dah ada macam-macam sekarang.
Dan aku takde masalah sebenarnya dengan fesyen shawl pusing-lilit ke, apa ke..janji dia labuh dan tutup apa yang wajib, itu dah cukup bagi aku. Walaupun kadang-kadang aku agak skeptikal dengan cara pemakaian tudung sesetengah gadis comel, tapi sekurang-kurangnya, depa ni nak bertudung. Tak kiralah atas sebab fesyen ke apa. Kita doakan sahaja mudah-mudahan selepas ini mereka terus bertudung dan tak mustahil, mungkin satu hari nanti, akan pakai telekung bila nak pergi pasar malam. Biar tenganga mulut pakcik-pakcik kat pasar malam itu.
Dan Hijabterkini.com juga ada macam-macam jenis fesyen terkini tentang shawl yang menjadi gilaan dan ingauan gadis-gadis dan makcik-makcik yang cukup suka berfesyen dan melipat-pintal kain tudung masing-masing.
4 Sebab gadis-gadis comel nampak cantik berhijab dengan fesyen terkini Shawl dari Hijabterkini.com
- Nampak cantek. Dengan syarat, korang tahu nak gayakan shawl tersebut. Kalau tak reti pakai, kain shawl atau tudung yang cantek dan berkualiti pun boleh jadi tak berguna. Jadi, kalau dah beli nanti, sila belajar cara nak pakai tudung. Lebih-lebih lagi, yang baru terniat nak berhijab.
- Shawl memang cukup sesuai untuk gadis comel dan cantik menawan. Kalau korang tak berapa nak cantek, dan terperasan diri tu tak cantek. Jangan guna yang jenis bungkus rambut sampai dah jadi sarung nangka. Sekurangnya, Shawl dari Hijabterkini.com ni, takdelah nampak macam tu. Janji, pandai korang “setting” tudung tu.
- Shawl yang limited edition dan merupakan handmade shawl. Okeh. Yang ini aku tak reti nak gambarkan sebab aku bukan seorang pemakai tudung yang sejati. Itu kena tanya makcik-makcik yang tahu selok-belok fesyen bershawl ini.
- Harga murah dan berpatutan. Sesuailah dengan jenis kain, kelembutan dan fabrik tudung shawl itu. Kalau harga RM5 sehelai, tapi kualiti rendah, jenis kain pula jenis nipis dan bila disarungkan, boleh plak nampak anak rambut yang liar tu, kan tak ke best tu. Jadi, beli aje dari Hijabterkini.com. Masih murah lagi rasanya.
- Ada banyak jenis dan fesyen shawl yang berbeza. Lihat gambar dibawah, ada Shawls Luna Chanteks Menawan, ada Shawl Myraa Chanteks Bercorak dan memacam lagi. Pemilihan nama shawl pun boleh tahan canteknya dan penuh dengan aura kasih sayang.
Cuma SATU sahaja yang aku nak tekankan bab nak CANTIK BERHIJAB ni..
Sila “ADJUST” tudung atau shawl korang tu agar menutupi bawah dada korang. Kalau korang huduh atau tak berapa cantek, tak apa lagi. Orang tak nak pandang sangat. Tapi kalau muka korang putih, cukup sifatnya dan memang comel cun meletup macam janda berhias. Kena pula dianugerahkan dada yang agak BIG. Kena pula cukup ranumnya. Sila TOLONG adjust dan “setting” apa yang patut. Dah tahu saiznya begitu, cari yang saiznya labuh sikit. Aku dah cukup lama betul nampak pemandangan yang indah secara percuma tanpa bayaran sejak satu dua tahun kebelakangan ini. Bukan aku tak suka, tapi tolonglah bantu kami kaum-kaum lelaki yang imannya senipis kulit bawang ni. Pak Lebai pun boleh tak berkelip mata dibuatnya. Diorang pun lelaki sejati jugak. Suka tengok pemandangan-pemandangan indah.
Faham? Tak cukup tersirat lagi?
Aku harap benda ini jelas dan tak ada masalah tetiba nak maki aku balik. Aku takde hal untuk berdebat dengan sesiapa pun tentang isu berhijab atau isu pakai tudung singkat ni. Belilah semurah atau semahal mana pun tudung tu, tapi kalau tak tutup apa yang patut. Memang aku akan tegur. Lebih-lebih lagi kalau orang tu aku kenal. Gadis-gadis kat pejabat aku tu, semuanya dah tahu perangai buruk aku tu, kan? Kan? Sila angguk dengan penuh kasih sayang.
Kesimpulan.
Korang nak pakai apa jenis tudung pun, pakailah. Nak pakai yang dari Hijabterkini.com ini pun, pakailah. Janji tutup dan “COVER” mana yang patut.
Itu sahaja yang aku mintak tolong.
Aku dah banyak kali “TEGUR” orang perempuan secara direct. Tak kiralah makcik-makcik atau gadis bertudung comel.Dan kalau boleh aku tak nak tegur. Sebab biasanya yang tegur, mesti jatuh hati pandangan kedua pada aku. Kena ingat. Kuota aku cuma EMPAT orang sahaja. Lebih dari itu, susah la aku nak jawab dengan bakal bini-bini aku tu nanti..
” Contest Cantik Berhijab Dengan Fesyen Terkini Shawl Dari Hijabterkini.com ini dianjurkan oleh Hijabterkini.com dengan kerjasama daripada Hairulazni.my sebagai penaja hadiah wang tunai “
19,046 total views, 1 views today
ada banyak pilihan. yang penting $$. selain tue kena bijak buat pilihan.
Ya, ada duit. Semua boleh beli. Hehe..
tengah bayangkan cikta pakai shawl 😛
Okeh.
Aku sendiri tak dapat nak bayangkan. Haha..
Terbaik!
Paling penting, tahu dan amalkan fungsi tudunghijab. Tu dah bagus dah
Ya.
Kena tahu fungsi tudung tu apa. Bukan main lilit-lilit tapi belakang nampak ekor kuda.
Wah! Terbaik entri ni..penuh dengan unsur nasihat..thanks bro Titan sudi join contest.. 🙂
Sama-sama.
Aku join kalau aku rasa nak join. Kalau aku tak join, ada sebab la tu. Hehe..
Pandai wanita mengayakan tudung Shawl ini.
Orang wanita memang pandai bab-bab gini maa. 😈
tudung singkat tu serupa tak pakai jer..
anyway good luck bro..
Haa..tau takpe kann. 😳
hahaha..sifu…terbaikla…hehhe
Apa yang terbaiknya nih???
sebab dlm entri terselit nasihat yg tersirat dan tersurat.hehe
Baguslah Abg Titan nih… Prihatin dengan gadis-gadis di luar sana 🙂
Tak salah kan kalau gua terlebih prihatin? Hehe..
tergelak2 supan den membaca entri ni taww. adoii…
okeh pastikan bini2 encik titan nanti pakai telekung bila keluar rumah
boleh plak dia gelak-gelak sopan yek. 👿
kena bijak memilih tudung.
amboi ayat awak nii..kan main ye.
Ya.
Kena pandai pakai tudung. Bukan sekadar pakai aje tauuu.
den lebih suka wife den pakai tudung simple2 jer , tak berserabut mata melihat…hehe
Selagi tutup apa yang patut. Itu dah lebih cukup.
permandangan yang indah..mungkin bukit bukau menghijau di taman..ahahaa 😆
Ya.
Pemandangan sungguh indah sekali.
It’s nice post and I have like that. Please visit my blog too..
Really? Thanks. 😉
terror hang nih… review tudung pun hang boleh buat walaupun hang tak pakai tudung~ huhu~
Pernah pakai tudung. Tapi kena paksalah masa aku kecik-kecik dulu.
Biasalah. Mak-mak memang suka wat camtu dengan anak sendiri..
Macam cantik je!, macam comel je…!. semoga berjaya!
Model tu memang comel sekali. 😆
Dasyat…review tudung pun hang gempak der!
Ada lagi contest seo rupanya…semoga berjaya.
belasah aje.
Menang atau tidak. Itu belakang kira.
dada yang agak BIG tu macam mana ekkkk???haha.. 👿
selamat berjuang dan semoga menang contest ni..hehe
amboi..ko nampak aje part tu yekk.
haha.
“Kena pula cukup ranumnya.” bhaha. terkedu aku baca. semoga berjaya bro. sapu habis la nampaknya cam gini. hehe
ni lagi sorang.
nampak aje apa yang aku tulis eh.
sambil mereview sambil menasihati..sangat bagus…good luck yer
Gadis-gadis comel, memang kena nasihat selalu.
wah siap ada isi penting dalam ni..perkongsian yang menarik
Ya.
Memang kena nasihat awek-awek yang pakai shawl nih.
Sesuai sangat lah dengan sempena Kempen ‘World Hijab Day’ pada 1 Feb nanti ( to know more about world hijab day, go to http://wafacw.blogspot.com/2014/01/seruan-agar-bertudung-kepada-muslimat.html)
Saya nak berhijab penuh sampai bila bila. doakan please. hahaha
Mudah-mudahan.
Aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.
Ni gambar awek gua nie beb hahaha
sejak bila plak jadi awek lu haa??
slalunya chii pakai shawl time raya je..masa tu la nk melaram 😀
ohh..masa tu baru nak melaram ye..
Ho..hoooo… jika menang boleh bagi kepada bakal isteri, lagi cantik menawan.
Hahaha…rabia malas nak melayan fesyen tudung ntah ape2…
Sebabnya x mengikut syariat islam (betul tak ayat aku nie?)
Okeylah…malas nak hujah panjang2..n selamat bercuti….
Ya.
Kena ikutlah apa yang patut.
Bab fesyen tu..memang aku sendiri menyampah bila tengok orang perempuan pakai tudung macam mintak penampar aje. haha..
agak BIG?? hahahahaha.. seram gak sepejabat ngn cikgu nih naa,,, wakakakaa
Ya.
Agak BIG. kenapa? salahkah? haha..
Aku berharap sgt agar yang memakai hijab benar2 dipasang niatnya utk menutup aurat. Bkn hanya berfesyen saja
bertudung tetapi mmemakai tshirt hinga nampak lengan semkin ramai pula. Betulkan niat..
itulah, harap-harap begitulah hendaknya ye..
berhijab bukan kerana fesyen… tapi itula nama nyer fesyen kan poning jugak hahaha